SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Ahad, 4 Mac 2012

Kitar Hidup Haiwan Sains Tahun 4

Pada hari Jumaat bersamaan dengan 2-Mac-2012. Saya memulakan sesi PNP subjek sains tahun 4 dengan 

1. Menyoal secara rambang dikalangan murid mengenai haiwan yang bertelur dan melahirkan anak.
2. Murid akan mula menyatakan 2-3 jenis haiwan bagi setiap jenis.
3. Saya mula menunjukkan beberapa keping gambar dari internet untuk murid kenal pasti, haiwan yang bertelur dan melahirkan anak.

Alhamdulillah, respon murid amat menggalakkan. Berbantukan gambar dari internet (bewarna) membantu murid untuk kenal pasti lebih banyak haiwan (selain menggunakan buku teks sebagai rujukan utama).

(Gambar di atas, wifi yang digunakan dalam Kelas 4 Proaktif)


Saya memaparkan pula mengenai kitaran hidup haiwan yang saya perolehi dari beberapa laman blog guru yang boleh digunakan dalam PNP kali ini.

klik sini untuk ULANGKAJI >>> http://longkaiboyz.blogspot.com/2012/03/ulangkaji-sains-bahagian-b-siri-2.html#more 

Berikut merupakan beberapa blog yang saya gunakan. 




InsyaALLAH saya juga akan cuba sedaya upaya untuk menjadikan PNP saya terus melalui internet. Untuk masa sekarang, saya banyak menggunakan laman web guru yang lain sebagai rujukan dan perkongsian bersama murid dalam kelas.

Syukur juga kerana talian internet dapat di akses dari dalam kelas dengan menggunakan WiFi Kampung Paris 3. Tahniah kepada Kerajaan Malaysia yang telah menyediakan kemudahan percuma kepada penduduk kampung yang dikategorikan sebagai luar bandar. InsyaALLAH penggunaan internet ini, akan digunakan dengan sebaiknya dalam PNP.

Seterusnya, pada 3-Mac-2012, saya meneruskan sesi pembelajaran Kitar Hidup haiwan berbantukan Buku Teks Sains tahun 4 edisi Bahasa Melayu. 

Saya minta, murid untuk melukis kembali 3 jenis haiwan dengan kitar hidup yang di lalui. Haiwan tersebut ialah AYAM, RAMA-RAMA dan KATAK.

Perbincangan ringkas diadakan sebagai sesi pengukuhan dan ingatan semula.

Sesi sekolah pada 3-Mac-2012 ialah sebagai hari ganti persekolahan sempena cuti Tahun Baru Cina yang diambil pada hari Jumaat.

Sekian.



3 ulasan:

  1. Saya tidak tahu nak buat projek sain ni.Tetapi kalau saye tengok maklumat ini saya ade kefahaman tentangf sain ini

    BalasPadam
  2. ada tak maklumat tentang kitar hidup arnab

    BalasPadam
  3. belajar SAINS best
    hahaha....................................................

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails