SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Jumaat, 30 Mac 2012

Kelas Intensif Sains 2012 (Refleksi-1)

Minggu (1)

Pada hari Rabu dan Khamis (28,29-Mac-2012) kelas intensif untuk subjek sain telah dilaksanakan di kelas Pra-Sekolah bermula jam 12.15-1.15pm. Kelas pada kali ini saya ambil bagi menggantikan guru yang bertugas di luar sekolah.

Pada rabu, saya masuk ke kelas kumpulan A. Teknik yang digunakan pada kali ini ialah mengulangkaji subjek sains bagi topik tahun 4 bermula dengan Investgating of Living Things. Kebanyakan murid masih lagi lemah dalam sub-topik nombor 2 iaitu tajuk Life Processes. Kesilapan menjawab soalan sebanyak 5 soalan. Manakala bagi murid kumpulan B yang diadakan pada hari Khamis pula, menjangkau sehingga 9 kesalahan da kesilapan menjawab.

Semua murid yang hadir dalam sesi kelas kali ini, menyatakan bahawa topik ini masih lagi lemah dan memerlukan lebih ulangkaji.

Seterusnya, saya akan berbincang dengan cikgu sains yang lain untuk bersama memikirkan cara dan teknik berkesan untuk mengatasi masalah ini.

Bagi topik 1 dan 3 iaitu Basic Needs & Animals and Plants Protect Themselves, rata-rata murid dapat menjawab dengan baik iaitu 10 betul daripada 12 soalan.

InsyaALLAH, beberapa siri latihan ulangkaji akan diberikan kepada semua murid tahun 6 untuk memperbaiki dan mengukuhkan lagi kefahaman sains terutama dari segi FAKTA bagi membantu menjawab soalan sains UPSR dalam bahagian A.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails