SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Ahad, 4 Mac 2012

Sains Tahun 6 Tajuk Daya

Assalamualaikum.

Pada entri kali ini, suka untuk berkongsi penggunaan internet dalam bilik darjah.

Pada hari Khamis yang lalu (1-Mac-2012), saya mengulangkaji kembali tajuk Force (push & pull) dalam bilik darjah dengan menggunakan ABM/BBM dari sumber internet.

Berikut merupakan paparan video yang dikongsikan bersama murid-murid


Pengalaman mengajar menggunakan internet dalam bilik darjah untuk tahun ini amat berbeza dengan sebelum ini. Berbantukan talia internet tanpa wayar dari kampung WiFi, syukur Alhamdulillah talian internet berjalan lancar. Kekangan yang dialami ialah masalah kuasa elektrik kadang kala terputus (tidak selalu).

Respon dari murid juga amat menggalakkan. Melalui video yang ditunjukkan, perbincangan diadakan dalam kelas. Murid juga dapat kenal pasti daya tarikan dan tolakan bagi setiap tindakan kartun dalam video itu. Selain itu, murid dapat menyatakan dengan baik bahawa daya tolakan dan tarikan memang berlaku dalam kehidupan seharian (selalu digunakan).

Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat di ambil.





Pada 15 minit terakhir PNP, saya menggunakan Modul Bitara Sasbadi (Sains Tahun 6), untuk laksanakan sesi latihan dan soal jawab. Soalan yang diutamakan ialah

1. Tujuan penyiasatan
2. Jenis Pemboleh ubah (dimalarkan , di ubah, bertindak balas/ diukur)
3. Inferans (sebab)
3. Hubungan (hipotesis)
4. Kesimpulan

Daripada 4 jenis soalan di atas, murid berjaya menyatakan dengan baik tujuan penyiasatan dan jenis pemboleh ubah. Manakala soalan inferens, hubungan dan kesimpulan masih banyak yang perlu di bantu walaupun terdapat murid yang boleh menjawab dengan betul dan tepat tapi bilangannya hanyalah 10 orang daripada 34 orang.

InsyaALLAH, usaha untuk membantu murid ini akan dilaksanakan menggunakan beberapa modul luar (sumber dari KPM dan juga GC sains)

Sekian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails