SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Jumaat, 16 Mac 2012

Bayaran Insentif Tawaran Baru (BITB) 2011



KUALA LUMPUR: Seramai 14,000 warga pendidik daripada 403 sekolah rendah di seluruh negara menerima ganjaran keseluruhan berjumlah hampir RM15 juta menerusi Bayaran Insentif Tawaran Baru (BITB) 2011 hasil usaha mereka meningkatkan kualiti pendidikan ke tahap lebih tinggi sekali gus menyahut seruan kerajaan melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Pada tahun lalu juga, sasaran kerajaan memastikan empat peratus guru besar yang layak menerima ganjaran tercapai iaitu daripada 7,635 sekolah rendah seluruh negara sebanyak 403 sekolah termasuk di luar bandar layak menerima anugerah Tawaran Baru Guru Besar (TBGB).



Menerusi ganjaran itu, setiap guru besar terpilih menerima bonus RM7,500 diikuti lima peratus guru terbaik daripada keseluruhan guru di sekolah itu menerima RM1,800 manakala selebihnya RM900 selain RM500 kepada kakitangan sokongan.





Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, daripada 403 sekolah itu, 300 sekolah kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) (46), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) (51), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) (lima) dan sebuah Sekolah Orang Asli akan menerima BITB 2011.

“Kalau dibuat pecahan nampaknya guru besar sekolah rendah di Johor penerima anugerah TBGB paling ramai iaitu 76 orang diikuti Pahang dengan 48 orang dan Sarawak, 45 orang.

“Apa yang membanggakan kami ialah usaha kerajaan merapatkan jurang peluang pendidikan berkualiti antara bandar dan luar bandar membuahkan hasil.


“Buktinya Sekolah Orang Asli iaitu SK Tasik Cini, Pekan, Pahang menerima tawaran baru ini daripada keseluruhan 403 sekolah rendah yang terpilih.

“Semoga kejayaan sekolah ini memberikan inspirasi kepada sekolah Orang Asli dan sekolah rendah di luar bandar dan pedalaman untuk mencipta kejayaan sama,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Anugerah Tawaran Baru Kepada Guru Besar 2011 di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Rosli Mohamed dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud.



Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan membelanjakan hampir RM15 juta sebagai ganjaran kepada guru besar, guru serta kakitangan sokongan yang memenuhi syarat di sekolah masing-masing.

“Kami berbangga kerana tawaran baru yang mula dilaksanakan pada 2010 berjaya melalui beberapa fasa pelaksanaannya dan majlis hari ini (semalam) adalah pusingan kedua Fasa 1 bagi guru besar yang menunjukkan kemampuan memimpin organisasi sekolah ke tahap membanggakan.



“Guru besar yang hebat ialah pengurus sekolah yang menyediakan jambatan antara dirinya dengan guru, staf sokongan murid, ibu bapa dan komuniti setempat. “Mereka mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang mampu menggarap potensi di dalam warga sekolah selain bertenaga serta menggabungkan potensi sedia ada dengan dasar kerajaan serta visi dan misi sekolah,” katanya.

Menurutnya, pemimpin sekolah mesti mampu berinteraksi dengan orang lain yang berbeza pandangan, memahami keperluan semasa dan masa depan negara serta menghimpunkan pelbagai pandangan menjadi satu idea mantap demi kemajuan pendidikan.



SUMBER : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/InsentifRM15j/Article/index_html

SUMBER 2 : http://sk-sungaigalah.blogspot.com/2012/03/14000-warga-pendidik-terima-insentif-rm.html

SUMBER 3 : http://www.abgteror.com/bayaran-intensif-tawaran-baru-bitb-14000-guru-terima-habuan/







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails