SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Jumaat, 30 Mac 2012

Pelancaran Program UPSR 2012




Pada 27-Mac-2012 bersamaan dengan hari Selasa, pihak pentadbir SK Paris 3 telah mengadakan satu majlis ringkas untuk pelancaran Program Kecemerlangan Akademik UPSR 2012 yang dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Encik Norazam bin Ahmad.




Dalam ucapan beliau (guru besar), banyak amanat yang diberikan dan kata-kata semangat untuk semua murid dan guru agar bersama berganding bahu dalam mencapai kecemerlangan yang di inginkan.




Pengorbanan harus dilakukan oleh murid-murid untuk hadir dalam setiap aktiviti yang disediakan terutama kelas intensif (kelas tambahan) yang diadakan pada waktu petang. Guru-guru yang mengajar dalam kelas intensif ini tidak mendapat apa-apa elaun mahupun bayaran tambahan, maka murid-murid mesti datang untuk bersama menjayakan dan menghargai pengorbanan guru-guru yang terlibat secara langsung.




Dalam pada itu, sesi penyerahan anak angkat dalam program mentor mentee turut dilaksanakan di akhir majlis ini. Pada tahun ini (2012), saya mendapat 3 orang anak angkat (2 perempuan dan 1 lelaki). Program ini juga kesinambungan dari program yang pernah diadakan pada tahun lepas.

Semoga program yang dirancangkan pada tahun ini mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah Subhanallah Taala. Amin.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails