Sedikit perkongsian
1. TUJUAN
3. MEMAHAMI KONSEP AMALAN 5S
3.1 Amalan 5S
3.2 Prinsip Amalan 5S
3.2.3 Sapu (Seiso): Mencuci atau membersihkan tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk, kotoran di atas lantai, mesin, peralatan dan persekitaran tempat kerja
3.2.4 Seragam (Seiketsu): Mematuhi piawaian persekitaran berkualiti
3.2.5 Sentiasa Amalkan (Shitsuke): Melatih pekerja berdisiplin untuk mengamalkan sistem Amalan 5S secara berterusan supaya menjadi tabiat dan budaya kerja berkualiti dalam organisasi
1.1 Tujuan Bahagian Satu ini ialah untuk memberi pemahaman tentang Amalan 5S.
2. LATAR BELAKANG
2.1 Konsep Amalan 5S mula diperkenal kepada syarikat-syarikat di negara Jepun pada
awal tahun 1980an. Amalan 5S ialah kaedah atau alat pengurusan yang boleh
awal tahun 1980an. Amalan 5S ialah kaedah atau alat pengurusan yang boleh
mewujudkan persekitaran di tempat kerja berkualiti yang selesa, kemas dan selamat
di dalam organisasi dan menentukan kepatuhan kepada piawaian serta dapat
memupuk usaha penambahbaikan yang berterusan.
2.2 Di Malaysia, konsep Amalan 5S mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980an
dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional.
Kini banyak agensi-agensi Perkhidmatan Awam mengamalkan Amalan 5S malah ada
di kalangannya telah mendapat pengiktirafan menerusi persijilan daripada
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
3. MEMAHAMI KONSEP AMALAN 5S
3.1 Amalan 5S
3.1.1 Amalan 5S merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh Jepun dengan penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan ‛S‟ yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi 5S. Dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.
3.1.2 Amalan 5S merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai “Kaizen” dalam Bahasa Jepun. Kaizen adalah cara pembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan terutama dalam aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses. Bagi menjayakannya, penyertaan dan komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat anggota dalam organisasi.
3.1.3 Amalan 5S adalah asas peningkatan kualiti dan produktiviti yang berkesan kerana:
(a) Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan produktif;
(b) Hasil kebersihan, kekemasan dan keselamatan yang nyata;
(c) Lebih banyak idea kreatif dan inovatif diketengahkan oleh pekerja untuk penyelesaian masalah dan penambahbaikan;
(d) Semua pekerja akan lebih berdisiplin dan beretika untuk menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik;
(e) Operasi di tempat kerja lebih senang, pantas dan selamat;
(f) Membina budaya kerja dan nilai bersama yang cemerlang; dan
(f) Membina budaya kerja dan nilai bersama yang cemerlang; dan
(g) Menjadi kebanggaan semua pekerja dan meningkatkan imej organisasi.
3.2 Prinsip Amalan 5S
3.2.1 Sisih (Seiri): Menyisih dan melupuskan (membuang) barang yang tidak perlu di tempat kerja
Sisih merupakan satu proses kerja mengasing barangan yang diperlukan dan tidak diperlukan daripada sekumpulan barangan di tempat kerja. Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan yang diperlukan pada masa sekarang atau masa hadapan dan perlu disimpan di tempat penyimpanan yang ditetapkan. Barangan yang tidak diperlukan akan dilupuskan.
3.2.2 Susun (Seiton): Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan disimpan semula di tempatnya
Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan yang tidak perlu diasingkan. Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang sama. Tujuan utama menyusun ialah:
· menjimatkan penggunaan ruang;
· penyimpanan barangan lebih kemas dan teratur; dan
· memudahkan proses mengesan dan mendapatkan barangan pada masa akan datang.
3.2.3 Sapu (Seiso): Mencuci atau membersihkan tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk, kotoran di atas lantai, mesin, peralatan dan persekitaran tempat kerja
Persekitaran yang bersih diperlukan oleh semua peringkat pekerja untuk merasa selesa dan ceria apabila bekerja. Selain meningkatkan kecekapan kerja, menyapu juga boleh mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan peralatan yang digunakan. Tujuan menyapu untuk menghilangkan habuk atau kekotoran yang melekat di lantai, mesin di tempat kerja atau barang-barang yang telah disisih dan disusun. Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada pekerja tentang apa yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini. Menjadi keperluan tempat/peralatan/kawasan yang disapu/dibersih pada setiap masa dengan jadual penyelenggaraan yang berkesan.
3.2.4 Seragam (Seiketsu): Mematuhi piawaian persekitaran berkualiti
di tempat kerja bagi memastikannya bersih dan teratur sepanjang masa
Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting supaya segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh setiap pekerja akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Panduan diperlukan untuk dipatuhi oleh pekerja bagi menjamin kualiti dan piawaian yang telah ditentukan. Antaranya ialah Standard Operation Procedure
3.2.5 Sentiasa Amalkan (Shitsuke): Melatih pekerja berdisiplin untuk mengamalkan sistem Amalan 5S secara berterusan supaya menjadi tabiat dan budaya kerja berkualiti dalam organisasi
Budaya kerja cemerlang dapat dibangunkan dengan mematuhi panduan dan piawaian yang telah ditentukan. Setiap pekerja perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja. Amalan kebersihan ini dapat disemai dalam diri individu dengan memberi tunjuk ajar menerusi program latihan
secara berkala.
secara berkala.
klik sini untuk bacaan lanjut : http://pengenalan5s.blogspot.com/2011/07/1_7372.html
Garis Panduan Amalan 5S (sumber: PPD Maran)
A) Sudut 5S
a. Nama Zon
b. Carta Organisasi
c. Polisi 5S
d. Jadual Mesyuarat Zon
e. Keputusan Audit
f. Gambar Sebelum dan
Selepas 5S
g. Jadual Perancangan dan
Perlaksanaan
h. Jadual tugas zon
(Diletakkan di
tempat yang strategik dan maklumat perlu sentiasa di kemaskini)
B) Ruangan Pejabat
a. Atas Meja
i. Tidak
lebih 3 fail di atas meja pada waktu pejabat
ii. 1
IN/OUT/KIV Tray
iii. 1
Kalender
iv. Selepas
kerja, simpan semua dokumen, barang-barang ke tempat asal.
v. Tiada
sampah di atas meja
b. Bawah Meja
i. 1
bakul sampah
ii. Tidak
lebih satu kasut atau selipar
c. Meja Sisi (atas meja)
i. Telefon
ii. Printer
individu
iii. Tidak
lebih 5 kad atau gambar yang disusun dengan kemas.
d. Laci
i. Atas
– Barang keperluan alat tulis pejabat
ii. Tengah
– Barang Bukan selalu guna (kertas/nota/memo/fail)
iii. Bawah
– Barang Peribadi (Sudu, cawan, phone charger dsb)
iv. Makanan
tidak dibenarkan diletakkan dalam laci.
v. Tiada
sampah, serangga dan binatang peliharaan dalam pejabat.
e. Kabinet
i. Jangan
letak barang-barang atas kabinet atau almari (cth: helmet, dekorasi dan fail)
ii. Label
dan susun barang-barang mengikut susunan dan keperluan
iii. Sentiasa
susun dan bersihkan Kabinet dan almari.
iv. Makanan
tidak dibenarkan dalam Kabinet atau almari
v. Mesti
ada item index.
f. Kerusi
i. Kerusi
dalam keadaan baik (tidak bengkok atau patah)
ii. Letak
di tempat asal setelah digunakan.
iii. Jangan
letak suit atau coat di kerusi. Mesti
digantung di dalam almari atau penggantung coat.
iv. Jangan
letak barang di atas kerusi selain kusyen
g. Cubicle Shelve (Rak)
i. Label
fail manual/Fail mengikut standard.
ii. Tidak
lebih 3 dekorasi di atas rak hiasan ( cth: pasu bunga, akuarium kecil, jam
kecil, jam kecil,nota kecil @ sbg.)
iii. Buku
disusun kemas mengikut buku daftar.
iv. Jangan
letak barang/item lain selain dinyatakan di atas.
v. Bersih
dan tiada sampah.
h. Name tage/Name plate/Tanda
Nama/Papan Tanda
i. Untuk Cubicle –
nama perlu diletak di bahagian atas papan penanda dan mudah dilihat.
ii. Untuk
Bilik – nama perlu diletakkan pada pintu dan 6 kaki daripada lantai.
iii. Bilik
Air – Tagging Gambar ( Lelaki dan Wanita)
iv. Petunjuk
arah kawasan
i. Partition Board
i. Nyatakan
polisi kawasan (keselamatan, persekitaran dan kualiti)
ii. Tiada stick-on
note dibenarkan.
iii. Nota,
artikel, calendar dan gambar, mesti ditampal dengan kemas dan kreatif
(menggunakan thumb tack.)
j. Notis Board
i. Semua items yang
ditampal pada notis boards perlu disusun dengan kemas.
ii. Item
atau data yang telah luput tarikhnya perlu diturunkan.
iii. Mesti
diselenggara sentiasa – mingguan
iv. Semua
artikel atau pengumuman perlu mendapat pengesahan Ketua Unit sebelum
dipapar/ditampal.
k. Lantai
i. Mesti
bersih dan kering
ii. Tiada
sampah
iii. Tiada
lubang atau lantai pecah. Tidak licin.
iv. Wayar
disusun dengan kemas dan selamat
l. Karpet
i. Mesti
bersih dan kering.
ii. Sentiasa vakum
iii. Mesti
dalam keadaan baik (tidak berbau atau lembap).
m. Jalan Tar
i. Jalan
mesti memenuhi keperluan standard SEMS.
ii. Tiada
kerosakan jalan.
n. Dinding
i. Tidak
menampal apa-apa stick-on note pada dinding.
ii. Tidak
menconteng dinding
iii. Bersih
dan tiada sawang
iv. Berada
dalam keadaan baik
v. Semua poster atau
risalah perlu ditampal dengan teratur dan kemas.
o. Tingkap
i. Tidak
meletakkan/menggantung apa-apa pada tingkap.
ii. Bersih
dan tidak berabuk
iii. Lap
sentiasa.
iv. Dalam
keadaan baik (tidak pecah).
v. Mesti
ditutup selepas waktu pejabat.
vi. Memastikan
semua tingkap boleh ditutup dan dibuka.
p. Laluan Utama Pejabat.
i. Memastikan
kasut bersih sebelum memasuki pejabat.
ii. Tidak
meletakkan barang yang boleh menghalang laluan.
iii. Tidak
membuang sampah di laluan utama.
iv. Pencahayaan
yang sesuai diperlukan.
q. Tong Sampah
i. Mesti
dikosongkan apabila telah penuh.
ii. Mesti
dilapik dengan beg plastik.
iii. Tong
sampah/ bakul sampah perlulah bersih.
iv. Jangan
membuang putung rokok di atas penutup tong sampah.
r. Komputer
i. Mesti
bersih dan kemas
ii. Sentiasa
membersihkan alatan komputer.
iii. Jangan
meletakkan sebarang dekorasi di atas monitor.
iv. Mesti
disusun dengan kemas dan mudah digunakan.
v. Wayar
perlu disusun dengan kemas dan selamat. Mesti ditutup setelah digunakan.
s. Telefon
i. Susun
di tempat yang sesuai dan mudah digunakan.
ii. Susun
wayar telefon dengan baik dan selamat.
iii. Sediakan list bagi
nombor-nombor telefon yang digunakan.
iv. Sentiasa
bersihkan dengan liquid soap.
v. Jangan
biarkan telefon bordering lebih daripada 5 kali.
vi. Telefon
diletakkan di tempat yang mudah diambil/capai.
vii. Mesti
ada nombor talian sambungan di atas telefon tersebut.
t. Mesin Photostat
i. Kumpulkan
jenis-jenis kertas (cth: A3,A4) dengan teratur.
ii. Tambah
kertas setelah habis ke dalam mesin.
iii. Set
kepada ‘power safe’ setelah waktu pejabat.
iv. Sediakan
bakul sampah untuk kertas terpakai.
v. Gantikan ink
cartridge apabila diperlukan.
vi. Gunakan
dengan berhemah.
vii. Buat
aduan kepada Bahagian Pentadbiran sekiranya mengalami kerosakan.
viii. Sediakan
panduan menggunakan Mesin Photostat di tempat Photostat.
u. Mesin Fax
i. Sediakan
bakul sampah untuk membuang kertas terpakai.
ii. Set
kepada ‘power safe’ setelah waktu pejabat.
iii. Sediakan
bakul sampah untuk kertas terpakai.
iv. Gantikan ink
cartridge apabila diperlukan.
v. Penerimaan fax perlu
diterima dan diproses dengan segera.
vi. Gunakan
secara berhemah.
vii. Aduan
kerosakan dilaporkan kepada Bahagian ICT.
viii. Sediakan
panduan menggunakan Mesin Fax di tempat fax.
v. Pintu.
i. Tidak
meletakkan barang atau benda yang menghalang pintu.
ii. Tidak
menampal apa-apa pada pintu, melainkan tanda arah.
iii. Pintu
berada dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan.
iv. Bersih
dan tidak pudar (pintu kaca).
w. Printer (mesin cetak)
i. Diletakkan
di tempat yang sesuai dan mudah digunakan.
ii. Pastikan
wayar disusun dengan kemas.
iii. Switch
off setelah digunakan.
iv. Dibersihkan
selalu.
v. Lantik
seorang penjaga untuk menjaga keperluan printer.
vi. Mesti
bersih dan tidak rosak.
vii. Digunakan
mengikut kesesuaian kertas.
x. Tandas
i. Sediakan
jadual pembersihan.
ii. Kemaskini
dan sediakan checklist jadual pembersihan.
iii. Pastikan
penanda jantina.
iv. Susun
tong sampah.
v. Sediakan
tisu/sabun dan tuala kecil.
vi. Sediakan
jadual pembaikan lampu, sitem air dan keperluan tandas.
vii. Sentiasa
bersih.
viii. Sediakan
risalah/peringatan amalan baik bagi pengguna tandas;
1. Pam setelah digunakan,
2. Basuh tangan setelah keluar
dari tandas.
3. Jangan mencangkung dengan
kedua-dua kaki di atas mangkuk tandas,
4. Jangan buang tisu atau sanitary ke
dalam mangkuk tandas.
y. Sinki.
i. Tiada
sampah
ii. Jangan
kotorkan sinki.
iii. Pastikan
bersih dan berkilau.
iv. Tap
dalam keadaan yang baik.
z. Cermin.
i. Pastikan
bersih dan berkilau.
ii. Frame
dalam keadaan baik.
iii. Tidak
pecah atau retak.
aa. Sabun dispenser
i. Perlu
ada 30% daripoada had minimum keperluan.
ii. Dispenser
berada dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan.
bb. Pewangi Udara /Air Freshener
i. Keadaan
baik dan boleh digunakan.
ii. Diletakkan
di tempat yang sesuai dan praktikal.
iii. Sediakan
jadual pembersihan.
cc. Peralatan/Kemudahan Elektrikal.
i. Tutup
suis setelah digunakan.
ii. Pastikan
soket plak tidak rosak.
dd. Sistem Fail
i. Gunakan
warna/nama fail/etc.
ii. Mesti
ada List Fail yang digunakan.
iii. Sediakan
satu standard sistem fail yang mudah, selesa dan teratur.
ee. Set Sofa
i. Mesti
bersih dan tidak berabuk.
ii. Susun
dengan kemas.
iii. Alas
sofa perlu bersih dan dalam keadaan baik (cth. Tidak luntur dan berbau).
ff. Meja ‘Coffee’.
i. Mesti
bersih dan teratur.
ii. Tiada
pinggan, cawan atau barang yang tidak digunakan.
iii. Tiada
sampah.
gg. Rak Majalah
i. Selenggara
majalah yang terkini.
ii. Majalah
perlulah berbentuk ilmiah bukan hiburan.
iii. Rak
majalah berada dalam keadaan baik.
hh. Langsir / Blind
i. Tidak
berabuk.
ii. Langsir
atau blind berada dalam keadaan baik.
iii. Tiada
barang diletakkan bersebelahan dengan langsir (cth. pasu bunga).
ii. Rak Kasut
i. Diletakkan
sditempat yang betul.
ii. Rak
kasut berada dalam keadaan yang baik.
jj. Musolla.
i. Tempat
wuduk
1. Pastikan sistem air dalam
keadaan baik dan mencukupi.
2. Pastikan lubang saluran air
baik dan tidak bocor.
3. Selipar yang digunakan hendaklah
disusun secara teratur dan kemas.
4. Pastikan kebersihan dijaga
dan diutamakan.
ii. Bilik
Solat.
1. Pastikan bersih dan berada
dalam keadaan baik.
2. Sejadah, kain sembahayang
dan buku-buku agama termasuk al-Quran disusun dan diletakkan secara baik,
terurus dan terpelihara.
3. Bukan dijadikan tempat
tidur.
kk. Pencahayaan Bilik.
i. Suis
1. Switch off setelah
menggunakan pejabat.
2. Sediakan layout switch
sekiranya terdapat suis yang banyak.
3. Tiada suis yang pecah atau
rosak lebih dari seminggu.
ii. Mentol
1. Tidak berklip.
2. Tidak berhabuk.
3. Berfungsi dengan baik.
iii. Casing/cover/penutup
lampu
1. Tidak pecah/rosak dan
diselenggara segera sekiranya rosak.
2. Tidak berhabuk atau
bersawang.
ll. Alatan Pejabat.
i. Alatan
tulis
1. Setiap kakitangan perlu ada
alatan tersebut seperti:
a. 3 batang pen ( biru, merah,
hitam )
b. 1 pensel
c. 1 pemadam
d. 1 pembaris
e. 1 Liquid Paper
f. 1 stapler
g. 1 cellulose Tape
h. 1 puncher
i. 1 tray
j. 1 gunting
k. 1 fluorescent colour
Pen
l. 1 cutter
m. 1 kotak paper clip
2. Nama individu perlu
diletakkan pada alatan milik masing-masing.
3. Alatan perlu dijaga dengan
rapi dan kemas.
ii. Stor
Alatan Tulis
1. Perlu ada tempat yang
sesuai, mudah bagi penyimpanan alatan.
2. Tagging semua jenis alatan
bagi memudahkan pengiraan semasa dan penyelenggaraan stok baru.
mm. Papan
Putih (White Boards)
i. Sentiasa
bersih setelah digunakan.
ii. 1
pemadam papan putih perlu sentiasa ada setiap masa.
iii. 1
marker pen (biru/merah/hitam) perlu ada setiap masa.
iv. Perlu
diletakkan di tempat simpanan setelah digunakan.
nn. Bilik Gerakan
i. Rostrum
1. Perlu sentiasa bersih dan
teratur.
2. Rostrum, sekiranya digunakan
di luar Bilik Gerakan perlu diletakkan ditempatnya semula.
3. Berada dalam keadaan yang
baik .
oo. Dekorasi.
i. Pejabat
Pelajaran Daerah Maran menggalakkan warganya menyalurkan kreativiti dan inovasi
masing-masing.
ii. Walaubagaimanapun,
setiap dekorasi perlulah memenuhi ‘garis panduan elemen 5S’.
pp. Tempat Letak Kenderaan
i. Sentiasa
bersih
ii. Line
parking yang jelas.
iii. Kelaskan
parking mengikut jenis kenderaan (motor, kereta dll).
iv. Parking berpandukan
kepada penanda kawasan parking yang disediakan sahaja.
v. Parking Pegawai
hendaklah diisi oleh pegawai yang telah ditetapkan- PPD, Timbalan PPD dan ketua
unit.
qq. Kawasan Larangan Merokok
i. Pejabat
Pelajaran Daerah Maran adalah di dalam “Kawasan Larangan Merokok”
ii. Ini
berdasarkan Pekeliling Larangan Merokok di Premis Kerajaan melalui
Peraturanperaturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 [P.U.(A)324/2004] dan
Peraturanperaturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2008 P.U.(A)315/2008].
iii. Adalah
menjadi kewajiban kepada warga kerja dan pelanggan PPD Maran untuk mematuhi
peraturan tersebut.
rr. Kaedah-kaedah Susunan Fail
i. Berdasarkan
tahun, daerah, kod aktiviti, tarikh, bercampur, atau kelas fail.
ss. Maklumbalas Pelanggan (kriteria Yang Dinilai)
i. Mesra
ii. Bahasa
Sopan
iii. Memudahkan
urusan
iv. Kemahiran
v. Penjelasan
vi. Cepat
vii. Tepati
masa
viii. Terima
kritikan
ix. Layanan
dan membekal maklumat
x. Kawalan
emosi
xi. Persekitaran
xii. Kemudahan
xiii. Ruang
dan masa menunggu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan