SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Rabu, 30 Januari 2013

Sains tahun 5 Kemandirian Tumbuhan (peta minda & aktiviti luar kelas)

Pada hari ini, saya masuk ke kelas tahun 5 Proaktif untuk memulakan sesi yang baru (tajuk baru).
Masa: 7.15am-8.15am ( 1 jam )

Kemandirian Spesies

Sub topik : Kemandirian Tumbuhan

Murid didedahkan kepada nota berbentuk peta minda.

Sesi perbincangan dalam kelas secara kumpulan.



contoh peta minda yang dibina oleh murid (tanpa bantuan guru)





Idea ini tercetus bagi memulakan konsep pnp yang baru dan melihat keberkesanan nota peta minda dengan nota biasa. (terima kasih kepada guru-guru sains yang menyumbang idea dan teknik peta minda).

Setelah penerangan dan beberapa soalan diberikan kepada murid, aktiviti seterusnya ialah bersiar-siar di luar kelas untuk melihat proses biji benih tersebar melalui 2 cara iaitu

1. angin

2. haiwan / manusia

Sedikit perkongsian gambar




Murid melihat pokok yang berada di atas bumbung

(Soalan guru: siapakah yang tanam pokok disana?
Murid: Tiada siapa yang tanam, angin yang bawa benih ke sana.)




Taklimat diberikan sekali lagi supaya menjaga sikap dan tidak berbuat bising.


Murid lelaki menunjukkan buah jambu batu di sebelah kanan.






Melihat pokok yang ada di sebelah tangki biru dan juga pokok pakis yang terdapat di atas pokok.



Murid menunjukkan buah jambu yang terdapat di pokok.
 Semua murid menyatakan dengan baik bahawa biji benih itu di sebarkan melalui tindakan manusia (menanam)



Murid diminta beratur mengikut jantina dan diberikan sedikit penerangan untuk jaga tingkah laku.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails