Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Isnin, 31 Mei 2010

Keluarga JB


Ini lah keluarga ku sebelah isteri ku ELLY SOFIANA :)


Islam

Sandakan...


Sedikit kenangan di Bandar Sandakan....

Takbesnyer....

UlaT bOOk


Dalam perjalanku hendak pulang ke semenanjung, rakanku Cikgu Zuria sempat meronda-ronda di kota Sandakan :)

Terpandang akan daku satu kain rentang yang tertulis KARNIVAL JUALAN BUKU

Seronoknya hati dan aku minta kepada cikgu Zuria untuk singgah sebentar di sana sebelum menuju ke Lapangan Terbang Sandakan sedangkan tiket berlepas jam 9.00malam

Cikgu Zuria amat peramah dan penyabar orangnya. Dia membawa aku bersama cikgu Diyana ke sana. Aku menuju ke pintu masuk dewan tersebut dan ambil posisi untuk gambar kenang kenangan. Banyak sangat buku yang amat berguna terutama bagi diriku yang kekurangan ilmu ini. Alhamdulillah, aku telah memilih 1 buku sahaja sebagai bahan bacaan.

Ketika hendak membayar buku tersebut, cik kaunter itu tersenyum-senyum sahaja kepada aku sebagai tanda gembira kerana sudi datang ke karnival itu. Sambutan karnival kurang memuaskan mungkin kerana tiada hebahan yang dilakukan.

Walaupun begitu, aku sangat berpuas hati kerana inisiatif sebegini memberi ruang kepada masyarakat mendapatkan bahan bacaan dengan harga yang murah dan berkualiti tinggi di samping itu dapat menggalakkan masyarakat untuk menghidupkan budaya membaca :)


CoCos


Assalamualaikum. Alhamdulillah, dengan izin Allah Taala saya sempat menjejakkan kaki saya di Kampung Cocos yang terletak 5km dari Bandar Lahad Datu Sabah.

Di sini, terdapat pelbagai kaum yang hidup secara berasingan mengikut kehidupan secara berkelompok. Perkara yang ingin saya kongsikan bersama ialah kaum Cocos ini asalnya datang dari sebuah pulau berdekatan dengan Australia :)

Di perkampungan ini, kehidupanya tidak ubah seperti perkampungan melayu yang lain. Terdapat juga banyak kemudahan fizikal yang boleh didapati dan jauh lebih senang dari sangkaan saya. Alhamdulillah.

Terdapat juga perpustakaan desa, dewan orang ramai, pusat kesihatan, masjid, sekolah rendah kebangsaan dan sekolah agama serta Tabika Kemas.

Pembangunan yang rancak kini masih lagi dijalankan. Seperti kata guru lama, jalan ke Kg.Cocos teruk kerana masih lagi berbatu-batu yang pecah jalannya. Alhamdulillah ketika saya datang, jalan tersebut sudah pun berturap dengan tar yang bewarna hitam. Seronoknya memandu umpama kereta F1 di atas litar.

Setiap pembangunan yang kita kecapi, bersyukurlah kita dan janganlah kita asyik mengkritik sahaja kerana sesungguhnya terdapat ramai lagi masyarakat yang susah jauh dari pandangan mata kita. Kritikan kita itu jauhkan lagi hubungan antara manusia dan tanggungjawab kita sesama manusia ialah memelihara hubungan yang baik dan tegurlah dengan cara berhemah dalam apa jua perkara. Cubalah kita ya???

Sedikit perkongsian untuk semua klik sini >>>> SABAH FORUM

Sekian...

Cat Tumpahnya Cintaku

Minggu lepas pada 26-Mei-2010 RABU, Murid tahun 5 telah saya tugaskan untuk laksanakan projek mengecat bagi kali terakhir sebelum masuk ke semester baru selepas cuti semester ini.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Tidak kusangka bahawa sambutan dari murid tahun 5 ini amat menggalakkan dan ada di antara mereka yang bersungguh-sungguh untuk pelajari teknik mengecat yang betul. Kebetulan pula, pada hariu tersebut, majlis penyeraham bantuan KWAMP dijalankan dalam Bilik Gerakan sekolah.

Ramai ibu bapa penjaga yang melihat anak-anak murid ini mengecat dan membersihkan kawasana sekitar sekolah. Dalam pada itu, papan tanda yang telah siap kering tulisannya diangkat untuk diletakkan di tempat asalnya.

Murid-murid itu berhempas pulas mengerjakan papan tanda itu, dan terdapat murid tahun 6 perempuan bertanya kepada saya "Cikgu, itu sahaja ker papan tanda yang ada? Mana papan tanda yang lain?" Soalan itu membuatkan saya agak rungsing kerana bimbang akan papan tanda yang mereka buat ada pula yang hilang. Saya minta murid itu periksa dibahagian atas sekolah dan dapati bahawa papan tanda yang dibuatnya ada di tepi dinding. Dengan gembira dia bersama rakanya mengangkat papan tanda yang dibuatnya cantik dahulu untuk diletakkan di atas pokok supaya hasil kerja mereka dapat dilihat oleh warga sekolah.

Semangat cintakan sekolah dan menghargai antara satu sama lain amat penting dalam mewujudkan masyarakat yang prihatin dan madani demi mencapai perpaduan dalam satu rumpun masyarakat yang berbeza kaum, agama dan ideologi.

Saya mendoakan agar murid-murid yang lain juga turut dapat suntikan semangat untuk lebih cintakan sekolah dan gembira datang ke sekolah dengan membawa 1harapan 1impian 1kecemerlangan untuk semua warga sekolah. Amin

InsyaAllah perojek kedua tahun 2010 bagi Panitia KHB akan dilaksanakan selepas cuti semester. Bersama kita nantikan :)

Chef Rahmat


Sesuatu masakan yang sedap bukanlah bermula dengan tangan dan bahan yang digunakan, tetapi bermula dengan niat :)

Setiap perkara yang dilaksanakan sememangnya bermula dengan niat. Jika niat kita baik, maka setiap tindakan yang kita laksanakan mendapat kebaikan yang kita tidak sangka. Begitulah ceritanya ketika saya hadir ke rumah Ustaz Rahmat lewat tengah hari untuk menjamah makanan yang beliau sudah sediakan. Alhamdulillah, berkat doa dan zikir sepanjang penyediaan segala bahan masakan tersebut, menjadikannya amat enak dan sedap untuk dimakan.

Perkongsian ini bukanlah untuk menunjukkan cara-cara memasak dengan betul, tetapi lebih kepada muzakkarah terhadap setiap niat yang kita lakukan. Perkara ini dengan panjang lebar saya bincangkan bersama ustaz Rahmat. Syukur, atas keberkatan pertemuan itu, banyak perkara yang telah saya pelajari.

Manusia sering lupa dan lalai. Hanya dengan ingat-mengingati menjadi intipati kepada sebuah kehidupan yang lebih baik dalam berbicara perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang mungkar. Amin.

Amat sedap masakan ustaz. Boleh mencubanya dirumah beliau sahaja.

Alhamdulillah :)

Peperiksaan Pertama 2010


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kini sudah masuk 31Mei-2010. 2minggu sebelum ini, peperiksaan pertama telah selamat dijalankan di sekolah ku. Anak-anak murid semuanya agak suka dan sedih dengan setiap keputusan yang diperolehi.

Walaubagaimanapun, peperiksaan ini dikatakan awal dari perancangan sebenar. Atas kesungguhan untuk mengadakan Kem Bestari Solat, maka peperiksaan telah diawalkan pada khamis 2 minggu yang lepas dan tamat pada isnin minggu lepas.

Melalui pemerhatian selama 3hari bermula selasa, rabu dan khamis, murid-murid mula tidak belajar dan hanya duduk dalam bilik kelas. Atas inisiatif guru bagi masa tersebut, sedikit perbincangan akan dilaksanakan bersama murid dalam kelas mahupun mengadakan aktiviti di luar kelas samada di pusat sumber untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan pendedahan murid kepada situasi pembelajaran luar bilik darjah.

Selepas peperiksaan ini, banyak lagi perkara yang perlu saya perbaiki dalam menaikkan pemikiran murid dan menaikkan graf lulus bagi suatu subjek seiring dengan kehendak sekolah dan KPM bagi memperkasakan lagi Bahasa Inggeris. InsyaAllah saya akan laksanakan dengan sebaik mungkin.

Semoga, percutian ini dapat memberi ruang kepada anak murid belajar secara berkumpulan dan para guru lebih mendalami ilmu dalam bidang masing-masing. Bergembira sambil berilmu :)

Rabu, 19 Mei 2010

SINOPSIS

-->
Nama : Mohd Mustakim bin Kamarudin
Tajuk : Latihan Dalam Perkhidmatan (Pembacaan Buku Ilmiah)
Tarikh : 20-Mei-2010
Masa diambil : 2 Minggu (7-Mei hingga 19-Mei )

Tajuk Buku : Mengurus Pasukan Kerja Prestasi Tinggi
Keluaran : Pearson Malaysia Sdn. Bhd. (Prentice Hall)
Penulis : Ab. Aziz Yusof
Bilangan m/s : 254 (termasuk indeks)
No. Siri ISBN : 983-2639-35-2
Harga : RM 39.00
Sumber : Perpustakaan Negeri Sabah (Cawangan Lahad Datu)

(borang sinopsis buku untuk guru: BORANG/LAMPIRAN)

SINOPSIS

Dalam konsep pengurusan dan pentadbiran serta berpasukan bagi sesuatu organisasi khususnya di peringkat sekolah, saya memilih buku ini untuk mendalami cara yang terbaik dalam membentuk pasukan yang kuat dan hebat di kalangan guru-guru demi memartabatkan profesion keguruan. Kandungan buku ini, menjelaskan faktor-faktor yang diperlukan dalam membina pasukan berprestasi tinggi. Contoh lampiran yang digunakan dalam buku ini, dengan jelas dapat menunjukkan betapa hebat dan kekuatan seorang pengurus serta ahli pasukan dalam mencapai misi, visi dan matlamat yang di rancangkan. Selain itu, beberapa cara dan kaedah yang di terangkan dapat digunakan untuk memperbaiki jati diri, motivasi, dan kaedah berpasukan yang betul dari segi menyelesaikan masalah dalaman, luaran serta perkara berbangkit seperti tiada kesafahaman dalam suatu pasukan. Komitmen serta kesepaduan tenaga, idea dan kebolehan dalam suatu pasukan memainkan peranan yang penting. Pengalaman antara ahli pasukan serta sifat kepimpinan terbuka dalam menerima kritikan membina sewajarnya di satukan dan di murnikan untuk memupuk perasaan kerjasama serta saling bantu-membantu dengan mengutamakan matlamat pasukan secara bersama daripada mementingkan matlamat sendiri. Komunikasi yang baik antara ahli pasukan bersama pemimpin amat penting dalam penyampaian sesuatu maklumat yang jelas dan tepat supaya tidak bercanggah dengan matlamat yang hendak dicapai, Antara elemen-elemen dalam penilaian pencapaian ahli pasukan ialah mengurus sumber, kaedah penyelesaian masalah, sikap, corak kepimpinan, inisiatif dan daya usaha, penyesuaian individu dalam suatu pasukan dengan tugasan yang diterima, kepekaan terhadap ahli pasukan dan perkhidmatan yang diberikan serta hasil yang bakal dicapai, kemahiran peribadi, dan keselamatan dan rasa tanggungjawab dalam berpasukan. Menyuntik rangsangan dalam setiap tugasan yang diberikan berupa cabaran yang besar bagi menguji kewibawaan pengurus pasukan. Motivasi dan ganjaran yang diberikan kepada ahli sangat penting supaya setiap ahli pasukan berasa dihargai seterusnya mendorong ahli memberikan komitmen yang lebih baik di masa akan datang. Selain itu, pengurusan stress dan tekanan akibat tugasan yang diberikan harus diambil berat. Mengurus stress boleh menguji pengurus dan ahli pasukan, jika tidak ditangani dengan baik maka matlamat pasukan akan terjejas malah menghilangkan rasa kerjasama. Melalui ciri-ciri kepimpinan yang terbaik dalam membina pasukan berprestasi tinggi, setiap matlamat yang hendak dicapai menjadi sesuatu yang mudah selain itu dapat memastikan pasukan dapat bergerak secara terus serta sentiasa bersedia dalam sebarang keadaan kerana mampu mengekalkan status sebagai pasukan kerja berprestasi tinggi.
Adalah diharap, buku ini juga dapat digunakan di kalangan semua guru dalam membentuk jati diri dan motivasi untuk semangat kerja berpasukan. Kini, banyak perpecahan yang berlaku antara hubungan guru-guru menjadikan sesuatu matlamat sukar dicapai malah keseimbangan setiap bebanan kerja dan tugasan menjadi keluhan setiap guru. Semoga melalui pembacaan buku ini, rasa bertanggunjawab dan sifat untuk membentuk pasukan yang hebat dapat dicapai demi hasrat murni sebagai pendidik yang hendak memartabatkan lagi profesin keguruan sehingga bertaraf dunia. Adalah tidak mustahil perkara ini dapat dicapai sekiranya pasukan berprestasi tinggi dapat dibentuk di setiap sekolah dan jabatan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekian.



Sinopsis ini dibuat untuk memenuhi kriteria bagi Latihan Dalam Perkhidmatan yang disarankan oleh KPM dengan budaya membaca bahan ilmiah.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Azuar selaku Setiausaha LDP Sek.Keb.Paris 3 Kinabantangan yang membantu saya sepanjang pembacaan buku ini bersamanya. Terima kasih juga kepada Guru Besar En.Awang Abu Bakar b. Awang Tengah dalam memberi galakan kepada saya untuk terus membaca bahan ilmiah dan beri sokongan untuk terus mencari ilmu seberapa banyak yang mungkin agar dapat digunakan untuk kebaikan bersama.

Penghargaan tidak terhingga kepada Puan Rashida bt Awang selaku Pensyarah subjek Teknologi Pendidikan IPGM Kampus Pendidikan Teknik kerana dengan curahan ilmu dan perkongsian pengalaman beliau bersama saya sepanjang pengajian di IPGM, memberi banyak pendedahan serta menaikkan semangat cintakan ilmu, cintakan buku, cintakan murid dalam mendidik anak bangsa demi perpaduan Negara. Tidak lupa akan pesanan beliau, untuk membaca banyak bahan ilmiah, buku rujukan serta buku kerja /latihan murid dalam mendalami kaedah PNP yang lebih berkesan selain itu dapat membina kecemerlangan dalam profesin keguruan agar dipandang tinggi dan dihormati. Saranan saya kepada rakan-rakan, cintailah ilmu dengan membaca dan sampaikanlah ilmu itu walaupun sepatah ayat. Moga dengan curahan ilmu itu diberkati dan dapat kebaikan kepada kita di masa depan. Wassalam.

*Sebarang teguran dan pandangan amat dialu-alukan kerana saya baru belajar hendak menulis SINOPSIS bagi sesuatu bahan ilmiah. boleh email di mustakim260984@gmail.com

Sekian
CC Sri Perdana 9.45p.m. (19-Mei-2010)

Sabtu, 15 Mei 2010

Gotong Royong

Sabtu 15Mei2010, Sekolah Kebangsaan Paris 3 telah mengadakan satu gotong royong kecil bersama murid tahun 4, 5 dan 6 bagi meraikan sambutan hari guru yang bakal diadakan seiring dengan seruan Kementerian Pelajaran Malaysia, guru ambil inisiatif mengadakan gotong royong ini bagi tujuan tersebut.

Terdapat seramai 12 orang murid tahun 4, 12 orang murid tahun 5 dan 15 orang murid tahun 6 bersama dengan Cikgu Azuar, Cikgu Drahman dan saya (Cikgu Mustakim)

Kerjasama yang diberikan oleh murid sepanjang gotong royong ini amat membanggakan. Murid berlumba-lumba untuk membantu guru dan melaksanakan tugas dengan penuh perhatian dan menjadikan guru sebagai mentor :)
Ini adalah hasil dari kerja tangan murid yang dapat dikongsikan bersama. Sebagai titik permulaan ke arah projek keceriaan yang lebih besar pada masa akan datang. Murid kini memahami bahawa sumbangan untuk menceriakan sekolah juga terletak di atas tanggung mereka sebagai anak didik sekolah yang belajar di sini. Alhamdulillah.

Cikgu Drahman memantau dan membantu murid ketika murid melaksanakan tugas untuk menulis perkataan di papan tanda menggunakan cat berwarna kuning. Murid juga menyumbang idea untuk mencantikkan lagi papan kenyataan itu dan mencipta perkataan berdasarkan hasil perbincangan sesama mereka sambil dibantu oleh guru untuk kesesuaian ayat yang hendak dihasilkan.

Kebajikan murid bagaimana? Itulah persoalan PK1 iaitu Cikgu Zainuddin kepada saya semalam(jumaat 14Mei). Dengan mengambil inisitif ke atas kebajikan murid, Cikgu Azuar telah memberi idea untuk membeli sedikit makanan dan minuman berupa air mineral dan juga pisang goreng, karipap dan juga kuih muih untuk diberikan kepada murid ketika masa rehat.

Seorang ketua dikalangan murid telah dilantik dari Tahun 6 untuk mengetuai bacaan doa sebelum hidangan di santap oleh murid. Ini memberi pendedahan dan penekanan kepada murid bahawa kesatuan hati dan sifat sabar dalam kerjasama satu pasukan amat penting dalam apa jua perkara. Syukur, dapat juga makan dan minum walaupun tidak seberapa. Bukanlah makan dan minum jadi sandaran, tetapi keseronokan dan kegembiraan terpancar dari wajah anak kecil ini selepas melaksanakan tugas dengan penuh iltizam dan bersungguh-sungguh menghilangkan rasa penat lelah.


Bagi murid tahun 4, ini adalah pengalaman pertama mereka membantu guru dalam aktiviti yang dilaksanakan pada hari ini. Cikgu Azuar banyak memberi panduan dan bimbingan kepada murid-murid ketika pengdokumentasian dilaksanakan dalam bilik guru. Manakala, AJK Makanan telah dilantik dikalangan tahun 4 untuk mengagihkan setiap makanan dan minuman kepada murid-murid. Tanggung jawab ini berjaya dilaksanakan dengan baik setelah diberikan kepercayaan dari guru. Alhamdulillah.


Sebahagian kerja di sebalik tabir yang dilaksanakan sepanjang aktiviti ini. Semua peralatan yang telah digunakan disusun dengan rapi dan diatur dengan baik oleh murid-murid yang mencerminkan keperibadian mereka sebagai murid sekolah ini yang berilmu, berpengetahuan dan berakhlak mulia disisi Agama Islam. Amin.
Banyak perkara yang telah saya pelajari pada hari ini, sekalipun aktiviti pada hari ini melibatkan bilangan kecil murid dan guru, namun perlaksanaan dan aturan aktiviti berjaya dengan seronoknya.

Sebahagian perkara yang perlu diperbaiki di masa akan datang ialah
  • Membuat kumpulan murid ketika sesi pengagihan kerja.
  • Melantik ketua di awal aktiviti supaya tugas dapat dilaksanakan dengan baik.
  • Peralatan bagi penyediaan makanan dan minuman murid di buat dengan lebih teratur.
  • Surat kebenaran kepada ibubapa diserahkan lebih awal.
  • Pemakaian murid dari segi baju, seluar dan kasut ditekankan untuk aspek keselamatan.
Sekiranya aktiviti ini, terdapat banyak kelemahan dan kekurangan, saya mengalu-alukan komen dan pendapat dari semua. Supaya untuk aktiviti dan program di masa akan datang dapat dimurnikan lagi.

Guru Untuk Semua :)
Murid Untuk Negara :)
Amalan Untuk Allah S.W.T

Moga segala usaha ini diberkati. Amin.

Jumaat, 14 Mei 2010

Latihan Terakhir

Seronok dan gembiranya murid-murid ini mengadakan latihan yang terakhir dilaksanakan pada hari Jumaat 15-Mei jam 4.30petang. Setelah berbincang dengan guru subjek bagi kelas tersebut, murid habis aktiviti PNP, mereka dibenarkan untuk mengadakan latihan sedikit sebelum pulang jam 5.10petang.

Murid tahun 6 dan tahun 4 berjaya laksanakan latihan dengan jayanya. Manakala kad ucapan kreatif juga berjaya dikumpulkan pada jam 5.00petang sebelum pulang ke rumah.

Petang tadi, hujang agak lebat, saya doakan agar anak didik saya di sekolah ini di kekalkan kesihatan yang baik dan sihat sentiasa. Amin.

Terima kasih kepada PK1 iaitu Cikgu Zainuddin yang mengambil perhatian atas perlaksanaan aktiviti bagi sambutan hari guru dan juga beri panduan yang baik bagaimana untuk mengatur dan mengawal murid ketika aktiviti luar bilik darjah dilaksanakan terutama untuk Latihan Sambutan Hari Guru ini. Sekalung penghargaan juga buat guru-guru lain yang banyak beri sokongan dan panduan kepada saya dalam menyumbang idea, pendapat dan kritikan dalam menjayakan sambutan hari guru di sekolah ini.


Atas dasar menyahut seruan kerajaan untuk menjayakan gotong royong perdana peringkat kebangsaan pada esok hari 15-Mei (sabtu), saya telah memaklumkan kepada PK1 untuk membuat sedikit gotong royong kecil di sekolah bersama murid yang tinggal berhampiran di sekolah bagi membersihkan sekolah dan juga membuat sedikit keceriaan di sekolah. Terima kasih juga kepada Cikgu Zainuddin kerana menyokong usaha murni ini dalam mendidik anak murid supaya sifat mencintai sekolah dapat disemai di sanubari murid. Amin.

Wassalam.

SAINS -Protection from Danger Year4-



Assalamualaikum. Pada hari ini saya ada satu kelas sahaja subjek Sains Tahun 4. Tajuk baru yang baru hendak dimulakan ialah Protection From Danger :)

Sebelum ini, saya sudah minta murid-murid melukis dan mencari senarai binatang yang saya kehendaki. Pada hari ini, murid-murid menunjukkan hasil kerja yang mereka telah lakukan. Saya memeriksa buku nota sains murid seorang demi seorang dan beri dorongan supaya menyiapkan setiap kerja yang guru berikan supaya dapat kecemerlangan dan berjaya dalam pelajaran.

Perbincangan dilaksanakan dalam kelas mengikut ciri-ciri bagi setiap binatang yang mempunyai 10 ciri-ciri untuk menyelamatkan diri dari bahaya dan ancaman.

Setelah perbincangan selesai beserta soal jawab bersama, saya minta 2murid ke perpustakaan untuk mengambil buku berkenaan dengan binatang untuk dijadikan sebagai bahan PNP dalam aktiviti pengukuhan pemahaman murid bagi setiap binatang yang telah dipelajari.
Murid-murid sangat teruja dan seronok ketika bahan bacaan buku dari perpustakaan saya edarkan kepada mereka. Murid berbincang sesama sendiri dan saling bertukar pendapat dan pandangan bagi setiap binatang yang mereka lihat dalam buku tersebut. Mereka dapat perhatikan dan fahami dengan lebih mendalam terutama menggunakan bahan bacaan dalam bahasa melayu yang memberi penjelasan bagi sesuatu binatang dari sebarang segi sifat dan keadaan.

Alhamdulillah, teknik ini berjaya menarik minat untuk terus mempelajari sains. Sains ini memerlukan penerokaan yang luas bagi setiap peringkat mahupun sehingga ke peringkat pembelajaran dewasa. Saya juga menggalakkan kepada murid bahawa dengan jauh berjalan luas pengalaman, dengan melawat ZOO, hutan simpan dan mengadakan perkhemahan, banyak lagi binatang yang dapat mereka lihat.

Syukur, dan terima kasih saya kepada bekas cikgu pembimbing saya iaitu Cikgu Khanisah sewaktu praktikum di Sek.Keb.Sri Jelok Kajang kerana beliau banyak bantu saya kaedah yang terbaik dalam pengurusan aktiviti dan aturan PNP. Begitu juga kepada Pensyarah saya Dr.Norizan yang banyak beri panduan dengan menekankan konsep Teknik Penerokaan dari pelbagai aspek samada melalui buku, bahan bacaan tambahan, BBM, video dan juga aktiviti luar bilik darjah. Alhamdulillah.

Doakanlah agar anak didik kita semuanya dapat menjadi seorang yang berguna dan berjasa kepada semua bagi setiap bidang dan mencintai alam sekitar serta mementingkan konsep kekitaan dalam kehidupan samada sesama manusia, binatang serta tumbuhan :)

Wassalam.

Khamis, 13 Mei 2010

Kelas-KU 2010


Assalamualaikum.

Saya selaku guru kelas 4 Proaktif Sek.Keb.Paris 3
Perkenalkan barisan kumpulan yang akan berdaya saing dalam mencari erti sebuah kehidupan
bermakna sebagai murid di sekolah ini dan mengejar kecemerlangan dalam segenap aspek JERI yang di pegang dalam FPK ...







Doakanlah agar semua murid ini akan mencari insan yang berjaya. Ini adalah salah satu perancangan jangka masa 3 tahun(2010-2012) dalam mencari kebolehan dan memperbaiki setiap kelemahan serta mempertingkatkan aspek JERI murid supaya mereka menjadi modal insan berprestasi tinggi keluaran sekolah menjelang 2013. Insya-Allah. Amin.

Perpustakaan & EnglishLanguage


Awak semua hendak ke mana??? Itu pertanyaan saya kepada murid yang berlari bertaburan dari bilik guru. Rupanya mereka semua berkejar ke arah bas yang merupakan Perpustakaan Bergerak. Bersemangat sungguh anak didik sekolah ini yang kehausan ilmu pengetahuan serta menanti sumber luar yang datang untuk membantu murid ini dalam mencari sebuah erti kehidupan yang amat bermakna.

Kelihatan murid sedang beratur dengan baik dan memilih bahan bacaan untuk dikongsi bersama. Sikap bertolak ansur dan berkongsi ilmu ini harus dipupuk dari kecil agar anak kecil ini tidak terlalu mementingkan diri dalam mencapai sebuah kejayaan yang BERHAK untuk dikongsi bersama.

SYABAS dan TAHNIAH kepada murid-murid ini. Moga semangat sebegini dapat dikekalkan hingga ke hari tua. Membaca Jambatan Ilmu


Hai...hari ini saya memulakan PNP English Language dengan pembelajaran HOMOGRAPH. Terdapat banyak kesulitan yang saya alami terutama ketika memberi penerangan penggunaan sesuatu perkataan seperti "plant", "close" dan "present". Pelbagai teknik dan cara dilaksanakan termasuk menggunakan contoh mudah yang terdapat disekeliling murid, namun terdapat 5 murid yang masih gagal menguasainya. Lalu, saya menggunakan beberapa orang murid dalam 3orang untuk mereka menjelaskan akan perkara yang mereka fahami supaya dapat dikongsi dalam kelas menggunakan bahasa dan cara mereka tetapi tidak lari konsep dari objektif PNP yang dilaksanakan. Setelah mereka faham dan kuasainya, saya membawa murid ini ke perpustakaan untuk bermain satu permainan yang sedia ada.

Amat seronok dan gembira murid ini bermain sambil menggunakan kamus dalam mencari erti perkataan yang mereka tidak ketahui maksudnya. Ini adalah permulaan bagi saya dalam menggunakan perpustakaan sebagai tempat belajar berkonsepkan permainan :)

Harap, dapat perbaiki lagi cara dan mutu PNP kerana banyak lagi perkara yang perlu dipelajari. Bagaimanapun saya mengucapkan tahniah dan syukur kepada semua murid yang hadir dalam kelas tambahan Bahasa Inggeris yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Inggeris seiring dengan usaha kerajaan untuk memperkasakan lagi bahasa kedua ini sebagai bahasa pengantar.


IluvIslam


Saya mendoakan agar anak didik di sekolah ini petah untuk berbahasa inggeris diperingkat global sekalipun di saat ini mereka masih lagi merangkak dalam mempelajari bahasa asing dalam kehidupan mereka sebagai anak watan di kinabatangan SABAH

Wassalam.

Mengecat dan Latihan Hari Guru


Assalamualaikum...
Akhirnya, murid tahun 6 berjaya juga mengadakan latihan bagi persembahan Sambutan Hari Guru yang bakal berlangsung. Esok(jumaat) akan mulakan latihan untuk pasukan kompang sekolah jika menjadi :)


Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada Cikgu Azuar selaku Guru Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah yang bersama menjayakan projek ini kini di fasa 50% dari kerja-kerja mengecat di unit BNK berjaya dilaksanakan dengan baik. Penghargaan juga kepada Cikgu Drahman yang banyak menyumbang idea, pendapat serta pengalaman kepada saya selain memantau dan menilai proses gerak kerja yang kini sedang dilaksanakan :)



Tahniah dan syabas kepada semua murid yang terlibat terutama kepada murid tahun 5 iaitu kumpulan Lina dari 5Progresif dan juga Sharmizan dari 5ProAktif. Kumpulan ini telah menunjukkan corak kerja dan pembahagian tugas dengan baik selain dapat melaksanakan proses mengecat dengan cermat dan sangat baik. Alhamdulillah dan syukur atas keprihatinan mereka kepada demonstrasi mengecat dijalankan memberi 1pembelajaran yang amat berkesan seterusnya perlaksanaan secara praktikal. Lepas ni, harap-harap boleh lah pula untuk mengecat 1 sekolah :)

Rabu, 12 Mei 2010

Video Menarik :)


Mengecat




Latihan Persembahan untuk sambutan Hari Guru 2010

Selasa, 11 Mei 2010

Lagu Untuk Guru


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Untuk pengetahuan umum, latihan nyanyian dan persembahan untuk Hari Guru bagi Sek.Keb.Paris 3 sedang rancak dilaksanakan bermula pada hari ini.

Saya selaku guru kelas 4 ProAktif mengambil inisiatif untuk membentuk kumpulan nyanyian dari kalangan murid kelas saya dan mendapatkan lagu untuk guru dari laman youtube, yang mana lagu asalnya dari indonesia ;) Atas kelemahan ini, saya cuma dapat gunakan lagu yang ringkas itu sebagai titik permulaan kepada persembahan hari guru bagi tahun ini. Jika mampu, saya cuba gubah dan reka lagu sendiri.

Terima kasih kepada semua anak murid saya seramai 10 orang yang berjaya melaksanakan latihan pada hari ini ketika wakti Pendidikan Jasmani (hari hujan, minta kebenaran dari guru PJK untuk adakan latihan bagi 10 orang murid ini). Segalanya berjalan lancar.

Alhamdulillah, berkat kekuatan dan kesungguhan murid tahun 6PG telah juga mengadakan latihan nyanyian dan persembahan untuk hari guru. Dalam pada itu, murid tahun 6PG juga berhasrat untuk menyumbangkan PANTUN seloka ketika hari guru. Penyertaan dari kelas 6PG amat membanggakan kerana kumpulan nyanyian mereka akan menyampaikan 2 buah lagu, Pertama lagu ciptaan sendiri, dan kedua lagu cari Dato` Siti Nurhaliza ;)

Semoga usaha dan semangat ini dapat dikekalkan dan penghargaan kepada semua guru-guru tidak hanya di sekolah tetapi terus menerus ketika di luar sana...

Wassalam...

KHB Minggu ke-3


Alhamdulillah. Sepertimana yang telah dirancangkan pada minggu ini murid-murid akan mula untuk mengecat papan tanda setelah segala bahan dan peralatan diperolehi dari pembekal Sheong Huat dari Lahad Datu. Kerjasama semua pihak amat membanggakan dan kerana itu, projek ini dapat dilaksanakan mengikut jadual yang dirancangkan.

Pada hari ini, murid tahun 4 memulakan untuk mengecat papan tanda bermula dari warna hitam sebagai latar belakang kepada tulisan yang akan di tulis menggunakan warna kuning. Tema ini bersesuaian dengan pemandangan dan tarikan warna bagi setiap tulisan yang hendak dipaparkan.

Adalah diharap dalam minggu ini, dapat diselesaikan semua urusan mengecar latar belakang papan tanda dan kawasan unit bimbingan & kaunseling yang diselia oleh Cikgu Azuar dilaksanakan secara berjadual melainkan jika hari hujan.

Kelihatan murid-murid tahun 4 amat teruja untuk memulakan aktiviti mengecat secara berkumpulan. Terdapat juga murid yang membawa berus cat sendiri dari rumah. Tahniah dan syabas kepada semua murid tahun 4 yang terlibat. Bagi yang tidak sempat mengecat, anda boleh datang pada lain masa dan mencuba untuk belajar mengecat.

Kelemahan yang dapat saya katakan dalam aktiviti ini ialah
  • Pembentukan kumpulan yang tidak mengikut jadual ketetapan kerana kurang murid yang hadir
  • Penyediaan bekas cat kecil untuk murid supaya dapat diagihkan kepada setiap kumpulan. Akibatnya, murid menggunakan bekas berupa bekas minuman mineral yang dipotong(kreatif).
  • Pengurusan masa yang tidak teratur menyebabkan murid tunggu terlalu lama untuk mengecat.
  • Pakaian murid yang tidak sesuai kerana terdapat murid yang memakai pakaian seragam sekolah. Menjejaskan kebersihan pakaian murid.

Perkara yang perlu diperbaiki
  • Menyediakan apron kepada murid ketika aktiviti mengecat di lain masa.
  • Menyediakan sarung kepada murid supaya lebih cermat dan bersih ketika mengecat.
  • Membentuk kumpulan yang teratur dan memberi merit kepada murid yang tidak melibatkan diri atau tugasan lain yang boleh menyumbang kepada kreativiti dan memupuk sifat kerjasama murid.
  • Menguruskan masa dengan lebih baik dalam aktiviti luar supaya tidak mengganggu penumpuan murid dalam perkara yang lain seperti belajar.
Semoga aktivti ini dapat memberi ilmu dan pengalaman yang berguna kepada anak didik di sekolah ini supaya menjadi manusia yang lebih berjaya di MASA AKAN DATANG demi bangsa dan NEGARA!

Amin

Ahad, 9 Mei 2010

Hari Guru 2010


Assalamualaikum dan salam penyatuan hati kepada semua. Dalam ketibaan hari guru yang hampir tiba, semua sedia maklum bahawa tarikh 16Mei dipilih sebagai sambutan Hari Guru.

Terdetik dihati saya untuk mengimbas kembali setiap langkah saya ke sekolah bermula dari Tabika Kemas yang mana ibu saya Latipah bt Md Nor menjadi Guru Tabika kepada saya. Seterusnya melangkah kaki ke sekolah rendah mengenali satu alam yang baru untuk menerokai setiap sudut di sekolah yang agak besar pada ketika itu. Seterusnya di sekolah agama menenagh di bawah Kerajaan Negeri Selangor sehingga tamat SPM. Banyak perkara yang talh dipelajari. Cuma sebahagian kecil sahaja guru yang dapat saya ingati nama dan perwatakan mereka yang banyak memberi kesan dan manfaat kepada diri saya secara amnya dalam manfsir sebuah kehidupan yang penuh lakonan. Tidak lupa juga kepada barisan pensyarah saya yang berada di UPM dan juga tenaga pensyarah di IPGM-Kampus Pendidikan Teknik Cheras KL (2009).



Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan setiap jasamu tidak akan kulupai wahai semua para pendidik. Selamat Hari Guru juga kepada semua guru-guru di seluruh dunia.


iLuvIslam


Kini, saya selaku guru bermula awal tahun ini, banyak perkara yang berlaku dan proses pembelajaran tetap berlaku samada secara langsung atau tidak langsung. Guru sebagai Pembina Negara Bangsa yang disebut-sebutkan kadangkala hanya bermain di lidah tanpa diterjemahkan dan disemadikan dalam hati kita dan dilaksanakan dengan perilaku dan tindakan kita dalam kehidupan seharian. Kemana hilangnya sebuah semangat keguruan yang dahulunya pernah wujud dalam jiwa murni kita??? Guru juga asyik memperkatakan sambutan hari guru, murid/pelajar harus berterima kasih kepada guru-guru yang pernah memberikan ilmu kepada mereka, yang banyak mengajar mereka. Tetapi adakah guru itu sendiri pernah menghargai dan berterima kasih kepada semua guru-guru, ustaz ustazah serta pensyarah-pensyarah yang ada??? Adakah cukup hanya dengan berterimakasih??


Adakah kita pernah mendoakan untuk mereka selaku pendidik yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kita selaku tugas mereka sebagai insan yang dipertanggungjawabkan menyebarkan ilmu. Ketahuilah, jika kita mahu murid berterimakasih dan menghargai kita, kita juga selaku guru harus berterimakasih kepada SEMUA guru, dan mereka yang membimbing kita hingga ke puncak kejayaan sebuah kehidupan hingga bergelar guru. Saya menulis ini atas inipati untuk mengingatkan kepada diri saya sendiri yang sering lupa dan lalai dalam mendoakan serta menghargai guru yang lama.


Saya mendoakan semua Hari Guru yang bakal diadakan dan disambut dengan penuh keberkatan dan membawa kepada kesatuan hati dalam mewujudkan sebuah pasukan pendidik berprestasi tinggi seiring dengan kehendak FPK yang dipegang dalam Pendidikan Negara kita.

Sekian.

*Sambutan Majlis Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-39 diadakan di Universiti Malaysia Pahang, Pahang.

Sambutan Perayaan Hari Guru 2010

Tarikh: 16 Mei 2010 (Ahad)
Tempat: Universiti Malaysia Pahang
Tema: Guru Pembina Negara Bangsa


Aturcara Majlis Pelancaran:

8.00 pagi - Ketibaan jemputan
9.25 pagi - Ketibaan YAB Menteri Besar Pahang
9.30 pagi - Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri

- Doa

- Ucapan alu-aluan oleh Y. Bhg. KPPM

- Ucapan Perasmian Perayaan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri

- Upacara menaikkan bendera

- Ikrar Guru

- Persembahan

- Penyampaian Anugerah
11.30 pagi - Jamuan

- Bersurai

Anugerah

  1. Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan
  2. Anugerah Kepimpinan Pendidikan Menteri Pelajaran
  3. Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas
  4. Anugerah Guru Cemerlang Kurang Upaya
  5. Anugerah Guru Inovatif

Sabtu, 8 Mei 2010

Selamat Hari Ibu


Assalamualikum.


Saya mendoakan semoga ibu-ibu seluruh di dunia ini berbahagia dan bergembira bersama anak-anak tersayang. Terdetik di hati jauh dari keluarga yang berada di kampung halaman Dengkil, Sepang Selangor terutama ibu saya Hajah Latipah binti Md Nor.




Kini, anakanda telah pun bertugas sebagai seorang guru di Paris 3 Kinabatangan. Sungguhpun begitu, tidak menghalang hubungan kekeluargaan antara anakanda dan bonda beserta kekanda ku yang lain bersama ayahanda.

Kenangan manis bersama bonda sangat dirindui untuk makan bersama, bercerita dan berkongsi serta bermuzakarah dalam menyemak amalan kehidupan anakanda yang banyak kurangnya. Nasihat serta ingatan dari bonda, anakanda tidak pernah lupa.

Pesanan ku kepada semua, hargailah ibu,mak,mama,ummi,insan yang melahirkan kita, menjaga kita dengan baik, beri makan dan minum serta kesempurnaan dalam sebuah kehidupan yang sekali sahaja di dunia. Berilah satu penghargaan dan janganlah kita abaikan ibu kita mahupun kita sakiti hatinya, kerana syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu.

Salam sayang cinta kepada semua kerabatku di Dengkil dan keluarga di Johor Bahru beserta Isteri ku yang setia, manis dan sabar penantian kepulanganku Elly Sofiana J Semoga kita semua berjaya di hari esok. AMin ya Allah.

Sekian.