SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Selasa, 31 Mei 2011

Sinopsis Buku ETIKA (Mei2011)

SINOPSIS BAHAN BACAAN ILMIAH (Latihan Dalam Perkhidmatan)

Nama : Mohd Mustakim bin Kamarudin
Tajuk : Latihan Dalam Perkhidmatan (Pembacaan Bahan Ilmiah)
Tarikh : 20-Mei-2011
Masa diambil : 3 minggu (28 April - 19 Mei 2011)
Tajuk Buku : Etika Penjawat Awam dari Perspektif Islam
Keluaran : Dewan Bahasa dan Pustaka (2010)
Penulis : Sharifah Hayaati Ismail al-Qudsy
Bilangan m/s : 289 (termasuk indeks)
No. Siri ISBN : 978-983-46-0311-3
Harga : RM 38.00
Sumber : Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Lahad Datu

(borang sinopsis buku untuk guru: BORANG/LAMPIRAN)





SINOPSIS

Guru merupakan penjawat awam yang paling ramai dalam perjawatan di Negara kita. Sehubungan dengan itu, nilai dan etika bagi seorang pendidik yang dikenali sebagai guru mencerminkan peribadi penjawat awam secara keseluruhannya yang akan memberi impak kepada setiap lapisan masyarakat. Sinopsis buku ini mengupas dengan lebih lanjut etika dari perspektif Islam yang memberi penekanan kepada penjawat awam Muslim dari pelbagai aspek samada akhlak dan peribadi. Etika berkait dengan makna sesuatu yang positif dalam segi nilai dan moral atau dikenali juga sebagai karakter. Dengan ini, penulis menegaskan bahawa sesuatu urusan yang dilaksanakan samada beretika atau pun tidak iaitu persoalan positif dan negatif. Dalam Pelan Integriti Nasional Malaysia etika dikelaskan sebagai himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion.



Penulis mengupas dengan terperinci akan nilai baik dalam kepercayaan ialah nilai keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. Jelas menunjukkan bahawa cirri-ciri positif bersandarkan kepada keimanan yang jitu dan perlakuan yang positif dalam segenap aspek tindakan pekerjaan yang dilaksanakan. Tanpanya, sesuatu perlakuan atau pekerjaan tidak diiktiraf di sisi Allah sebagai mematuhi etika-Nya. Ilmu fardu ain yang dituntut setiap Muslim untuk mempelajarinya ialah ilmu akhlak yang mengandungi segala asas nilai dan etika dalam Islam. Dengan ilmu yang diperolehi, seorang Muslim hendaklah mengamalkan ilmu yang dipelajarinya mengikut kehendak dalam Islam yang meletakkan nilai dan akhlak yang baik dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Perkara ini berkaitan dengan niat seseorang dan dalam Islam keikhlasan suatu ibadah hanya diletakkan kepada Allah Taala sahaja seperti yang difirmankan Allah Taala dalam surah al-Bayyinah ayat ke 5 terjemahannya : “Tidaklah AKu perintahkan kamu kecuali untuk menyembah Allah ikhlas kerana agama”, dan surah al-Zumar ayat ke 11 terjemahannya : “Katakan (wahai Muhammad) sesungguhnya Aku perintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadah kepada-Nya.”. Nilai yang jelas dalam al-Quran dan al-Hadith antaranya ialah nilai sabar, tekun, menepati waktu, tidak membazir, berlumba-lumba, tidak bakhil, tidak sombong, baik sangka, bijaksana, berkasih sayang, amanah dan bersih.

Salam” border=”0″>
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Penulis juga turut menyatakan etika kerja atau profesion yang dituntut dalam Islam dan antaranya matlamat syariat yang dinamakan sebagai maqasid khamsah iaitu memelihara agama, jiwa dan nyawa, akal fikiran, harta dan keturunan. Islam juga mengetengahkan sistem hokum kerjanya yang tersendiri yang di sebut sebagai wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Malah ‘uruf’ atau amalan kebiasaan masyarakat yang mengandungi nilai baik dan tidak bertentangan dengan syarak juga diterima pakai. Justeru itu, sistem hukum ini perlu difahami dengan mendalam oleh setiap individu Muslim termasuklah penjawat awam. Maka kita sebagai insan yang dapat berfikir baik dan buruk dalam suatu perkara sudah tentu dapat laksanakan suatu tugas kerja dengan penuh keazaman dan bersungguh-sungguh selagi mana tidak bertentang dengan ajaran Islam. Pandangan Imam al-Ghazzali tentang etika atau akhlak iaitu nilai yang tertanam dalam jiwa seseorang sehingga melahirkan tindakan baik secara spontan. Turut ditekankan dalam buku ini nilai ihsan dan amanah yang perlu ditanamkan dalam diri. Manakala bagi tujuan pengukuhan nilai ini, penjawat awam diberikan anugerah atau ucapan penghargaan seperti ‘terima kasih’, ‘syabas’, ‘tahniah, dan ‘saya bangga dengan pencapaian anda’ yang dikira sebagai nasihat dan perangsang kepada individu berkenaan.
Usaha berterusan dalam melahirkan budaya kerja cemerlang perlu dipertingkatkan dengan memberi lebih tanggungjawab dan nilai kerja yang meletakkan kebolehpercayaan yang tinggi bagi seseorang melaksanakan suatu tugas kerja. Maka nilai profesionalisme yang tinggi, integriti adalah penting untuk pengamalan dalam tugas dan tanggung jawab sebagai penjawat awam umumnya.

Sekian. Wassalam.

BACAAN TAMBAHAN KLIK SINI

1) DEWAN BAHASA DAN PUSATAKA

2) DAWAMA

3) SCRIBD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails