Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Sabtu, 2 Jun 2012

Ibu Bersalin....are you ready???

Checklist Barang Persediaan Bersalin

Keperluan Di Kaunter Pendaftaran
1. Rekod kesihatan 
(sentiasa ready...buku merah tu la kan..)
2. Birth Plan Record (Rekod lawatan kesihatan / mengandung) 
(buku merah jugak)
3. Guarantee Letter / Kad Insurance (jika anda ada insurance perlindungan) 
(ni guna GL ikram...leh apply dah kot...valid 3 bulan kan...)
4. Surat Rujukan Majikan 
(xyah kot)
5. Surat Jaminan Majikan 
(xyah kot)
6. Sebarang dokumen / surat dari hospital 
(guna buku merah je kan)
7. Kad Pengenalan 
(ada..kaler biru lagi)

yg kat bawah ni sume xready lagik...kene sesiap satu2.. :)

(klik di bawah untuk teruskan membaca)




Barang-Barang Penjagaan Diri & Pakaian
1. Baju Kemeja T (T Shirt) yang longgar dan mempunyai bukaan didepan (ini untuk memudahkan anda menyusukan bayi anda nanti) – 3 helai atau lebih
2. Stoking (2 pasang atau lebih)
3. Kain Batik atau seluar yang longgar (seelokeloknya seluar dari kain kapas) – 3 helai atau lebih
4. Bengkung Moden – penting untuk dipakai selepas bersalin
5. Set mandian (jika bersalin dihospital kerajaan)
- Sabun,
- Berus Gigi
- Ubat Gigi
- Sikat rambut
- Pencuci muka
- Bedak
- Tuala
- Syampu
- Losyen
6. Ubat bersalin / set bersalin
7. Tisu
8. Selipar Jepun
9. Pad / Tuala Wanita – pastikan anda membeli jenis yang tebal untuk aliran darah yang banyak selepas beberapa hari bersalin.
10. Seluar Dalam. Jika nak mudah, beli disposable panties (seluar dalam pakai buang)
11. Nursing bra / bra menyusu
12. Pengikat rambut – jika anda berambut panjang

Barang-barang lain yang juga agak penting
1. Handphone dan charger – agar sentiasa dapat berhubung dengan keluarga anda
2. Duit syiling – jika anda ingin menggunakan telefon awam
3. Kamera dan video kamera – untuk merakamkan detik-detik penting dalam hidup anda dan juga wajah bayi anda.
4. Cermin mata (jika anda rabun atau memakai contact lense).
5. Buku atau majalah – untuk mengisi masa lapang dan mengalih perhatian anda sewaktu menunggu saat melahirkan
6. Gambar orang tersayang
7. Pelembap bibir / Lipstik
8. Pemotong kuku
9. Bedak / make up (bagi sesetengah orang, tidak kira didalam keadaan apa pun, mereka tetap mahu kelihatan cantik ☺)
10. Minuman segera seperti Milo 3 in 1, nestum, horlick ect. Jika anda lapar, sekurang-kurangnya ini boleh digunakan untuk mengalas perut sewaktu dihospital

Barang yang tidak patut anda bawa ke hospital :
1. Barang kemas
2. Wang tunai yang banyak
3. Kad kredit

Barang-barang bayi
Barang-barang asas
1. Baju bayi – 2 pasang atau lebih
2. Barut
3. Sarung kaki, sarung tangan dan topi
4. Pampers / lampin pakai buang
5. Bedung / kain napkin
6. Barang mandian bayi
7. Beg – untuk mengisi barang bayi
8. Tuala

Barang-barang Penjagaan Bayi
1. Tisu lembap / wet tissue – untuk membersihkan punggung bayi
2. Tisu (toilet roll)
3. Krim untuk mencegah ruam lampin
4. Minyak untuk disapu diperut bayi untuk mengelakkan bayi dari kembung perut
5. Bedak / losyen

Senaraikan beberapa barang yang anda perlukan selepas kembali ke rumah

Barang - barang Ibu
1. Pengering Rambut / Hair Dryer – untuk mengeringkan luka pembedahan setiap kali selepas mandi
2. Tisu gulung – digunakan untuk melapik perut setiap kali sebelum memakai Bengkung Moden
3. Ubat luka – diberi oleh hospital atau jika tidak ada boleh dibeli difarmasi
4. Losyen bayi – untuk disapu diperut bagi menghilangkan hitam diperut
5. Gel sireh slim atau ubat untuk disapu diperut agar perut kempis dengan lebih cepat
6. Bedak sejuk / param / pilis (optional)
7. Selipar didalam rumah (bedroom slipper) – untuk dipakai sepanjag tempoh berpantang bersama dengan stokin
8. Anti Septic Dettol – untuk digunakan membasuh luka pembedahan setiap kali sewaktu mandi
9. Pam susu

Barang-barang Bayi
1. Set Tilam, bantal dan selimut
2. Bedak / Losyen
3. Sabun / mandian bayi
4. Besin mandi
5. Lapik Getah - untuk digunakan sewaktu menukar lampin bayi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan