Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Isnin, 18 Jun 2012

Kajian Tindakan Siri 1 tahun 2012

Mula menaip pada jam 11.50pm (17-06-2012 Ahad)

Kajian tindakan sebelum ini (2011) telah banyak mengajar saya dalam membina keyakinan untuk teruskan usaha mempelajari dan membina kajian tindakan bersama rakan-rakan seguru yang lain. Tahun lepas, saya tidak menghabiskan kajian tindakan saya dengan baik...namun saya lihat dari satu sudut, banyak perkara yang perlu diteliti. Maka, saya telah ambil inisiatif yang lain dalam tahun 2012,


Pemerhatian:

1) Saya lihat situasi sepanjang PNP sains tahun 6 bermula dalam kelas biasa hingga ke kelas tambahan yang dilaksanakan pada waktu petang (sekali seminggu) bermula bulan Mac.

2) Perbincangan bersama rakan dalam merancang strategi pnp, bahan abm/bbm, pelaporan prestasi murid, teknik penyoalan dalam kelas, membina kertas ujian dalam mengenal passti bentuk soalan dan silibus (topik).

3) Menggunakan pelbagai strategi pnp dan penggunaan abm/bbm yang pelbagai samada dari lembaran kerja, power point, video, internet dan juga latih tubi/ulang kaji secara berkumpulan.

4) Berbincang dengan Jurulatih Utama Sains Daerah Kinabatangan (Puan Salmah) dalam mengenal passti corak soalan sains bahagian B. Tumpukan kepada soalan mudah (wajib betul) dengan membiasakan murid kepada teknik kenal pasti MAKLUMAT penting/utama dalam soalan yang diberikan. Keluarkan / nyatakan isi penting tersebut dan bentuk dalam maklumat yang mudah difahami.

5) Perbincangan berterusan bersama guru berpengalaman (Cikgu Emran Sumanggil) dalam merancang membina Kajian Tindakan berkualiti untuk tahun ini.

Impak:
1) Saya dapat kenal pasti jenis soalan yang SUSAH dan MUDAH dijawab oleh murid dalam bahagian B untuk soalan sains peperiksaan sebenar.

2) Murid mempelajari dengan lebih mudah dan menarik perhatian murid untuk terus belajar tanpa jemu dalam kelas untuk bersaing secara sihat (saya menggunakan teknik penganugerahan bintang kepada murid yang berjaya/meningkat). Murid juga berlumba-lumba untuk menjawab dalam kelas dan cuba sedaya upaya untuk mendapat markah yang tinggi dalam setiap latihan, kerja/tugasan, dan ujian yang diberikan. Murid berminat untuk terus mendapat latihan secara berterusan dari guru untuk dilakukan dalam kelas dan juga latihan untuk dibawa pulang ke rumah sebagai aktiviti kerja rumah. Seterusnya murid mempunyai bahan untuk dijadikan sebagai bahan perbincangan di luar sekolah jika guru memberikan latihan/ kerja rumah.

3. Guru dapat memantapkan startegi pengajaran dan murid lebih minat untuk terus belajar dalam kelas. Murid sentiasa menanti-nantikan kehadiran guru untuk belajar dengan rasa gembira setiap kali PDP dimulakan. Murid seronok dalam latihan kerja secara berkumpulan, yang mana murid yang lemah dapat dibantu dan dibimbing dengan baik oleh murid yang lebih bijak. Murid lemah merasakan diri di hargai bila mana soalan diajukan kepada mereka sewaktu sesi latihan secara berkumpulan kerana murid lemah ini mempunyai jawapan yang telah dibincangkan.

4. Teknik mengajar yang mudah diberikan oleh JU sangat bermakna dan contoh modul yang diberikan banyak membantu dalam memperbanykkan latihan kepada murid secara BERFOKUS. Selain itu, menjimatkan masa dalam mengenal pasti strategi untuk mencapai sasaran cemerlang dan mencapai sifar untuk kumpulan GALUS/TEGAR! Murid lemah harus diberikan perhatian dan guru pembimbing secara berterusan (berkala) dan setiap perjumpaan berekod. Murid lemah juga diberikan insentif modul khas atau buku latihan istimewa untuk kumpulan ini lakukan ketika sesi perjumpaan dengan guru pembimbing.

5. Yang paling utama ialah, percambahan idea dan kekuatan dalam kerjasama berpasukan amat penting. Inilah asas kepada semua yang diatas. Kerjasama yang diberikan oleh Cikgu Emran (guru berpengalaman) banyak mengajar dan membantu saya dalam persediaan merancang dan mengatur strategi Kajian Tindakan untuk siri kali ini 2012. Banyak pandangan yang diberikan. Turut memberi pendapat bernas ialah Cikgu Zul Haimy (lepasan Ijazah Sarjana Muda dgn Pendidikan IPGM). Beliau turut berkongsi idea dan saranan dalam mengatur startegi mengajar dalam kelas, penggunaan multimedia dan BBM dalam kelas secara berkesan. Paling utama, teknik untuk menjawab soalan bahagian B yang digunakan untuk kumpulan GALUS/TEGAR banyak membantu saya dalam mencapai misi sifar untuk Galus / Tegar. 

Nantikan penulisan Kajian Tindakan Peringkat 1 yang akan bermula pada minggu ini (cuti kerana isteri bersalin anak perempuan pada 16-06-2012 Sabtu 7.30pagi Hospital Lahad Datu).


Tajuk (telah dibincangkan bersama Cikgu Emran)

Fokus Kajian (dikenal pasti bersama cikgu Emran) Sains Tahun 5 Topik Haba, (keluar / masuk)

Objektif Umum (diperhatikan dalam PdP)

Objektif Khusus (diperhatikan dalam Ujian 1, peperiksaan 1, kelas tambahan dan PdP)

Kumpulan sasaran (Tahun 6)

Perlaksanaan Kajian
1. Tinjauan Masalah (berdasarkan kepada keputusan Ujian 1, Peperiksaan Sem1/2012, Kelas tambahan).

2. Analisis Tinjauan Masalah (berdasarkan kepada skor markah Bahagian B (Peperiksaan sem1/2012) dan markah seluruh Ujian 1 dan Peperiksaan 1/2012).

Tindakan Yang Dijalankan
1. Ulangkaji (silibus tahun 5)
2. Kelas tambahan (bahagian A)
3. Akan datang....Flash Card
4. Akan datang....Powerpoint (games)
5. Akan datang....Internet (Games)
6. Akan datang....Celik Sains (games)

Pemerhatian dan Refleksi (akan dibina bagi setiap tindakan yang dijalankan).

Penilaian
1. Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos (keputusan skor markah bagi setiap murid)
2. Analisis Keputusan Ujian Pra dan Pos (Jumlah mengikut Gred dan Peratus %) dalam bilangan nombor.
3. Graf Perbandingan Ujian (menggunakan data dalam Analisis Keputusan Ujian). Graf menunjukkan peningkatan / penambahan keadaan yang berlaku lebih baik dari sebelumnya dan impak kepada murid serta guru yang mengajar.

Refleksi Kajian
Hasil dapatan....
Tindak tanduk guru....
Pembuktian hasil kepada murid....

Cadangan untuk kajian seterusnya
Akan ditulis kemudian...

Rujukan
1. Giam Yee Sim. (2011). Express Revision Science UPSR Year 4-5-6. Ilmu Bakti Sdn. Bhd. Selangor.
2. Azizul Rahman Abdul Rahman. (2010). Strategi Pengajaran Guru Cemerlang. Majlis Guru Cemerlang Malaysia dan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.  
3. Chua Yan Piaw (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan Buku 1. Mc Graw Hill Malaysia Sdn. Bhd.

Rujukan Tambahan (internet)



(Lain-lain hal...seperti dibawah)

Isu yang dikaji (telah diperhatikan sepanjang sesi PdP dan kelas tuisyen, juga berbincang bersama cikgu Emran dan juga cikgu Zul Haimy)

Refleksi Masalah (telah dikongsikan bersama cikgu Emran dan atur beberapa strategi bersama, subjek Sains, topik Haba, tahap Tahun 5).

Ulasan Karya
(jika ada)........


Selesai menaip pada
18-06-2012
Isnin
1.20am
(masa ini telah dicampurkan dengan aktiviti menjaga bayi ku yang masih kecil)

Terima kasih isteriku yang memahami...

Alhamdulillah...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan