Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Selasa, 19 Jun 2012

PELAKSANAAN ANALISIS KEPERLUAN LATIHAN UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT KEPERLUAN PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA INGGERIS DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN VERSI 2 (GTP 2.0)

Hari ini, saya telah mendapat panggilan dari GPK 1 En. Zainudin bin Ahmad memaklumkan kepada saya untuk hadir ke sekolah bagi mengambil ujian/kos untuk satu program khas dari KPM iaitu CAMBRIDGE PLACEMENT TEST.

Program ini khas kepada guru yang mengajar subjek Bahasa Inggeris di sekolah.

klik sini untuk TEST >>> www.cpt.cambridgetest.org


Muat turun bahan takimat CPT ( SUMBER BAHAN )


PASTIKAN MASUK DALAM LAMAN WEB SEPERTI INI SETELIK KLIK TEST UNTUK MULAKAN SESI MENJAWAB. 






JIKA TIDAK DAPAT MASUK, SILA HUBUNGI DENGAN ADMIN DI SEKOLAH, JIKA TIDAK BERJAYA JUGA SILA AJU PERTANYAAN TERUS KE PIHAK BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU (BPG) PUTRAJAYA. SEKIAN





Surat / lampiran yang berkaitan






Berikut merupakan lampiran yang saya temui dalam internet.


Paparan dari laman untuk diambil ujian secara online seperti dibawah...



Tahniah kepada kerajaan Malaysia terutama pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (Bahagian Pendidikan Guru) kerana berusaha untuk meningkatkan mutu guru terutama yang mengajar bahasa inggeris di sekolah-sekolah.

Alhamdulillah. Tercapai sudah impian saya untuk menduduki latihan sebegini. Saya selaku guru bahasa inggeris juga massih lagi memerlukan dorongan dan latihan berterusan untuk meningkatkan lagi mutu penggunaan bahasa inggeris samada dalam pengajaran mahupun komunikasi harian dan lain-lain.

Terima kasih juga kepada Cikgu Zainudin Ahmad yang bersusah payah menghubungi saya pada pagi ini (Selasa 19-06-2012) sekalipun saya berada dalam 'mood' cuti namun beliau menyatakan bahawa saya MESTI mengambilnya. Sudah pasti saya akan pergi ke sekolah lapangkan masa selama 30 minit sahaja untuk menjawab TEST tersebut.

Cuti saya pada waktu ini ialah kerana isteri telah bersalin pada hari Sabtu lepas bersamaan dengan 16-Jun-2012 @ 7.30pagi di Hospital Lahad Datu.

Sekalipun cuti, saya menggunakan masa cuti ini untuk 'study' kajian tindakan.

Kepada semua guru bahasa inggeris. Berusahalah sedaya upaya untuk laksanakan TEST ini dengan jayanya. InsyaALLAH.

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU (KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA)


Beberapa siri latihan untuk guru bahasa inggeris yang lain


Dikemaskini kembali pada 22-Jun-2012 Jumaat 4.50pm

Contoh paparan jika sudah selesai

Saya telah selesai menjawab test ini pada hari Rabu bersamaan dengan 20-Jun-2012 di Bilik Gerakan SK Paris 3 Kinabatangan bersama GPK 1 dan Guru Besar. Terima kasih kepada En.Rasyid kerana sudi membantu menyediakan peralatan audio 'head phone' sewaktu saya menjalankan test ini.

2 ulasan:

  1. cikgu, boleh login kah?
    kenapa kami tak berjaya login ya

    BalasPadam