Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Selasa, 3 Julai 2012

Unit 4 Pengukuran Jisim (Sains Tahun 4)

Pada kali ini, suka untuk dikongsikan PdP menggunakan bahan bantu mengajar berasaskan powerpoint. Sekalipun agak ringkas, namun objektif dalam PdP telah tercapai dengan baik. Ulangkaji bagi topik ini akan dilaksanakan pada minggu hadapan sebagai aktiviti pengukuhan. InsyaALLAH. Manakala, eksperimen akan juga dilaksanakan menggunakan alat timbang berat skala kecil pada minggu hadapan sebelum memulakan sesi latihan ulangkaji.



Sumber: http://www.slideshare.net/longkai_boyz/pengukuran-jisim-tahun-4

Bacaan tambahan dibawah ini...

Setiap objek mempunyai jisim.

Jisim memberitahu tentang BERAT dan RINGAN objek.

Unit untuk jisim dalam sistem metrik

kilogram (kg)

gram (g)

miligram (mg)

1 kilogram (kg) = 1000 gram (g)

1gram (g) = 1000 miligram (mg)

Alat timbang untuk jisim

(a) Dalam makmal sains


Neraca tuas



Neraca 3 alur / palang


(b) Di pasar raya

      
Neraca mampatan

   

Neraca elektronik

(c) Alat timbangan biasa di rumah


Alat timbang berat


  

Alat timbang bahan-bahan dapur


Sesi PdP telah selamat dilaksanakan pada hari Khamis 6-Julai-2012 (11.00 hingga 12.00 t/hari) dalam kelas 4 Proaktif.


Alhamdulillah. Murid dapat menyatakan dengan baik alat yang digunakan untuk mengukur jisim bagi mengetahui berat dan ringan sesuatu objek (benda). Malah dapat menyatakan objek berat menggunakan unit kilogram (kg) dan objek ringan unit gram dan miligram. Alhamdulillah. Gambar dalam kelas tidak sempat untuk di ambil kerana kekangan masa dalam aktiviti PdP yang dirancang.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan