Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Rabu, 1 Ogos 2012

Kemas Bilik Sains dan Inventori Peralatan Sains

Alhamdulillah.

KLIK SINI UNTUK >>> MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Pada hari ini (Rabu 1-Ogos-2012), aktiviti yang dirancang telah berjaya dilaksanakan (50% siap) untuk perlaksanaan kemas bilik sains dan lakukan sedikit inventori (perekodan). Terima kasih kepada semua guru yang terlibat secara langsung.




Bermula jam 1.30pm sehingga tamat jam 3.30pm (2jam), maka selesai fasa pertama untuk saya rekod senarai peralatan dan bahan yang ada dalam simpanan panatia sains selama ini. Alhamdulillah, syukur kerana dengan bantuan guru-guru lama iaitu cikgu Faizal dan cikgu Emran yang membantu mengangkat-angkat kotak berisi peralatan dan bantu untuk kemasan dalaman susun atur barang mempercepatkan lagi kerja pada hari ini. Setelah tangguh kerja ini, solat asar sudah pun berkumandang tepat jam 3.36pm.

Setakat ini, saya cuma mencatatkan segala rekod dalam buku log terlebih dahulu sebelum di daftarkan dalam senarai bahan dan peralatan (akan di taip semula untuk rekod lebih kemas dan disahkan).





Guru besar juga turut melihat perkembangan aktiviti pada hari ini dan memberi beberapa pendapat serta perkongsian pengalaman beliau sebelum ini (pernah mengajar di salah sebuah sekolah menengah di Sandakan).



InsyaALLAH, senarai inventori peralatan sains diharap dapat jugalah diselesaikan sebelum cuti hari raya. Maklumlah, lepas raya banyak lagi aktiviti lain yang boleh difikirkan terutama untuk bersama dengan insan baru yang hadir dalam dunia saya iaitu Siti Hajar anak perempuan saya.

Semoga usaha ini diberkati, sekalipun berpuasa di siang hari namun kesungguhan yang di berikan dan bekerjasama dalam sepasukan memantapkan lagi barisan perjuangan para pendidik dalam memikul tanggungjawab secara berjemaah (bersama) dalam kesatuan hati. InsyaALLAH. Moga Allah beri kekuatan dan petunjuk jalan mudahkan cara segala urusan kita di dunia dan di akhirat. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan