Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Khamis, 9 Ogos 2012

Pencerapan (E-cerap & SKPM) Matapelajaran 2012

Pencerapan matapelajaran untuk guru dilaksanakan secara berperingkat di semua sekolah-sekolah. Tidak ketinggalan juga di sekolah saya. Pada tahun ini, saya juga diminta untuk laksanakan pencerapan guru untuk subjek sains (selaku ketua panitia) oleh pihak pentadbir sekolah.

DOWNLOAD BORANG PENCERAPAN GURU SKPM2010 (BORANG)



(Gambar hiasan)


Hasil perbincangan dengan guru sains, saya memilih seorang guru sains sahaja. Beberapa perkara yang telah diambil tindakan ialah

  1. Sebelum pencerapan: berbincang dahulu bersama guru tersebut akan kesediaan dan keperluan yang akan dilihat semasa proses pencerapan. Memaklumkan kepada pentadbir, nama guru yang akan dicerap dan mengambil borang-borang pencerapan serta format laporan dari GKP Kurikulum.
  2. Semasa pencerapan: guru telah diminta membuat persediaan dan berada dalam keadaan selesa semasa pencerapan dijalankan. Proses pnp dilihat bermula dari awal hingga akhir pengajaran. Pencerap akan mengisi markah serta membuat laporan yang berkaitan. Melihat dan menyemak beberapa buah buku murid secara rawak (10 buah buku) untuk melihat hasil pembelajan, nota dan latihan yang diberikan kepada murid (berdasarkan kepada kriteria pencerapan).
  3. Selepas pencerapan: mengadakan sedikit perbincangan dan berkongsi pendapat hasil daripada pencerapan dan juga perlaksanaan pnp. Borang dan maklumat pencerapan diserahkan kembali kepada GPK Kurikulum untuk simpanan pentadbiran dan membuat salinan untuk simpanan panitia serta guru yang dicerap.
Alhamdulillah.

Segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Pencerapan ini telah dilaksanakan dengan baik pada 12-Julai-2012 (Khamis) bermula jam 2.55pm hingga 3.25pm (30 minit) sahaja.

Perkongsian dan perbincangan antara guru adalah sangat penting dalam membina hubungan yang baik dan juga dapat meningkatkan kemahiran serta mutu pnp. Di samping itu, pengalaman sebagai pencerap juga, saya merasakan banyak perkara yang perlu di pelajari. 

Sebelum sesi pencerapan, saya juga ada merujuk kepada sebuah buku yang bertajuk Penyeliaan Klinikal dari Perspektif Pengajaran di Sekolah yang ditulis oleh Abdul Rahman Abdul Majid Khan (keluaran PTS).
Dalam catitan beliau menyatakan bahawa, pencerapan bersifat holistik dan boleh dibahagikan kepada 2 bahagian (banyak lagi yang mahu dikongsi tetapi saya suka kepada maklumat yang boleh diutamakan.

Pencerapan iaitu berdasarkan kepada penilaian formatif dan sumatif.

Penilaian pnp secara formatif lebih menggambarkan situasi sebenar seorang guru melaksanakan pnp secara berterusan yang mana disebut sebagai penilaian bertujuan membantu dan sebagai satu bentuk perkembangan profesional serta dapat menambah baik pengajaran. Penilaian ini bersifat berterusan dan tanpa had.

Manakala penilaian sumatif lebih bersifat pentadbiran, penguatkuasaan akauntabiliti dan penghakiman bagi menilai prestasi guru dan membuat keputusan berkaitan tenaga sumber manusia. Penilaian ini juga bersifat bertempoh.



Saya mencadangkan kepada semua guru yang dilantik untuk laksanakan pencerapan terutama yang baru pertama kali laksanakan pencerapan cuba untuk mendapatkan buku ini. Buku ini banyak membantu saya dalam membina penilaian yang lebih dinamik dan juga telus agar hasil kedapatan dalam laporan pencerapan bersifat adil dan memberi gambaran sebenar untuk memperbaiki setiap kekurangan yang ada tanpa menidakkan kebolehan seseorang guru. InsyaALLAH.

Sekian.




(Paparan skrin pada sistem ecerap JPN Sabah)



Dokumen untuk pencerapan panitia

pencerapan panitia



Dikemaskini kembali pada 6.46 (21 APRIL 2013)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan