Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Ahad, 30 September 2012

BENGKEL HRMIS MODUL PENGURUSAN REKOD PERIBADI

PERTAMA KALI SAYA MENGGUNAKAN JEMPUTAN MELALUI FACEBOOK.

SAMADA PENGGUNAAN FACEBOOK INI BERKESAN ATAU TIDAK??? 

MUNGKIN YA DAN MUNGKIN TIDAK.

Berikut merupakan paparan yang dapat di kongsikan


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isnin
1-Oktober-2012
11.30pagi - 12.30 t/hari
Bilik Gerakan SK Paris 3 Kinabatangan

Di bawah ini sekadar perkongsian dari bengkel yang telah dilaksanakan mengikut perancangan awal.







Jamuan ringan selepas bengkel
(nasi goreng + ayam goreng)








Menu Masakan Tengah Hari

Assalamualaikum.

Sengaja saya masukkan satu tajuk ini sebagai perkongsian bersama dan kenangan untuk keluarga saya juga. Pada hari ini, isteri saya (elly) memulakan hari dengan baik sekali. Tahniah isteriku. 

Menu masakan hari ini ialah ikan merah masak asam pedas.

Seawal pagi, elly mengatakan mahu mencari daun lengkuas. Pada awalnya tidak lah saya mengetahui tujuan murni isteriku ini.



Buku resipi



Akhirnya, setelah kembali dari Perpustakaan Lahad Datu (kerana membuat pinjaman baru untuk buku-buku bacaan ilmiah dan juga buku cerita untuk anak-anak ku di SK Paris 3 serta buku untuk tingkatkan kemahiran belajar dan mengajar) saya dan isteri terus ke pasar di Sri Perdana.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar sehinggalah anak kecil ku ini membuat sedikit kejutan demi kejutan iaitu suka merengek dan membuat bising untuk di pegang dan di belai. Alhamdulillah, perkara ini mengingatkan saya kepada kedua ibu bapa saya bagaimanakah mereka menjaga saya sewakltu saya masih kecil. Bagaimanakah kita semua menghargai ibu bapa kita sekalipun sudah tiada di alam dunia? Mungkinkah ahli keluarga kita gembira dengan sifat dan perangai kita yang duduk di atas dunia penuh dengan gelak ketawa dan kurang amal dan usaha tingkatkan iman? InsyaALLAH bersama kita usahakan yang terbaik untuk jadikan kehidupan di dunia yang sementara ini lebih bermakna.

Ketika isteriku sibuk untuk menyediakan ikan masak asam pedas, azan asar sudah mula berkumandang di sekitar kawasan Lahad Datu Sabah dan kawasan yang sama waktu dengannya. Maka saya mengatakan mahu keluar solat dahulu di mana tempat di azankan secara berjemaah tetapi anak ku Siti Hajar bagaimana pula? Isteriku mengatakan , biar dahulu di hadapan tv (sambil saya buka cerita astro channel 613 pada waktu itu ada cerita kartun). 

Saya terus berlalu keluar rumah dan sempat solat berjemaah bersama cikgu Sofian (guru dari SK Lahad Datu 2). Sekembali di rumah, saya mendapati anakku sedang asyik menyusu dengan maknya. Alhamdulillah. Inilah perkara yang wajar dilakukan bagi seorang mak terhadap anak yang masih bayi lagi.




Isteriku mengatakan bahawa, ikan masak asam pedas nya tidak menjadi kerana anak asyik merengek.

Dengan besar harapan, saya tetap mengatakan ia (ikan itu) sudah ditentukan ALLAH.

Baru kini, saya hendak menjamu makanan tersebut (setelah selesai menulis ini)

Sekian.


Sambutan Merdeka Raya 2012



Hari :Sabtu
Tarikh: 22 September 2012

KLIK SINI DOWNLOAD SEMUA GAMBAR : MERDEKA RAYA 2012




Sabtu, 29 September 2012

Bajet 2013 Untuk PENDIDIKAN



Fokus 2: Memperkasa Pendidikan & Latihan 


MEMPERKASA PENDIDIKAN DAN LATIHAN | BAJET 2013 

29. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013 ‐ 2025
     - Peruntukan sektor pendidikan ­‐> RM38.7 bilion @ 15% dari keseluruhan peruntukan
     - Peningkatan kemahiran guru (subjek: Bahasa Kebangsaan, BI, Matematik & Sains)
     - Mewujudkan Unit Pelaksanaan Pendidikan (EDU)

30. Pembangunan Sektor Pendidikan
     -Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan & Penyelenggaraan sekolah (RM1 Bilion)

31. Memperkukuh Peranan Taska Dan Prasekolah
    - Pendidikan prasekolah di bawah KEMAS, KPM, PERMATA & JPNIN –> RM1.2 bilion
    - Geran pelancaran (RM10,000) kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak‐kanak swasta
    - Potongan cukai dua kali ke atas majikan yang menyediakan elaun atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan Taska dan pusat jagaan kanak‐kanak
    - Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 5 tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 % setahun diberi kepada pengusaha Taska, pusat jagaan kanak‐kanak dan prasekolah swasta

32. Projek perintis bagi melaksanakan TASKA OKU – 6 kategori OKU.


LATIHAN & KEMAHIRAN | BAJET 2013

33. Peruntukan dalam latihan teknikal dan vokasional –> RM3.7 bilion
      - Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran –> RM440 juta
      - Peralatan ILP & IKBN –> RM366 juta
      - Program latihan berstrategik tinggi –> melatih 5,000 orang
      - Program RAPID di Pengerang –> melatih 300 belia dalam bidang minyak dan gas
      - Program latihan kemahiran dibawah ILP & skim SLDN ‐> melatih 3,200 pelajar India

34. Penubuhan Graduate Employability Taskforce (GET) –> memperkukuh kebolehpasaran graduan & bidang kerjaya

35. Skim Latihan 1M’sia –> potongan cukai 2 kali ke atas perbelanjaan syarikat

36. Pemeriksaan percuma sebanyak 2 kali kepada 1.4 juta ahli PERKESO


Guru Naik Pangkat dalam Perkhidmatan

Makluman awal




Entri kali ini untuk perkongsian bersama sebagai rujukan dan panduan.

InsyaALLAH, jika ada maklumat tambahan akan di kemaskini kemudian.




Pertanyaan terus kepada Cawangan Naik Pangkat KPM




Semak naik pangkat:


Senarai pegawai yang boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan dan semakan pemangkuan/naikpangkat.



CONTOH KES TIDAK BERJAYA NAIK PANGKAT (Laporan kepada NUTP)

http://nutp.org/new/sites/default/files/kppp00631011.pdf


Makluman dari KGMMB

http://kgmmb.net/images/PPPLD%20dan%20PPPS%20Di%20KPM.swf



Makluman dari Laman Web Rasmi KPM

http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=2098



PENGUMUMAN TAMBAHAN:

Bagi calon-calon yang tiada dalam rekod, sila hubungi Ketua Jabatan / Bahagian masing-masing atau Urus Setia di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) untuk tujuan semakan status









DIKEMASKINI KEMBALI PADA 4.55pm (30-SEPTEMBER-2012)



Modul Pengurusan Bilik Sains

Perkongsian ini untuk rujukan dan panduan bersama.

Saya baru masuk tahun ketiga dalam perkhidmatan sebagai guru dan masuk tahun kedua sebagai ketua panitia sains. Namun, memang di akui banyak kelemahan dalam pengurusan bilik sains yang saya hadapi. Masalah ini saya cuba atasi dengan menggunakan teknik belajar sendiri.

Catatan

Pembelajaran Akses Kendiri dibentuk untuk  menggalakan pembelajaran kendiri agar 
seseorang mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri dengan 
menyedari bahawa mereka adalah individu  yang mempunyai minat, kemampuan, gaya 
dan rentak pembelajaran yang berbeza. Pembelajaran Akses Kendiri melatih seseorang 
belajar untuk belajar dan memberi penekanan kepada usaha memenuhi keperluan 
individu yang berbeza dengan persekitaran dan suasana pembelajaran yang kondusif.









http://id.scribd.com/doc/138852516/52932359-MODUL-PENGURUSAN-BILIK-SAINS-pdf
--------------------------------------------------------------------------------------------------

BORANG PENARAFAN KENDIRI PENGURUSAN BILIK SAINS SEKOLAH RENDAH


Sumber: 



Dikemaskini kembali pada 4.49pm 1-Mei-2013




Nilam Tarantula : Belajar langkah demi langkah

Alhamdulillah, pada 21 Sept 2012 saya sempat belajar penggunaan nilam tarantula bersama Ustaz Bakhtiar (beliau juga merupakan Guru Data Maklumat) dari SK Kota Kinabatangan. Terima kasih kepada beliau.


Berikut merupakan beberapa paparan secara print screen untuk dikongsikan bersama bermula dari awal hingga selesai saya kemaskini data murid dalam nilam tarantula online.

Setelah log in sebagai pengguna (saya diberi ID sebagai Guru Data).

Kita lihat paparan dibawah

1. Muka hadapan nilam tarantula

2. Pergi ke menu Data Sistem i-Nilam kemudian kita dapat lihat paparan Utiliti Import Data Murid Sesi 2012

3. Masukkan kod sekolah kemudia klik Improt Wizard














Penah mahu menulis....rasanya anda semua boleh faham dengan sendiri apabila lihat paparan yang disediakan kemudian boleh buka laman web nilam tarantula dan cuba sendiri. ok?



Nota Tambahan klik bawah ini

Askar Wataniah dan Lawatan ke SMK Bukit Garam 2 Kinabatangan

Pada 19 September 2012 (Rabu) Saya menuju ke Bukit Garam untuk bertemu rakan lama iaitu Cikgu Abby. Beliau merupakan sahabat saya bersama ketika menjalani latihan rekrut PM Kem 516 AW di Tawau pada November 2011. 

Tahun ini ( 2012), beliau mendapat peluang untuk teruskan latihan di PUSWATAN 
(berikut merupakan sedutan yang diambil dari Youtube tetapi ini bukanlah sahabat saya itu ehehhe)

Saya sempat menuju ke SMK Bukit Garam 2 Kinabatangan pada jam 3.30pm ketika mana pada waktu itu sahabat saya sedang laksanakan latihan kawad kaki kepada satu pasukan sekolah yang terdiri dari golongan perempuan kesemuanya. 

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada sahabat saya yang mampu meluangkan masa dan tenaga serta menyumbang bakti kepada pihak sekolah dan murid-murid. Moga usaha beliau ini dapat dicontohi oleh semua di kalangan pegawai kerajaan yang lain terutama diri saya sendiri yang masih lemah dalam berkawad. Lama dah tidak berkawad boleh longgar kepala lutut. Betul ker?

Saya bergambar bersama cikgu Azwan dari Pahang yang sudah  bertugas selama 5tahun di sekolah ini.




Semangat jitu yang ditunjukkan meningkatkan lagi semangat untuk terus berusaha berkawad hingga berjaya. Moga murid-murid ini menjadi PELAPES dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara di masa hadapan.


(Kata-kata akhir)

Sumbangan askar wataniah, tidak hanya ketika dalam tugas rasmi sahaja ketika di kem tetapi boleh melangkau ke luar hingga di tengah-tengah masyarakat. Simboliknya, askar diberi kepercayaan mempunyai tenaga dan berhati waja. Sudahkah kita terus menyumbang bakti hingga akhir hayat?
Marilah kita contohi perjuanagan para sahabat nabi s.a.w. yang memperjuangkan semua perkara dalam kehidupannya untuk agama ALLAH dan memperluaskan lagi Islam ke seluruh alam.

Sekalipun kita tidak mampu untuk rencanakan kesemua tanggungjawab dan amanah yang diberikan, sekurangnya janganlah pula kita tinggalkan perkara yang mampu kita boleh laksanakan.

InsyaALLAH.

MAKLUMAT TAMBAHAN MENGENAI PUSWATAN

KLIK BAWAH

Tugas Guru Data Sekitar September

Menyediakan surat untuk EMIS.

Semua guru dan KTBM memaklumkan kepada guru data untuk mengemaskini maklumat terkini dan sekiranya berlaku perubahan terutama pengesahan jawatan dan perubahan dalam slip gaji (elaun-elaun).
Kutipan Perdana akan dilaksanakan pada bulan OKTOBER setiap tahun oleh pihak EPRD.

Saya selaku guru SMM dan turut membantu Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM)
dalam laksanakan dan membuat semakan APDM. Maka satu bengkel telah dirancang untuk guru kelas terutama guru kelass tahun 6. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. 

Surat penggilan HRMIS juga dikeluarkan buat pertama kalinya pada tahun ini.

Tahun sebelum ini, pernah juga diadakan bengkel, tetapi pada tahun ini pertama kali diadakan bagi merenung kembali dan menyemak beberapa perkara dalam HRMIS yang perlu dikenal pasti sekiranya mempunyai kesulitan dan kemusykilan bersama-sama mengembleng tenaga menyelesaikannya.

Jumaat, 28 September 2012

NOTA MEMPROMOSI JUALAN KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 6

TAHNIAH KEPADA KUMPULAN INI JUGA KERANA BERJAYA MENYIAPKAN TUGASAN INI.

SEMOGA NOTA INI DAPAT MEMBANTU MURID YANG LAIN.





NOTA MERANCANG DAN MENYEDIAKAN JUALAN KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 6



TAHNIAH KEPADA KUMPULAN INI.

BERJAYA AKHIRNYA MENYIAPKAN TUGASAN DIBERI DALAM TEMPOH 2 MINGGU.

 

NOTA MENGURUS JUALAN KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 6



Tahniah kepada kumpulan yang diketuai oleh adik Khamalia kerana berjaya menyiapkan persembahan powerpoint bagi tugasan yang diberikan.

Sekiranya terdapat kekurangan, harap dimaafkan kerana kumpulan ini pertama kali belajar.

Syabas!

KODOMO LION datang Sekolah !!!

Program telah selamat dilaksanakan bermula jam 11.15pagi (Khamis 27 Sept 2012) bertempat di Surau SK Paris 3 Kinabatangan.