Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Ahad, 14 Oktober 2012

Ganjaran dalam PNP Subjek Sains (KUIZ)

Tarikh: 5-Oktober-2012
Hari : Jumaat
Kelas : 4 Proaktif
Subjek: Sains
Unit/Topik: Ulangkaji pelajaran dan teknik menjawab soalan bahagian B 





Aktiviti ringkas ini dilaksanakan dalam kelas pada waktu subjek sains (kelas saya selama 30minit). Saya telah merancang untuk mengadakan latihan ulangkaji dan kuiz sains yang soalan-soalan bercorak peperiksaan UPSR di beri pendedahan kepada murid-murid tahun 4.

Saya tidak menyediakan sebarang lembaran kerja, tetapi menggunakan buku kerja murid dari keluaran Modul Bitara Sasbadi Sains Tahun 4 sebagai latihan ulangkaji dan kuiz.

Alhamdulillah, murid-murid dapat menjawab kuiz dengan mudah setelah sedikit dem sedikit pendedahan diberikan dan tips menjawab soalan dibincangkan dalam kelas.

Gambar di atas menunjukkan pemberian ganjaran/hadiah kepada murid yang berjaya menjawab soalan dengan betul dan tepat.

Tahniah kepada semua murid yang berjaya.

(hadiah ku beli dari kedai Sri Perdana Mini Mart di Lahad Datu berupa kek lapis Apollo)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan