Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Selasa, 9 Oktober 2012

Peperiksaan Akhir Tahun 2012

Alhamdulillah, hari ini (9-Okt-2012 sehingga 11-Okt-2012) bermula sudah peperiksaan akhir tahun yang di tunggu-tunggu oleh semua murid di sekolah saya. Inilah permulaan sebenar untuk menguji tahap pencapaian akademik murid setelah berhempas pulas hampir 9 bulan berada di sekolah terutama golongan murid KBSR.




Bagi murid KSSR (tahun 1 dan 2) tahniah diucapkan kerana berjaya menguasai setiap aspek dan mencapai prestasi yang memuaskan bagi yang cemerlang. Manakala yang kurang menguasai, bersama kita doakan agar anak didik kita mendapat kebolehan dan berkeupayaan berdaya saing seiring dengan murid yang sebaya dengannya agar tidak ketinggalan. Guru dan murid berusaha, yang menentukan hanyalah Allah Taala yang Maha berkuasa dan maha mengetahui atas segala sesuatu.


Pada peperiksaan kali ini, saya diamanahkan untuk menyediakan soalan berikut:

1. Kemahiran Hidup Tahun 6 (ambil contoh dari beberapa buah buku latihan Sasbadi dan UNIK).

2. Sains Tahun 4 (ambil rujukan dari buku nota&latihan Pelangi 2012).

Untuk subjek sains tahun 4 soalan bahagian B,

Saya menggunakan masa yang ada untuk membina soalan sendiri dengan merujuk kepada buku nota&latihan dari keluaran penerbit Pelangi.

Soalan yang mirip dengan UPSR di ketengahkan sebagai pendedahan murid.

Aras soalan meliputi mudah, sederhana dan susah.

Soalan kemahiran hidup, saya menggunakan teknik 60% untuk soalan subjektif (struktur) dan 40% untuk soalan objektif (aneka pilihan). Faktor yang membuatkan saya bina soalan sedemikian adalah kerana

1. Menguji keupayaan murid untuk berfikir dan membina jawapan sendiri (proses menaakul).

2. Murid berkeupayaan untuk membuat jawapan dengann lebih terbuka (demokrasi).

3. Soalan berbentuk betul atau salah dan mengisi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai khususnya memberi peluang kepada murid yang lemah untuk mencapai sasaran kefahaman dalam subjek ini lebih mudah.

4. Soalan struktur terdiri daripada 20 soalan sahaja merangkumi dari untuk semua bidang pembelajaran dalam subjek kemahiran hidup tahun 6.




Kesimpulan.

1. Perbincangan bersama antara guru mengajar (panatia) adalah amat penting dalam membina soalan yang bersesuaian dengan tahap dan keupayaan murid agar jenis soalan tidak terlalu mudah dan terlalu susah.

2. Semakan soalan oleh ketua panitia (saya serahkan soalan kepada Ketua Panatia KH Cikgu Addy) juga adalah amat penting dalam kita melaksanakan tugas selaku ahli panitia dan mendapat sokongan dari ketua panatia. Jika terdapat kekeliruan dapat di atasi dengan segera. Sebagai contoh:

Kes pertama berlaku pada tahun 2010, ketika mana saya dilantik menjadi ketua panitia KH. Saya telah memberi markah gagal kepada beberapa orang murid. Perkara ini ditegur dengan baik oleh rakan seguru (Cikgu Drahman) yang mana beliau memberi cadangan bahawa bagaimana murid boleh mendapat markah gagal sedangkan setiap tugas dalam kelas dan folio kh dapat disiapkan dan disediakan serta dibentangkan dalam kelas. Oleh itu, sebagai guru saya perlu bertindak dalam pembahagian % markah murid ketika peperiksaan agar murid diberi peluang untuk mendapat markah yang lebih baik. Ini juga merupakan salah satu kaedah penilaian secara HOLISTIK (keseluruhan).



Terima kasih kepada semua guru-guru yang banyak membantu saya terutama mereka yang terlibat secara langsung dalam panitia sains dan kemahiran hidup. 

Terima kasih juga kepada Puan Nelia kerana membantu photostat soalan sains dan kh dengan pantas dan tepat bilangannya.

Semoga setiap tugas yang kita laksanakan mendapat berkat dan keredhaan Allah Taala.

Dikemaskini kembali pada 14-Oktober 2012 @ 10.07am

Tiada ulasan:

Catat Ulasan