Terima kasih diucapkan kepada semua murid tahun 6 yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Adalah diharap melalui aktiviti ini, murid dapat mempelajari
1. mengenal pasti peralatan dan bahan sains peringkat sekolah rendah.
2. mengendalikan peralatan sains dengan baik, cermat dan selamat.
3. merekod dan menyimpan senarai peralatan sains dengan cara yang betul.
4. menyusun atur peralatan dengan baik dan selamat.
Perkongsian bergambar aktiviti.
Peralatan disusun dalam bekas (sementara)
Perbincangan dalam merekod maklumat
Menyusun peralatan mengikut jenis
Membuat sistem penomboran bagi setiap alat sains
Proses penyimpanan semula dalam bilik sains (ruang)
Dua orang murid diberi tanggungjawab untuk mengawal susun atur keluar/masuk peralatan
Murid mengambil kesempatan untuk mencuba menggunakan teleskop dan mikroskop yang dijumpai set 2in1
Hasil kerja murid yang bersungguh-sungguh membantu dalam kemaskini ruang sains
Setelah selesai mengumpul alat mengikut jenis, sesi bergambar sebagai kenangan
Ketua murid dalam projek ini ialah Mohd Asyraf Gepelin.
Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan