Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Sabtu, 10 November 2012

Mesyuarat Akhir Staff Tahun 2012 Sekolah Kebangsaan Paris 3 Kinabatangan

Alhamdulillah pada hari Khamis lalu bersamaan dengan 9-Nov-2012 satu mesyuarat akhir telah selamat dijalankan dengan jumlah kehadiran guru/ktbm yang memuaskan.

Banyak maklumat dan perkara yang dibincangkan dan dibentangkan dalam mesyuarat akhir ini.






Perkara yang menarik perhatian saya ialah keputusan peperiksaan akhir tahun.

Cikgu Flora telah membentangkan laporan analisis keputusan peperiksaan akhir tahun mengikut subjek, tahun, kelas dan keseluruhan.

Keputusan Sains tahun 4 menurun dengan mendadak. 
Dari post-mortem yang dibuat, dapat dikenal pasti beberapa perkara:
  • soalan objektif dalam aras tinggi
  • terdapat soalan objektif yang sukar difahami untuk murid tahun 4 (penggunaan bahasa)
  • soalan subjektif disusun kurang kemas (Tindakan: selepas ini perlu dibuat 1 muka surat, 1 soalan)
InsyaALLAH, perkara ini akan cuba saya perbaiki pada masa akan datang. Terima kasih kepada cikgu Zul Haimy dan guru-guru yang banyak membantu saya.




Selain itu, perkara lain yang disentuh ialah persediaan kertas peperiksaan, penandaan dan proses penghantaran markah@ key in markah dalam SAPS haruslah mengikut masa yang ditetapkan diperingkat sekolah untuk memudahkan semua pihak samada guru kelas, SUP dan juga pentadbir.

Kelemahan yang dapat dikenalpasti, saya lambat untuk key-in markah dalam SAPS. 
InsyaALLAH perkara ini akan juga dibaiki. Selain itu, kerjasama dengan guru kelas harus ditingkatkan dalam melicinkan proses kerja sepasukan di sekolah.










Alhamdulillah, mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 2.00pm dengan sedikit jamuan yang disediakan dari pelbagai pihak.

Tahniah dan selamat kembali kepada Ustaz Zulkifli yang dapat berpindah ke semenanjung untuk sesi Januari 2013 ini. Alhamdulillah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan