Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Rabu, 20 Februari 2013

Mesyuarat Ketua Panitia Sains Matematik Daerah Kinabatangan Bil. 1 / 2013

Selasa
19 Februari 2013
Masa: 2.00 - 4.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat ICT (kecil)

Alhamdulillah, satu mesyuarat yang dirancang telah selamat dilaksanakan.

Saya selaku ketua panitia sains bersama cikgu Jumadiah selaku ketua panitia matematik berada dalam mesyuarat yang berlangsung selama 2 jam 30 minit. 

Kata aluan dari En. Amdan yang merupakan Ketua Unit Sains dan Matematik PPD Kinabatangan menyampaikan maksud dan perkembangan terkini prestasi dan target (KPI) untuk subjek tersebut mengikut JPN Sabah.

Ketiadaan Puan Robiah dan Puan Misni tidak menggugat perjalanan mesyuarat untuik terus rancak berlangsung. Seterusnya, Cik Kasmawati meneruskan agenda 2.0 hingga 5.0.




Setiap agenda saya ada catat cuma tidak mampu untuk tulis di sini.

Yang utama ialah sasaran PPD Kinabatangan bagi tahun 2013 ialah lonjakan saujana kepada GPS 2.33

Cik Kasmawati mengesahkan perkara ini melalui beberapa tayangan slaid powerpoint yang ditunjukkan.

Pendek cerita, peratus lulus untuk subjek ialah 90% ke atas bagi merealisasikan maksud GPS 2.33

Cikgu Salmah dari SK Jaya Baru dan cikgu Zul Helmi





Beliau juga memohon maaf kerana pada tahun 2012, untuk subjek sains tiada program khusus diberikan kepada guru bagi pendedahan tatacara skema jawapan / pemarkahan dari Ketua Pemeriksa Sabah Sarawak (yang menetap di Labuan) atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan (tarikh tidak sesuai).

InsyaALLAH, kita bersama-sama lakukan yang terbaik.

(saya tiada dalam gambar sebab tengah amik gambar hehehe)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan