Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Rabu, 10 April 2013

Aktiviti Pengakap Laung Agung dan juga Kawad Kaki Asas

Pada 10 April 2013, pertemuan Unit Beruniform kali keempat berjaya dilaksanakan dengan kehadiran ahli yang sangat membanggakan. Terima kasih kepada semua ahli PKK dan juga guru penasihat yang hadir pada hari ini.

Aktiviti pada hari ini ialah
1. Kawad kaki asas
2. Laung Agung
3. Ujian siri 1 
4. Semakan buku rekod (nota) pengakap

Alhamdulillah, semua aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik

Tambahan ialah sesi fotografi untuk  semua ahli pengakap.

Kad pengakap untuk ahli PKK dan juga guru penasihat akan disediakan bagi tahun 2013 untuk julung kalinya bagi di peringkat sekolah.

Semoga usaha setiap ahli pengakap ini membuahkan hasil dalam membentuk jati diri dan modal insan kelas pertama. InsyaALLAH

Perkongsian gambar




Tiada ulasan:

Catat Ulasan