Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Selasa, 23 April 2013

Ciri-ciri Insan Manusia Orang Beriman

Sebagai renungan untuk saya amal dan sampaikan....ayuh kita bangkit ;)




Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Orang-orang yang beriman itu adalah orang-orang yang apabila disebutkan nama Allah maka bergetarlah hati mereka. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya maka bertambahlah keimanan mereka. Dan mereka hanya bertawakal kepada Rabb mereka.” (QS. Al-Anfal: 2)



Ciri orang yang beriman (secara external)  yang terdapat dalam Surah Al- Mu'minun [23:1-10]
  1. Orang yang solatnya khusyuk;
  2. Orang yang tidak suka terlibat dalam perkara2 yang tak berguna (Lagha). Lagha dari segi perbuatan dan percakapan - orang yang beriman itu bercakap mengikut keperluan – sebab ada orang kalau tak bercakap, dia demam, dia asyik bercakap sahaja. Orang yang beriman pandai menilai dan memilih mana yang patut diperkatakan dan mana yang tak patut diperkatakan.
  3. Orang yang beriman kena tunaikan zakat. Secara zahir, sesuatu yang implicit adalah seorang yang beriman adalah orang yang memiliki jiwa sosial kepada lingkungan, kepada masyarakat. Sebab zakat melatih jiwa untuk menjadi orang yang pemurah, yang penuh kasih sayang. Betapa luasnya tafsir Al-Quran ; Kalau kita kata “Oh Ni zakat,je, saya dah bayar zakat dah.” Tapi dengan keluarga dia kedekut. Bermaknanya dia tak faham ayat ini.
  4. Orang yang beriman adalah mereka yang menjaga maruah, harga diri dia.
  5. Mereka orang2 yang sentiasa menjaga amaanaat dan janji2 mereka. Bukan senang ketika hari ini orang berebut nak dapat amanat. Amanat yang Allah berikan kepada diri dia pun tak tertunai, tiba2 dia berebut untuk mendapat amanat yang lebih besar lagi.Kalau dia nak ambil, ambillah tapi Allah kata mereka orang yang menjaga SEMUA amanat !....Seorang suami amanahnya isteri dan anak2nya. Seorang Isteri amanahnya maruah suami dan anak2 nya. Nabi terangkan dalam hadith Nabi, “Isteri yang beriman apabila suami dia keluar, dia menjaga maruah dirinya, maruah suaminya dan anak2nya.”
  6. Orang2 yang sentiasa menjaga solatnya ; Solat on time. Dia jaga solatnya.
  7. Dah cukup semua ini, barulah Allah kata, mereka itulah yang di senaraikan di atas tadi akan mewarisi syurga Firdaus. Jannatul Firdaus bukan calang2 syurga. Mereka kekal di situ selama-lama nya, tiada sempadan masa.


    Pertama, Allah SWT menggambarkan sifat manusia secara umum. Allah SWT berfirman:
    Sebagian besar manusia berwatak sangat tergesa-gesa (tidak sabar), ketika mereka dihadapkan pada kemalangan/kesulitan mereka berputus asa. Ketika kesulitannya telah digantikan dengan kelapangan/ nikmat mereka tidak memenuhi hak-hak orang lain dan hak-hak Allah.
    Namun, diantara manusia ada juga yg tidak berperilaku sedemikian. Ada pengecualian segolongan manusia yang ciri-cirinya digambarkan dalam Surat Al-Ma’arij ayat 22~25,
    Terkecuali mereka yang mendirikan sholat, dan mereka senantiasa tetap memelihara sholatnya. Dan mereka membelanjakan bagian yg telah tertentu dari hartanya bagi yang berhak; bagi para peminta-minta dan orang-orang yang papa (kehilangan harta-bendanya).



    Dalam surah Al Mu'minun, Allah telah menjelaskn mazaya(ciri-ciri) orang-orang yang beriman, semoga kita sama2 tambahkan iman kita untuk hidup kite kelak di alam barzakh dan baqa', kalu tgk ayat 1 hinggalah ayat 9 memang Allah sebut satu persatu ;

    Firman Allah SWT yang bermaksud
    'Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman'/ iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya/ mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan sia-sia/mereka yang berusaha membersihkan hartanya(tunaikan zakat)/mereka yang menjaga kehormatannya kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela/kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian maka merekalah orang-orang yang melampaui batas/mereka yang menjaga amanah dan janjinya/mereka yang tetap memelihara solatnya..'

    Maha Adil Allah SWT terhadap hambaNYA, kalau kita tgk mula ayat pertama lagi Allah mengumumkan kejayaan yang sangat menguntungkan bagi sesiapa yang mempunyai ciri2 orang beriman.Tujuannya adalah bagi memberi khabar gembira kepada hamba2NYA yang sentiasa taat dan istiqamah dalam arah ubudiyah kepada Allah SWT, tapi sangat rugilah jika hamba2NYA yang sering tersasar dari arahNYA. Kalau kita teliti ada 6 mazaya yang Allah sebut terang2 dalam Ayat2NYA, ini menandakan Allah sangat menghargai dan Menyayangi Hamba2NYA supaya dapat meningkatkan motivasi untuk menambahkan IMAN..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan