Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Khamis, 23 Mei 2013

Koleksi Video Sambutan Hari Guru 2013 di SK Paris 3 Kinabatangan

KHAMIS
23 MEI 2013
7.00 PAGI HINGGA 11.50PAGI
PADANG SEKOLAH SK PARIS 3 


Kenangan menggamit perasaan...

Senam waktu pagi :)




Cikgu Zul Haimy dalam acara Permainan Guru





































Hasil Kerja Murid Berkumpulan Nota Peta Minda Pengawetan Makanan 2013

Sains
Tahun 6
Pengawetan Makanan
Teknik Ekspositiori & Koperatif
April 2013


Sedikit perkongsian bersama untuk di fikirkan :)










Rabu, 22 Mei 2013

Koleksi Video Kem Motivasi Murid 2013 Zero to Hero

Lokasi: SK Paris 3 Kinabatangan
Tarikh: 17 dan 18 Mei 2013
Hari: Jumaat dan Sabtu

Kualiti video kurang memuaskan.

Harap maaf.
















































Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat para guru, kakitangan bukan guru dan juga murid-murid serta ibu bapa penjaga murid yang menjayakan program ini.

Semoga Allah memberkati usaha yang di laksanakan dengan penuh keberkatan. InsyaALLAH

Amin



Kelas Berpandu Subjek Sains Bahagian B Sebelum Cuti Sekolah Mei 2013

Kelas telah selamat dilaksanakan pada
21 Mei 2013
Selasa
12.00pm - 1.30pm (1jam 30minit)
di Anjung RMT

Bilangan yang hadir 10 orang (6 PG)

Tahniah kerana beri kerjasama yang baik.

Alhamdulillah


Perkongsian bergambar







Mesin Ringkas dan Mesin Kompleks Nota Peta Minda Berkumpulan Pengajaran Koperatif

Selasa (21-Mei-2013)
8.45am-9.15am (30 minit)

Sains
Tahun 6
Tajuk : Mesin
Kaedah Pengajaran : Koperatif dan konstruktivis
ABM/BBM: Lembaran nota (dari buku rujukan Sains UPSR)

Murid di pecahkan kepada 11 kumpulan.

Setiap kumpulan dikehendaki bina nota dalam bentuk peta minda.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Perkongsian bergambar....






Klinik Sains UPSR 2013 Siri ke-2 Soalan WAJIB Betul

Semalam 21 Mei 2013 Selasa mula jam 8.00pagi saya masuk ke dalam kelas tahun 6 PA.

Alhamdulillah perancangan awal untuk mengadakan sesi klinik sains untuk kelas ini dapat dilaksanakan dengan baik. Terima kasih kepada Cikgu Asran kerana sudi beri ruang kepada saya dan juga murid tahun 6 PA yang beri kerjasama yang baik dalam menjayakan klinik untuk kali kedua ini.

Kertas lembaran yang diberikan ialah bahan kedua dalam klinik sains kali ini.

Murid dikehendaki jawab dalam tempoh 6 minit. Kemudian akan bertukar bersama rakan lain.

Semakan jawapan di laksanakan dalam perbincangan di kelas.

Alhamdulillah, terdapat beberapa peningkatan dari segi penulisan menjawab soalan TUJUAN.
Manakala, soalan pemboleh ubah dan ramalan serta pemerhatian perlu di ambil perhatian untuk klinik sains seterusnya.

InsyaALLAH.

Semoga ALLAH mempermudahkan setiap urusan kita dan memberkati amalan kita untuk kebahagiaan dan kejayaan hidup di dunia dan akhirat. InsyaALLAH.


Perkongsian gambar






PEKA Eskperimen Cahaya dan Bayang-bayang

Alhamdulillah, pada hari Isnin lepas bersamaan dengan 20 Mei 2013, eksperimen ringkas telah diadakan di ruang surau SK Paris 3 bersama murid kelas tahun 5.

Terima kasih kerana beri kerjasama yang baik.

Tahniah bagi murid yang menjayakan aktiviti ini dan dapat menjawabb soalan dengan baik.

Alhamdulillah

Perkongsian bergambar....







Sambutan Hari Guru 2013 Peringkat SK Paris 3

Alhamdulillah, hari ini satu mesyuarat(taklimat) berkenaan dengan sambutan hari guru bagi tahun ini untuk peringkat sekolah telah selamat diadakan pada 11.30 pagi di Bilik Gerakan SK Paris 3.

InsyaALLAH, sambutan akan di adakan pada esok hari Khamis 23 Mei 2013.

Semoga semuanya berjalan lancar..insyaALLAH


Isnin, 20 Mei 2013

Siri 1 UPSR 2013 Sains Koleksi Soalan Ramalan Bahagian A

Dalam entri kali ini, suka saya kongsikan Siri 1 Ulangkaji Soalan Ramalan Sains UPSR 2013 untuk mendapat A+ (Cemerlang)

InsyaALLAH, akan dibekalkan kepada murid secara berperingkat.



Diharap semua usaha kita, membuahkan hasil dengan keberkatan daripada ALLAH Taala yang maha AGUNG lagi Maha Pengasih dan Maha Penyayang.



ATAU Klik di bawah untuk muat turun (DOWNLOAD)


InsyaALLAH. Amin

Skema jawapan di sediakan, cuma beri Nama Penuh dan Nama Sekolah, kemudian emel kepada saya di mustakim260984@gmail.com

InsyaALLAH saya akan respon dalam masa 24jam jika tiada masalah talian internet.

Saya berada dalam lingkungan kawasan luar bandar di Paris 3 Kinabatangan.


Moga kita semua mendapat manfaat.

Untuk Sains UPSR Bahagian B akan menyusul tidak lama lagi.

Soalan ramalan dikeluarkan bagi memberi bayangan kepada murid akan situasi soalan UPSR yang sebenar.

Sains itu Mudah :)


Dikemaskini kembali pada 11 Jun 2013 @ 4.39pm


Sabtu, 18 Mei 2013

Jumaat, 17 Mei 2013

Kem Motivasi 2013 Siri Malam (Potensi Diri & Burung Hantu)

Jumaat
17 Mei 2013

Perkongsian bergambar

Mula jam 8.30 malam (selepas makan malam)

Program untuk malam ini 

1) Ucapan Guru Besar Encik Norazam bin Ahmad
2) Ucapan semangat dari GPK Kurikulum Encik Zainudin bin Ahmad
3) LDK Potensi Diri
4) Minum Malam (Teh dan biskut jam 10.00 malam)
5) Aktiviti Burung Hantu





Kem Motivasi 2013 Zero to HERO!!! Telah Bermula

Program yang sudah dilaksanakan pada hari ini

JUMAAT

17 MEI 2013

2.00 PETANG

1) Pendaftaran

2) Ice breaking

3) Pembentukan kumpulan

4) Pengenalan Motivasi

5) LDK 1

Perkongsian bergambar bermula jam 3.00pm hingga 5.00pm pada 17 Mei 2013

Murid datang untuk pendaftaran sekitar jam 1.00pm hingga 2.30pm (Selepas solat Jumaat)


Barang keperluan murid dikumpulkan dalam surau untuk sementara waktu


Murid-murid bersiap sedia untuk taklimat pertama


Fail / dokumen yang disediakan oleh Ketua Fasilitator (Cikgu Zul Haimy) untuk para Fasilitator


Taklimat awal dari Kem Komando iaitu Cikgu Addy dibantu oleh Cikgu Nordin



Murid dikumpulkan di Anjung RMT dan pengesahan kehadiran diambil untuk pembentukan kumpulan

Khamis, 16 Mei 2013

KEMASKINI SAPS NKRA MARKAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013

ALHAMDULILLAH SEGALANYA BERJALAN LANCAR.

TINGGAL 1 KELAS SAHAJA LAGI UNTUK SUBJEK SAINS...

BERIKUT MERUPAKAN STATUS SAPS NKRA PADA HARI INI...

BILANGAN PENGGUNA YANG SEDIKIT...

ALHAMDULILLAH




KEMASKINI KEMBALI 22 JUN 2013 @ 5.58 PM

WAJAH SITI HAJAR SAMBIL MENONTON CERITA PORORO

Semalam (15-Mei-2013 RABU),

 Hajar gembira dapat menonton cerita kegemarannya yang baru iaitu PORORO melalui youtube :)

Alhamdulillah, keceriaan di wajahnya kembali menyinar setelah pulih dari demam pada minggu lepas (3hari).

Perkongsian wajah anakku Siti Hajar ;)

Love u 











Persediaan Terakhir BENGKEL Buku Skrap Pertandingan Kepenggunaan 2013

Pada hari ini (Khamis) 16 Mei 2013 merupakan hari terakhir bengkel persediaan pertandingan kepenggunaan untuk murid tahap 2 (tahun 4, 5, 6).

Adalah diharap pada minggu hadapan, sambutan lebih menggalakkan kerana penyerahan maklumat secara terperinci akan diberikan kepada setiap kumpulan beserta bahan untuk penyediaan buku skrap terbaik dunia insyaALLAH ;)

Perkongsian bergambar pada hari ini





TERIMA KASIH YANG SUDI HADIR PADA HARI INI 

SEMOGA USAHA KITA DIBERKATI 

INSYAALLAH