Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Rabu, 22 Mei 2013

Klinik Sains UPSR 2013 Siri ke-2 Soalan WAJIB Betul

Semalam 21 Mei 2013 Selasa mula jam 8.00pagi saya masuk ke dalam kelas tahun 6 PA.

Alhamdulillah perancangan awal untuk mengadakan sesi klinik sains untuk kelas ini dapat dilaksanakan dengan baik. Terima kasih kepada Cikgu Asran kerana sudi beri ruang kepada saya dan juga murid tahun 6 PA yang beri kerjasama yang baik dalam menjayakan klinik untuk kali kedua ini.

Kertas lembaran yang diberikan ialah bahan kedua dalam klinik sains kali ini.

Murid dikehendaki jawab dalam tempoh 6 minit. Kemudian akan bertukar bersama rakan lain.

Semakan jawapan di laksanakan dalam perbincangan di kelas.

Alhamdulillah, terdapat beberapa peningkatan dari segi penulisan menjawab soalan TUJUAN.
Manakala, soalan pemboleh ubah dan ramalan serta pemerhatian perlu di ambil perhatian untuk klinik sains seterusnya.

InsyaALLAH.

Semoga ALLAH mempermudahkan setiap urusan kita dan memberkati amalan kita untuk kebahagiaan dan kejayaan hidup di dunia dan akhirat. InsyaALLAH.


Perkongsian gambar






Tiada ulasan:

Catat Ulasan