Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Selasa, 14 Mei 2013

Pengajaran Sains Tahun 6 di Pusat Akses dan Pusat Sumber (Mei 2013)

Alhamdulillah, perjalanan PDP pada hari ini berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Tarikh : 14 Mei 2013
Masa : 8.15am - 9.15am
Subjek : Sains
Topik: Ulang kaji (Kertas Peperiksaan) dan Teknik Menjawab Soalan Sains Bahagian B

Jutaan terima kasih kepada Cikgu Zul Haimy yang memberi sokongan dan kerjasama dalam menyediakan keperluan Pusat Sumber dalam keadaan yang baik, begitu juga dengan Encik Rassyid selaku Juruteknik Komputer di SK Paris 3 yang banyak membantu dalam memastikan kelancaran penggunaan komputer dalam Pusat Akses.

Berikut merupakan perkongsian bergambar aktiviti.

Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Setiap kumpulan diberi peluang masuk ke dalam Pusat Akses 30 minit dengan penggunaan powerpoint sebagai bahan bantu belajar untuk proses belajar kendiri Teknik Menjawab Soalan Sains Bahagian B (guru sebagai pembimbing).

Terima kasih kepada adik Nur Fitri Almida yang sudi membantu cikgu untuk memasukkan dokumen-dokumen powerpoint (bahan sains) dalam setiap komputer di DESKTOP ;)















Sekian

Sains itu Mudah baaaah 

InsyaALLAH


Tiada ulasan:

Catat Ulasan