Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Isnin, 6 Mei 2013

Sekolah Selepas PRU 13 di Hari Isnin 6 Mei 2013

Alhamdulillah, PRU 13 sudah selesai.

Amanah dan tanggungjawab yang lain perlu di tunaikan.

Tiada pengumuman untuk CUTI KHAS/ TANPA REKOD bagi Negeri Sabah pada hari 
Isnin 6 Mei 2013 

Berikut merupakan kronologi keadaan di sekolah.

10.50am- Semua murid sudah selamat pulang (melainkan rumah berdekatan masih berada di sekolah untuk sesi renungan masa hadapan bersama teman yang lain)

10.45am- Saya bersiap ke SK Kota Kinabatangan untuk sesi perbincangan Sains Daerah.

10.30am- 3 orang murid masuk ke dalam bilik guru untuk membaca buku (menemani saya)

10.24am- 4 orang murid menggunakan telefon bimbit saya untuk hubungi penjaga

10.10am- Tuan Guru Besar tiba di sekolah.



9.35am- Tinggal kereta saya di sekolah

9.15am- Murid tahun di benarkan pulang.







9.00am- Murid tahun 6 dikumpulkan dalam kelas 6PA dan sesi penangguhan pnp Sains.

8.30am- Perbincangan diadakan bagi Teknik menjawab soalan sains UPSR bahagian B.

8.20am- Murid tahun 6 diberikan sarapan pagi (kek coklat kukus yang dibuat pada malam tadi 9pm 5Mei)




8.14am- Bilangan murid yang tinggal di sekolah 16 orang (11 orang murid tahun 6 dalam Pusat Akses)




Mata pun dah kecik (malam tadi tidur jam 12am lepas siapkan Kek Coklat Kukus Version 2.0)
Songkok senget sikit sebab pening mahu menjaga dan mengurus anak didik Kinabatangan yang bersemangat bersekolah dan menggunakan komputer bagi tujuan pembelajaran berkesan (ICT dalam Pnp)






8.00am- Bilangan murid yang tinggal di sekolah 20 orang.

7.55am- Terdapat bas dan van serta ibubapa/penjaga murid yang datang untuk ambil murid dibawa pulang.

7.45am- Murid tahun 6 dibenarkan masuk ke dalam Pusat Akses bagi tujuan latihan dan teknik menjawab soalan sains bahagian B untuk UPSR.








7.35am- Murid tahun 6 seramai 11 orang dikumpulkan di dalam kelas 6 PA.

7.30am- Murid yang tinggal dikumpulkan di Anjung RMT bagi tujuan rekod kehadiran pada hari ini.





7.16am- Terdapat 3 buah kereta guru sahaja (saya, cikgu Niezam, Cikgu Zuria bersama Ustazah Mastura)

7.15am- Sebahagian murid dibenarkan pulang atas faktor keselamatan dan ketiadaan kakitangan/guru di sekolah (tiada PnP)

6.59am- Hubungi PPD untuk menyatakan keadaan di sekolah (dengan bilangan guru 5 orang dan murid 50++)

6.57am- Hubungi Tuan Guru Besar tidak dapat.

6.55am- Pn.Nelia maklumkan bahawa GPK 1 mengatakan sesi persekolahan adalah seperti biasa.

6.50am - Saya datang ke sekolah dengan sambutan gembira dari kalangan murid (tahap 2)


Sekian.

Jika ada pertanyaan sila hubungi pihak sekolah 
(tel. pejabat: 089-575209)

Jika tidak dapat hadir ke sekolah juga,  sila hubungi dan maklumkan kepada pihak sekolah.

Semoga kita semua di rahmati Allah dalam usaha membangunkan jati diri dengan lebih baik di samping bersama memperbaiki kelemahan diri untuk menjadi insan unggul selaku Umat Terbaik (umat akhir zaman).

InsyaALLAH.

Wassalam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan