Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Isnin, 24 Jun 2013

Program Kem Bestari Solat 2013 SK Paris 3 Kinabatangan

Alhamdulillah, program ini telah selamat dilaksanakan bermula hari Jumaat bersamaan dengan 21-Jun hingga Ahad 23 Jun 2013.

Tahniah dan syabas kepada semua pihak terutama barisan guru, kakitangan sekolah dan sokongan dari warga pihak ibu bapa penjaga yang membenarkan anak didik sekolah ini mengikuti program ini, dan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung terutama rakan perjuangan dari NGO Persatuan Mahasiswa Mahasiswi Sabah (jika silap tolong beritau ya).

Penyelaras bagi program Kem Bestari Solat 2013 ini ialah Ustaz Rahmat bin Ahmad.

Semoga dengan program ini menjadi pemangkin kepada semua pihak terutama murid dalam melaksanakan perintah Allah dan membentuk modal insan yang berakhlak insyaALLAH.

Saya dilantik sebagai fasilitator dalam stesen ke-4 bersama Ustazah Harirah dan juga Cikgu Emran.

Sedikit pengalaman dan kemahiran yang dapat diperolehi selaku fasilitator. Sekalipun tugas yang diberikan nampak mudah, namun di sana saya banyak belajar bersama ustazah Harirah dalam mengawal dan selia murid tahap 1 (murid tahun 1, 2 dan 3) di samping cara didikan dalam menyampaikan serta menguji mereka.

Alhamdulillah....

Mesyuarat program ini telah berlangsung pada hari Selasa bersamaan 18 Jun 2013 (saya tiada waktu itu kerana berada di PPD Kinabatangan atas urusan rasmi).










Khamis, 20 Jun 2013

Kelas Tambahan Subjek Sains UPSR 2013 dalam ICT

Alhamdulillah, sudah masuk siri ke-3 kelas tambahan sains berbantukan ICT bersama murid tahun 6 Proaktif.

Soalan yang digunakan adalah tumpuan kepada Objektif Topik tahun 4 (keseluruhan) secara berperingkat. InsyaALLAH, dalam minggu hadapan bermula 25 Jun 2013, akan mula menjawab soalan objektif tumpuan kepada topik tahun 5.

Manakala ujian percubaan akan mula dilaksanakan pada bulan Julai nanti insyaALLAH.

Gambar akan dimasukkan kemudian.'

Siri 1 pada minggu lepas (Rabu 12 Jun 2013) dengan menggunakan set soalan 1 dan 2.

Siri 2 pada minggu ini (Rabu 19 Jun 2013) menggunakan set soalan 3 dan 4.

Terima kasih kepada semua murid tahun 6 yang sudi beri kerjasama yang baik sepanjang kelas tambahan ini sekalipun terpakasa pulang lewat ke rumah.

Moga usaha ini diberkati ALLAH dan menjadi semangat untuk terus maju dalam akademik.

Setelah selesai menjawab, murid solat secara berjemaah bersama di surau pada jam 1pm.

Alhamdulillah.

Klik sini untuk set soalan modul percubaan sains ( soalan ramalan SIRI 1 )

Rabu, 19 Jun 2013

DAFTAR KEHADIRAN GURU KEMASKINI DALAM SISTEM EMISONLINE JUN 2013

ALHAMDULILLAH.

KINI DAFTAR KEHADIRAN GURU DALAM SISTEM EMISONLINE LEBIH MESRA DAN MUDAH UNTUK DIGUNAKAN BERBANDING SEBELUM INI.

TAHNIAH KEPADA PIHAK EPRD YANG MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN INI DAN MENAMBAHBAIK SISTEM INI UNTUK KEMUDAHAN BERSAMA.

INSYAALLAH...

SEDIKIT PERKONGSIAN



SEKIAN..


JIKA ADA SEBARANG MASALAH DAN SILAP, MOHON TEGURAN :)

Program Lonjakan UPSR 2013 Anjuran PPD Kinabatangan

Semalam 18 Jun 2013 (Selasa), SK Paris 3 dijemput untuk menghadiri program anjuran PPD Kinabatangan. 

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Penyampaian disampaikan oleh Encik Zainudin bin Ahmad selaku GPK Kurikulum mewakilkan guru besar Encik Norazam bin Ahmad dalam pembentangan bagi pihak sekolah.

Syukur.

Saya hanya sempat berada hingga jam 11.30pagi kerana ada urusan di Lahad Datu.

Terima kasih kepada pihak PPD Kinabatangan yang masih memberi kepercayaan dan ruang kepada pihak SK Paris 3 dalam membantu untuk mencapai KPI (sasaran) yang di rancangkan.

InsyaALLAH, saya selaku guru subjek UPSR (sains) akan cuba sedaya upaya juga untuk berusaha dalam mencapai sasaran yang diberikan iaitu 17 orang murid mendapat A dalam subjek sains.

Ini adalah sesuatu di luar dugaan. Namun, banyak berusaha, berdoa dan bertawakkal menjadi kunci kejayaan dalam sesuatu niat untuk mencapai sesuatu yang dihajati...insyaALLAH



Sekian....

Selasa, 18 Jun 2013

Kemaskini Maklumat Data Eoperasi Jun 2013 Peringkat Daerah Kinabatangan

Alhamdulillah, pada hari ini data eoperasi sekolah telah selamat di murnikan bersama dengan Encik Ahmed dari PPD Kinabatangan.

Berikut merupakan paparan skrin bagi tujuan perkongsian untuk memperbaiki ralat 

kod pengkhususan 1






Selasa, 11 Jun 2013

STATUS SISTEM SAPS NKRA 11 JUN 2013

SISTEM BOLEH DI BUKA (LAMAN WEB)

TETAPI TIDAK BOLEH LOG-IN SEPERTI BIASA




SEBAHAGIAN GURU BOLEH MENGGUNAKAN SISTEM INI SEPERTI BIASA, NAMUN SAYA TIDAK DAPAT MASUK SEPERTI BIASA DAN HARUS MENCUBA SECARA BERULANGKALI DALAM MENCAPAI MAKSUD UNTUK MENGGUNAKAN SISTEM SAPS NKRA YANG DI SEDIAKAN OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGISI MARKAH MURID.

ALHAMDULILLAH....

CUBA SEBENTAR LAGI...

INSYAALLAH....


Siri 2 Soalan Percubaan Sains UPSR 2013 bahagian B Modul Lopers

Soalan ramalan dan siri dalam modul ini, dipercayai dapat meningkatkan kefahaman murid dalam menjawab soalan sains upsr bahagian B.



Sumber modul ini saya perolehi dari rakan pendidik sewaktu dalam bengkel sains di Kinabatangan.

Semoga usaha kita diberkati, insyaALLAH.



Jawapan klik sini: JAWAPAN



Jumaat, 7 Jun 2013

Sistem Maklumat Asas Pendidikan EMISonline dibekukan pada 6 dan 7 Jun 2013

Berikut merupakan sedikit perkongsian mengenai status sistem EMISOnline

Moga urusan kita dipermudahkan....



InsyaALLAH

Rabu, 5 Jun 2013

GURU CEMERLANG DAN PENSYARAH CEMERLANG 2013




Alhamdulillah, pada kali ini dapat kita berkongsi maklumat yang berkaitan dengan pembangunan kerjaya guru. Berikut merupakan iklan yang disiarkan dalam laman web moe.gov.my


Antara bahan yang dapat dikongsikan

Iklan 


Surat Siaran 2013











WAJIB BACA INI


Pengalaman Kisah Benar Pemantauan Nazir (Kredit Cikgu Shamsudin)



Kemaskini 5 Jun 2013

Isnin, 3 Jun 2013

Laporan Emisonline dari PPD Kinabatangan 2 Jun 2013

Pada hari ini saya perolehi maklumat terbaru mengenai emisonline untuk dikongsikan bersama rakan guru data dalam daerah Kinabatangan.

Sila klik gambar untuk besarkan...




Semua guru data boleh ambil perhatian...jika mengenai ralat berkenaan dengan gaji boleh di abaikan memandangkan perkara ini pernah dibincangkan sebelum ini.

Kita ambil tindakan bagi ralat kritikal.

Untuk keterangan lanjut, sila berhubung terus bersama tuan Dawis selaku Pegawai Data di PPD Kinabatangan.

Sekian.

Saya membantu untuk menghebohkan :)

Selamat berkhidmat dan bercuti dalam beramal...moga usaha kita menjadi satu ibadah yang diterima Allah Taala...insyaALLAH