Blogku buat tatapan sendiri dan rakan2 mengenang peristiwa2 yg kulalui bermulanya aku ingin menjadi seorang pendidik
Halaman
▼
Klik Jer Sane Sinun
▼
Sabtu, 17 Oktober 2009
Tanjung Piai
Tempat yang aman, damai dan tenteram untuk dilawati.
---Aku pergi dgn isteri untuk istirehat dan dapat pula menjamu ikan siakap yang sedap
---Kebetulan berjumpa dengan warga Giat MARA yang sedang menjalankan kursus menjahit di situ. Kebanyakannya datang dari ibu-ibu tunggal, warga tua dan mereka yang sudah tidak bekerja malah ada juga yang belajar untuk mencari sumber pendapatan utama.
---Keindahan Matahari kelihatan di hujung JETI Tanjung Piai dan cahayanya amat mengujakan.
Kenangan di sana amat menyeronokkan kerana waktu makan, aku buka laptop dan memainkan lagu-lagu yang seronok, gembira dan mencuitkan hati agar suasana ketika di sana lebih terasa keindahannya. Alhamdulillah.
FAKTA : Tanjung Piai
(1) The most southern point in mainland Asia comes with other credentials: a clutch of good seafood restaurants and commanding views of the Singapore skyline from across the Johor Straits. The seafood restaurants are perched on wooden jetties surrounded by a rugged and rarefied coastline of unspoilt mangrove forests. For these reasons, plus a breathtaking sunset on a clear evening, Tanjung Piai has remained a popular weekend getaway. Visitors can stay at a resort hotel on stilts, the Tanjung Piai Resort—or check out the Tanjong Piai Agro and Eco Tourism Programmes.
*sumber: http://www.wcities.com/en/record/,264853/509/record.html
(2) Tanjung Piai merupakan kawasan semulajadi yang dilindungi di mana bumi, laut, tumbuhan dan haiwan wujud dalam harmoni, tanpa gangguan manusia. Taman ini menjadi tempat kediaman pelbagai jenis spesis unggas dan hidupan paya bakau yang lain seperti ketam nipah, ikan tembakul serta kera pemangsa ketam.
*sumber: http://www.tourism.gov.my/my/destinations/item.asp?item=tanjungpiai
(3) Tanjung Piai terletak di kawasan paling hujung di Benua Asia . Ianya amat terkenal sebagai syurga flora dan fauna yang cukup unik dan jarang ditemui. Tambahan pula, menjadi tumpuan utama bagi penggemar burung untuk melihat burung terutama ketika musim migrasi yang jatuh pada bulan September dan Mac.
*sumber: http://www.johordt.gov.my/pelancongan/page/pontian/
Sekian (12.01a.m. 18/10/2009)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan