Blogku buat tatapan sendiri dan rakan2 mengenang peristiwa2 yg kulalui bermulanya aku ingin menjadi seorang pendidik
Halaman
▼
Klik Jer Sane Sinun
▼
Sabtu, 17 Oktober 2009
Wawasan 2020
Salam kepada semua.
Di sini saya ingin berkongsi kepada kawan-kawan secara ringkas berkenaan dengan Wawasan 2020. Idea ini telah diperkenalkan oleh Mantan PM kita iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Februari 1991 seiring Mencapai Negara Maju (Negara berasaskan Industri). Maka dengan ini terbitlah suatu perkara yang membawa perubahan besar dalam negara kita bermula idea ini diperkenalkan sehingga akhirnya wujudnya Pusat Pentadbiran Negara (PUTRAJAYA), Bandar Intelek (CYBERJAYA) dan juga Multi Super Corridor (MSC) sebagai pemangkin bagi meneruskan hasrat murni ini.
Berikut carta yang saya sediakan dibantu sepenuhnya oleh teman hidup saya iaitu Elly Sofiana selaku isteri saya yang mencipta idea untuk membuat penyampai cerita wawasan 2020 dalam bentuk Peta Minda.
Sekiranya terdapat kesilapan, teguran dari anda selaku pembaca amat-amat sya harapkan dalam usaha memperbaiki mutu persembahan dan corak penulisan ini. Semoga dengan adanya Peta Minda ini dapat membantu sedikit kita semua dalam memahami konsep yang cuba disampaikan walaupun maklumat yang diberikan agak ringkas tetapi PADAT dengan makna yang tersirat!
LAGU
Bendera berkibar di angkasa
Lambang negara jaya
Rakyat sepakat sehati sejiwa
Dengan berbakti dengan megah
Hadapi cabaran masa muka
Penuh tenaga murni
Bakti dicurah sehara-sehala
Dengan wawasan yang suci
Wawasan meningkat kemajuan
Tiada lagi kepincangan
Kemewahan rasa-dirasai
Bersama kita nikmati Wawasan 2020
Satu pandangan jauh
Bukan impian malah kenyataan
Bersama kita jayakan
Sekian.
*Sumber: http://apps.emoe.gov.my/bppk/nota/WAWASAN%202020/WAWASAN%202020%20VERSI%201.0.pdf
Matlamat utama Wawasan 2020 ialah mewujudkan satu Bangsa Malaysia. Adakah ini bermakana pada tahun 2020, sekolah/institusi seperti MCKK, Tun Fatimah serta UiTM akan dibuka kepada SEMUA bangsa kerana kita semua adalah Bangsa Malaysia ?
BalasPadamBenar kita semua adalah bangsa MALAYSIA, sebelum itu kita SENDIRI wajib TAHU apakah maksud dan tujuan bagi penubuhan/terbinana suatu usaha keras yang dibuat oleh mereka yang telah banyak berkorban untuk sesuatu. Janganlah kita dikatakan menjadi Insan yang mencari kesempatan ke atas peluang orang yang lain.
BalasPadam