Assalamualaikum dan salam muhibbah kepada semua. Pada 29April2010, saya bersama Cikgu Faizal mengiringi murid Sek.Keb.Paris 3 yang seramai 9 orang ke Karnival Sains Anjuran PPD Lahad Datu yang bertempat di Sek.Keb.Pekan Lahad Datu. Suasana amat meriah dan penyertaan sekolah yang terdekat amat menggalakkan.
Ini adalah suasana dalam bilik reka cipta kereta solar. Komponen solar tersebut diperolehi dari USM dan diedarkan oleh Eureka. Menarik tertarik dikau memang HEBAT! Itu ungkapan yang boleh diberikan kepada murid-murid SMK yang terlibat dalam pertandingan ini. Anak-anak saya membuat laporan bertulis dalam kertas yang saya berikan.
Saya bersama seorang guru dari Felda Sahabat 16 yang datang dari jauh untuk memeriahkan lagi karnival ini. Anak-anak murid saya bertemubual bersama cikgu ini. Walaupun cikgu ini mengajar di SMK, namun beliau tetap ramah mesra terhadap kanak-kanak. Seterusnya murid menyaksikan pameran yang disediakan di ruang pameran. MENAKJUBKAN!!!
Saya bersama PK-HEM S.K.Pekan iaitu Cikgu Salam. Beliau banyak membantu saya bermula dari 28hb April lagi sewaktu saya datang seawal pagi. Alhamdulillah beliau sudi untuk membantu dalam menjayakan program anti dadah di peringkat sekolah untuk dikongsikan bersama pengalaman dan idea. Terima kasih Cikgu Salam.
Ketika ini, murid diberikan peluang untuk melihat teleskop yang digunakan untuk melihat bintang. Malangnya, acara waktu malam tiada. Maka mereka diberikan peluang untuk melihat matahari. "Cikgu, tiada bintang pun dan planet lain" itu lah luahan kata-kata anak murid ku yang cuba untuk belajar tentang cakerawala alam semesta ciptaan ALLAH yang Maha Kuasa.
Ketika ini, Cikgu Faizal dan saya membawa murid ke ruang SAINS. Guru Sains mengadakan demonstrasi bagi kejadian gunung berapi. Wah! Hebatnya!!! kata-kata murid ketika menyaksikan sendiri tindak balas asid dan alkali.
Kelihatan Sharmizan murid tahun 5Proaktif sibuk menulis sedikit nota di atas pemerhatian yang dilakukan. Seterusnya menulis pendapat dan kegembiraannya datang ke karnival ini.
Ketika sesi bergambar sebelum memulakan pengembaraan ke seluruh ruang pameran. YahooOoOo.
Saya sempat bergambar bersama Ketua Unit Sains PPD Lahad Datu iaitu Tuan Hj. Suharpi dan juga bersama Profesor iaitu pensyarah dari USM iaitu Profesor Haslan. Murid bergambar bersama guru yang baru lepas ditemubual.
Dalam pusat akses ini, murid mempelajari internet. Dalam masa sama, saya buka Facebook dan juga ruang BLOG saya untuk murid melihat dan merasai pengalaman sendiri bermain internet. Ini adalah salah satu langkah ke arah memajukan bidang teknologi maklumat ke setiap genap peringkat masyarakat. Moga selepas ini, anak murid saya juga dapat bina BLOG yang jauh lagi hebat. Amin.
Sesi temubual bersama peserta reka cipta masakan secara semulajadi menggunakan aluminium. Murid S.K.Paris 3 berebut-rebut mengajukan soalan dan membuat catatan bagi setiap keterangan yang diberikan. Alhamdulillah. Murid cuba mempelajari kaedah menemubual dalam mencari maklumat. Tidak berpusatkan GURU. Itu yang menjadi matlamat murid datang ke sini. Objektif Tercapai. YahoOoOoOo...
Angkasawan mana pula ini??? Dato Sheik Muzaffar ker? Sudah tentu tidak. Ini hanyalah replika. Murid sempat mengambil gambar sebagai kenangan. Saya mendoakan agar ada diantara anak murid saya akan menjadi saintis Islam yang berjaya dan seterusnya dapat meneruskan kajian sains dengan lebih baik berasaskan Islam. Amin.
Tamat untuk waktu ini.
Tunggu lah untuk laporan kedua Karnival Sains ini ya???
Blogku buat tatapan sendiri dan rakan2 mengenang peristiwa2 yg kulalui bermulanya aku ingin menjadi seorang pendidik
Halaman
▼
Klik Jer Sane Sinun
▼
Jumaat, 30 April 2010
Rabu, 28 April 2010
Model Kereta Mini
Salam kemajuan untuk semua guru-guru dan murid tercinta.
Pada hari ini, murid kelas 4Propaktif dan Progresif telah melaksanakan satu kerja. Apakah kerja dan tugasan itu? mari kita saksikan gambar yang telah saya sediakan.
Saya telah buat pembahagian kepada beberapan kumpulan untuk Model Projek Kereta Mini. Murid haruslah menyediakan model tersebut dari usaha dalam kumpulan mereka sendiri. Samada mereka mengumpul duit bersama untuk membelinya, mendapatkan sumbangan dari ibu bapa, melalui jualan kuih muih di rumah dengan pendapatan sendiri. Maka, beberapa kumpulan telah berjaya sediakan model tersebut.
*Murid berusaha untuk belajar melalui pengurusan kumpulan dan cara mendapat kewangan bagi sesuatu projek tanpa berharap kepada guru.
Murid telah mengeluarkan setiap komponen dalam plastik dan mula untuk mencantumkan bagi setiap komponen model kereta mini tersebut. Salah seorang dari ahli kumpulan, akan menulis cara-cara mereka memasang komponen kereta tersebut. Setelah siap pasang model, ahli kumpulan akan berbincang dan membuat perbezaan cara memasang komponen tersebut yang mereka laksanakan adakah sama dengan manual yang diperolehi dalam kotak model kereta tersebut. Seterusnya, murid akan menyenaraikan ciri-ciri model kereta mini bagi kumpulan mereka.
Seterusnya, kumpulan bagi pengadil/pemeriksa/QC telah dilantik untuk memeriksa setiap ahli kumpulan yang menyediakan model kereta mini untuk dikenal pasti akan tahap kualiti dan markah kerjasama turut diberikan. Kumpulan QC ini juga akan mencatat setiap komponen yang digunakan oleh ahli kumpulan tersebut dalam jadual yg mereka guna untuk mengenal pasti setiap komponen yang digunakan mematuhi piawai untuk menyediakan kereta mini.
Akhir sekali, kereta mini tersebut akan di uji untuk mendapat markah pengujian dari segi kualiti.
Alhamdulillah, semua kumpulan berjaya menyediakan model kereta mini masing-masing kecuali 1kumpulan sahaja dari kelas 4Proaktif. Saya telah melantik Aniff sebagai Jurutera Otomobil bagi membantu kumpulan tersebut. Namun masalah mereka tidak dapat diselesaikan. Namun kumpulan tersebut tidak gagal kerana Pengadil/Pemeriksa/QC telah memberi markah kerjasama sebanyak 9 dari 10 markah.
Syukur semuanya berjalan lancar. Adalah diharap murid dapat mereka cipta sesuatu yang lebih memberangsangkan. Saya juga telah mendapat respon dari murid untuk mengadakan pertandingan rekacipta. InsyaAllah sekiranya mendapat KELULUSAN dan PERUNTUKAN dari pihak sekolah, segalanya akan berjalan lancar dalam bulan Julai nanti.
Bersamalah kita berdoa.
Sekian.
ws.
(Video 1)
(Video 2)

Selasa, 27 April 2010
Projek KHB
Syukur rasanya kerana pada hari ini bersamaan 27April, perlaksanaan bagi Projek KH untuk penggal ini sudah pun bermula. Dapat dilihat murid-murid sibuk cuba membersihkan dan melicinkan permukaan papan kayu untuk papan tanda yang akan di cat dalam minggu hadapan jika tiada masalah.
Pembahagian kerja juga dijalankan mengikut hari.
Murid lelaki tolong angkat dan secara bergilir akan membantu murid perempuan untuk menggosok papan kayu itu menggunakan kertas pasir. Penambahbaikan yang harus saya lakukan ialah
1-Persediaan peralatan berupa Kertas Pasir untuk murid sebagai alat untuk menjimatkan masa. Walaupun sebelum ini, saya sudah berpesan sila bawa kertas pasir, namun tidak menepati ciri yang diperlukan. Murid membawa kertas pasir yang kecil saiznya dan jenis halus.
2-Makluman kepada murid mesti dilakukan dengan berkesan dari hari ke hari kerana murid kecil ini mudah lupa jika kita cakap/pesan hanya sekali.
3-Perlukan seorang ketua untuk memantau murid laksanakan kerja. Saya melantik ketua dikalangan murid supaya dapat melatih murid ini menjadi ketua dalam sesuatu projek.
Semoga mereka semua dapat punyai pengalaman yang berbeza dan kaedah ini secara tak langsung meningkatkan kemahiran murid Tahap 2 bagi sekolah saya ini. InsyaAllah. Amin.

ASTRO TVIQ
A ssalamualaikum dan salam sejahtera.
Syukur rasanya kini Sekolah Kebangsaan Paris 3 sudah mempunyai ASTRO untuk pendidikan. Kemudahan ini telah saya gunakan dalam kelas Bahasa Inggeris pada hari Isnin lepas, kelas 4Proaktif dan 5Proaktif.
Alhamdulillah, minat murid dalam mempelajari BI semakin meningkat kerana dalam TVIQ terdapat rancangan yang menggunakan kuiz dan wawancara. Saya gunakan kaedah 'listening and speaking' dalam kelas BI ini.
Murid akan menyenaraikan watak, plot, dan perkara yang mereka suka dan tidak suka dalam sesuatu rancangan yang mereka lihat dan dengar. Seterusnya mereka akan berkongsi kepada semua murid. Ini secara tidak langsung melatih murid untuk berani bercakap dan berkongsi idea dalam mencari maklumat bagi sesuatu rancangan atau cerita.
Moga ASTRO TVIQ ini dapat dijadikan satu lagi kaedah terbaik dalam menjalani PNP secara seronok dan membahagiakan semua pihak ;)
Amin.

Hari Lahir bulan April 2010
Sambutan hari lahir bagi murid kelas 4Proaktif telah diadakan selepas waktu kelas Sivik pada hari Rabu yang lepas bersamaan 21April. Seramai 7 murid menyambut hari lahir nya yang ke 10tahun.
Cikgu mendoakan agar anak-anak murid cikgu sentiasa sihat dan rajin selalu untuk mencapai kejayaan dan cita-cita di masa akan datang. Sedia untuk menolong sesiapa dalam perkara kebaikan dan jauhilah dari perkara yang tidak baik. Amin.
Wassalam
PnP @ Perpustakaan
Assalamualaikum.
Pada sabtu yang lepas, PNP bagi hari ganti sekolah saya telah mengadakan kelas di Perpustakaan sekolah. Ini adalah pertama kali saya laksanakan PNP dalam bilik kecil yang dipenuhi buku. Tujuan saya ialah membolehkan murid untuk menggunakan bahan bacaan yang sedia ada dan juga kamus BI-BM sebagai rujukan. Jika hendak paksa mereka membeli kamus, adalah amat kejam. Maka inisiatif ini, dapat memupuk rasa minat untuk belajar sambil berbincang dalam kumpulan.
Masalah yang saya hadapi dalam perpustakaan ialah, ruang meja yang kecil dan ruang membaca amat terhad. Maka murid terpaksa berhimpit. Walaubagaimanapun, keadaan ini tidak sedikit pun melunturkan semangat mereka untuk terus belajar. Tahniah dan syabas anak-anak ku sayang.
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar seperti yang saya rancangkan.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Ustazah Harirah kerana sudi meminjamkan kunci perpustakaan tersebut. Saya harap, perlaksanaan PNP seterusnya di perpustakaan akan menjadi lebih baik.
(Video dari pembacaan murid ; Norazzah 4Proaktif)

Ahad, 25 April 2010
Jamuan Makan
Assalamualaikum. Jamuan makan kecil telah diadakan di Bilik Gerakan Sekolah Kebangsaan Paris 3 pada 24 April 2010 (sabtu)_ bagi meraikan semua tenaga kerja dan guru-guru. Jamuan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan dan hubung jalin yang baik antara guru-guru sesi pagi dan petang serta semua tenaga kerja warga sekolah.
Saya memohon maaf ke atas kekurangan jamuan ini dari segala aspek. Antaranya ialah
1-Sup Ayam (kurang garam)
2-Sambal cili (tidak disediakan maka kurang rasa mengancam/tiada pedas)
3-Kaki Ayam (tidak dipotong kuku ayam)
4-Air Minuman (tidak disediakan)
5-Nasi (kurang dari jumlah bilangan untuk santapan)
6-Senduk (tidak sesuai dan kecil)
7-Buah-buahan (tidak disediakan)
Aspek-aspek tersebut saya akan cuba perbaiki di masa akan datang. Saya mengucapkan terima kasih kepada Ibu saya yang memberikan ramuan sup ayam tersebut, Isteri saya Elly Sofiana yang memberi sokongan, Ustaz Rahmat yang berikan pandangan untuk penambahbaikkan, CIkgu Azuar menegur corak dan rasa masakan, Guru Besar kerana memberi kebenaran mengadakan jamuan tersebut yang mana saya tidak memaklumkan terlebih dahulu.
Saya juga ucapkan terima kasih kepada guru-guru dan warga kerja sekolah yang banyak membantu saya bermulanya saya masuk ke sekolah sebagai seorang guru. Saya berharap, agar kita semua dapat disatukan hati dan berkerjasama serta tegur menegur antara satu sama lain dalam menuju puncak kejayaan ketika mana menjalankan amanah sebagai seorang guru. Moga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan Allah Taala. Amin.
-mustakim-

Bumi Hijau
Salam 1Malaysia.
Tahniah kepada warga RKT Taman Aman Jaya kerana menjayakan program Bumi Hijau. Acara ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah. Program ini memberi sedikit kesedaran akan kepentingan untuk menanam pokok dan memelihara serta memulihara pokok sebagai sumber penting dalam ekosistem kita.
Dato' Nasrun telah menyampaikan ucapan dalam erti kata menasihatkan para penduduk untuk menanam sayuran di belakang rumah sebagai salah satu langkah dalam menjimatkan perbelanjaan dapur sekaligus dapat menghidupkan suasana sihat dikalangan masyarakat sebagai satu budaya hidup sihat. Beliau juga menjelaskan bahawa masyarakat harus bersabar dalam miniti pembangunan di daerah Lahad Datu yang mana ketika ini projek pembesaran jalan telah pun dilaksanakan yang mengambil tempoh selama 13bulan sekiranya tiada berlaku kepincangan ketika projek ini berjalan. Kerajaan persekutuan telah memperuntukkan RM75juta dalam menaiktaraf kehidupan rakyat. Alhamdulillah.
Segala yang baik bersama kita nikmati, segala yang buruk bersama kita rintangi. Usaha sepakat dalam meniti hari esok supaya amalan kita diberkati dan elakkan diri dari perkara-perkara yang tidak sihat.
Kesimpulannya, peliharalah bumi ini kerana dalam Al-Quran ada mengatakan bahawa bumi ini musnah kerana tangan-tangan manusia. Bersama lah kita menjaganya demi kesejahteraan GENERASI akan datang.
Myvi Elly
Alhamdulillah. Syukur rasanya kerana kereta isteriku Myvi oren telah pun selamat sampai di Sabah. Amanat dan segala pesan akan di pegang dengan sebaik-baiknya. Perjalanan pulang dari Kota Kinabalu ke Lahad datu dengan menaiki Myvi bersama Cikgu Azuar amat menarik dan merupakan pengalaman manis yang tidak dapat saya lupakan. Terima kasih kepada Cikgu Azuar yang menemani saya sepanjang pengalaman itu. Pengorbanan Cikgu Azuar amat besar kerana beliau menaiki Kapal Terbang dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu tanpa minta bayaran. Keikhlasan beliau jelas terpancar sepanjang perjalanan pulang ke Lahad Datu ketika berada dalam kereta.
Terima kasih juga kepada Guru Besar yang memberi kebenaran kepada saya untuk pergi ke JPN Sabah dalam urusan perpindahan isteri saya dari Negeri Johor ke Negeri Sabah. Segalanya berjalan lancar. Moga-moga pihak KPM dapat juga mempertimbangkan perpindahan sekolah isteri saya ke Sabah di Lahad Datu yang berdekatan di rumah berwarna merah jambu selaku warna kesukaannya. Amin.
Wassalam.
Kenduri Cikgu Faizal
Assalamualaikum. Sambutan maulidur rasul dimeriahkan lagi oleh Cikgu Faizal yang menjemput warga kerja sekolah untuk datang ke rumahnya. Alhamdulillah. Saya bersama cikgu Azuar, cikgu Syahar dan Ustaz Rahmat berserta isteri dan anak-anak serta adik-adik ipar ustaz menghadiri majlis kenduri beliau.
Segalanya amat baik dan kami dihidangkan dengan pelbagai jenis kuih dan lauk pauk asal dari SABAH. Syukur rasanya. Sekurang-kurangnya dapat juga jimat duit makan pada mas itu kerana masa itu belum gaji (hehehe).
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Faizal dan isterinya Cikgu Robiah di atas pelawaan yang amat dihargai.
Wassalam
Kelasku
Salam Perpaduan kepada semua.
Carta organisasi ini sebahagian dari fail kelas yang sedang saya cuba usahakan agar dapat dimurnikan lagi corak pengurusan dan pentadbiran kelas. Saya selaku guru kelas mengucapkan tahniah kepada mereka yang dipilih untuk memikul tanggung jawab dalam melaksanakan tugas masing-masing.
Gambar warga kelas yang lain akan dimasukkan beserta aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Sekian.
Wassalam.
Majlis Tilawah Quran
Untuk pengetahuan semua, MTQ telah diadakn pada 1Mac2010 peringkat Daerah Kinabatangan. Acara ini telah berlangsung dengan jaya dan meriahnya. Sekolah Kebangsaan Paris 3 dan Sekolah Menengah paris merupakan penganjur bagi acara ini.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua para tenaga kerja dan sekolah-sekolah yang terlibat dalam menjayakan MTQ kali ini. Semoga MTQ ini dapat dijadikan acara tahunan yang semakin mendapat sambutan menghangatkan dari semua pihak termasuk penglibatan PIBG dan warga kampung. Amin
-Mustakim-

Sambutan Maulidur Rasul
Assalamualaikum. Saya telah diperlawa oleh orang kampung untuk hadir ke sambutan maulidur rasul yang di adakan di Ladang Lindaller. Syukur kerana orang kampung disitu amat semangat untuk mengadakan untuk kali pertama wpon keadaan masjid yang agak uzur.
Moga usaha inidiberkati dan mendapat rahmat Allah. AMin
Kejohanan Olahraga Tahunan 2010
Sebahagian soroton dalam aktiviti tahunan Sekolah Kebangsaan Paris 3. Sekolahku Kebanggaanku!
Sekolahku telah pun mengadakan KOT. Alhamdulillah. Sedikit sebanyak memberi panduan dan pengalaman yang berguna untuk diriku sebagai persediaan hari esok. Berikut merupakan antara gambar kenangan yang dapat daku kongsikan bersama kalian.
Guru dan murid sibuk membuat persediaan bagi menghadapi hari KOT yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Tahniah dan syabas untuk semua guru-guru yang sanggup berkorban masa dan tenaga di sekolah. Moga usaha kita diberkati dan dimurahkan lagi rezeki kita semua. Amin.
Kenangan paling bermakna ialah menaikkan khemah yang diperbuat dari buluh dan juga membuat garisan padang bersama CIkgu Drahman selaku Setiausaha Sukan sekolah yang banyak memberi komitmen dalam melaksanak tugas yang berat. Tahniah Cikgu Drahman!

Jumaat, 23 April 2010
Anak Ku
Salam penyatuan ummat untuk semua.
Setelah lama menyepi, kini saya sudah mula semangat hendak mula menulis blog. Dalam masa yang agak singkat ini, saya gunakan untuk menyampai serba sedikit pengalaman dan rasa masam manis kehidupan sepanjang sudah berada di SABAH hampir 5 bulan.
Bulan Februari
Dalam bulan ini, bermula sudah rentak PnP yg tak dapat ku bayangkan, bentuk rph yang masih terkaku menulisnya namun berkat panduan cikgu lama, mematangkan saya untuk terus perbaiki bagi setiap kelas yang ku masuki. Alhamdulillah.
Dalam bulan ini juga terdapat sesi latihan Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah 2010. Saya selaku guru penasihat Rumah Merah. bermula jam 8.00am sudah mulakan sesi latihan hingga menitis air peluh malah cermin mata ku juga sempat PECAH gara-gara murid tahap 1(tahun1,2,3) yang asyik menyaksikan latihan rumah sukan.
Selain itu, Projek 3K dibawah seliaan Cikgu Syahar juga turut berjalan iaitu pembinaan Air Terjun buatan tangan-tangan manusia yang banyak menyumbangkan ke arah kebaikan dan semoga mendapat keberkatan Allah atas projek ini berjaya di jalankan dengan bantuan beberapa pihak terdiri dari PIBG, Guru-guru, dan masyarakat kampung.
Bulan Mac
Bulan perlaksanaan KOT Sek.Keb.Paris 3 untuk Tahun 2010. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua para guru dan murid yang terlibat dalam menjayakan. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Setiausaha Sukan Sekolah iaitu Cikgu Drahman yang banyak membantu saya dalam memahami dan melaksanakan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan. Konsep bantu membantu antara guru,murid dan masyarakat kampung juga penting dalam sesuatu aktiviti.
Cabaran yang paling besar dalam bulan Mac juga ialah Menjayakan MAJLIS TILAWAH QURAN peringkat Daerah Kinabatangan yang berlangsung di sekolah saya. Semua guru terlibat dalam menjayakan majlis ini dan pihak Sek.Men.Keb.Paris juga turut terlibat sebagai penganjur. Alhamdulillah selesai sudah....
Kegembiraan mulai terasa tatkala cuti sekolah tiba yang mana sekolah bercuti selama seminggu. Dalam masa ini, saya banyak menghabiskan masa bersama keluarga dan ISTERI tercinta. Rindunya kepada insan tersayang di semenanjung. Dalam kesempatan cuti itu, saya gunakan dengan sebaik mungkin dalam menyelesaikan perkara berkaitan urusan SPP dan lain-lain hal secara bersama isteri saya.
Bulan April
Ujian? Ujian Setara? Kertas Soalan? Tanda Kertas? Sibuk? Penat? Murid? Segalanya bermain dalam fikiran saya. Namun sedikit banyak menjadikan perkara ini umpama seorang nelayan yang baru sahaja turun ke laut mahu membentang jala di tengah lautan. Entah ada hasil ataupun tidak, nelayan itu terpaksa juga berusaha keras untuk mendapatkan ikan bagi rezeki mengisi perut diri dan keluarganya. Begitulah keadaan saya yang baru sahaja mengalami satu lagi pengalaman untuk sediakan kertas soalan Ujian Setara 1 buat kali pertamanya. Terima kasih juga saya ucapkan kepada Ketua Panitia Bahasa Inggeris iaitu Sir.Sweldy Parisai yang banyak pengalaman telah beri tunjuk ajar dalam menguruskan setiap aspek yg perlu dinilai.
Peruntukan? Fail Meja? Fail Guru? Fail Kelas? Aduh. Ini juga cabaran penting dalam menghadapi hari esok yang bakal di semak oleh Allah Subhanallah Taala. Adakah saya berjaya atau tidak laksanakan tugas tersebut? Jikan tidak, kenapa? Adakah soalan ini saya hendak jawab ketika dalam kubur? Pastinya tidak!!! Dengan bantuan guru-guru dan PK1 iaitu Cikgu Zainuddin, perkara tersebut saya berjaya atasi. Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada Cikgu Azuar yang banyak membantu saya dalam pengurusan diri, masa dan mutu kerja. Berkat nasihat dan kata-kata hikmah cikgu Azuar banyak mendorong saya agar lebih berdikari sekalipun saya cikgu termuda dalam sekolah. Kau boleh mus....itu lah ayat yang memberikan inspirasi kepada saya kerana selama ini saya rasa terlalu kerdil.
sambung nanti ya???
hehehe
pot
pott
pottt
9.04p.m. (Jumaat 23/4/2010)
@Cyber Cafe Sri Perdana