Blogku buat tatapan sendiri dan rakan2 mengenang peristiwa2 yg kulalui bermulanya aku ingin menjadi seorang pendidik
Halaman
▼
Klik Jer Sane Sinun
▼
Selasa, 15 Februari 2011
Ketua Panitia - SAINS
Rabu (09-Feb-2011)- Mesyuarat bersama antara pihak pentadbir dan ketua-ketua panitia telah dilaksanakan bagi membincangkan dan mencapai kata sepakat untuk pembangunan dan kemajuan sekolah, akademik dan peningkatan prestasi guru.
Saya hadir sebagai Ketua Panitia Sains (pertama kali dalam tempoh berkhidmat kurang 2tahun) menggalas tanggungjawab yang berat untuk memacu panitia bagi tahun ini.
Guru Besar memulakan ucapannya dengan begitu tegas mengatakan bahawa lawatan dari Pejabat Pelajaran Daerah Kinabatangan ke sekolah pada 24-Feb-2011 dan mengarahkan semua ketua panitia bersiap sedia dengan memastikan fail meja, fail panitia dan segala perkara yang berkenaan dengan panitia di kemaskini. Perkara yang di ambil berat ialah keputusan UPSR (2007, 2008, 2009 dan 2010), perancangan UPSR 2011 dan pelan strategic bagi setiap panitia (subjek teras). Hanya 10 buah sekolah yang terlibat.
Apabila di amati dengan teliti, perkara di atas sukar tetapi menjadi mudah sekiranya semua guru dalam panitia tersebut menggalas tugas secara bekerjasama. Inilah yang hendak saya cuba ketengahkan dalam tindakan awal bagi memastikan semua perkara dapat diatur dengan cepat, mudah dan mendapat impak positif dari semua pihak terutamanya pihak pentadbir.
Panitia yang hidup akan melahirkan SEKOLAH CEMERLANG (kata GB)
Perkara yang perlu dilaksanakan bermula dengan
Rancang, KOS, perlaksanaan, kesan, refleksi dan tindakan susulan.
Kesimpulan:
Saya mendapati bahawa, setiap kata GB banyak berunsur untuk meningkatkan profesionalisme guru mengikut buku yang pernah saya baca sebelum ini. Segalanya bermula dengan tindakan awal GURU itu sendiri, disokong oleh pihak sekolah dan seterusnya tindakan dari murid dan guru. Impak akhir akan dapat dilihat melalui proses yang telah dilalui dan setiap proses itu amatlah penting dan diambil kira sebagai kesan kepada impak keseluruhan untuk semua pihak. Maka, peranan saya sebagai KP harus bertindak lebih cepat, tepat dan menggerakkan semua tenaga kerja guru SAINS supaya setiap guru mengetahui dan memahami bahawa kecemerlangan yang akan dicapai melalui kerjasama erat yang di GERAK GEMBURKAN.
Sepakat membawa berkat. Insya-Allah. AMIN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan