Blogku buat tatapan sendiri dan rakan2 mengenang peristiwa2 yg kulalui bermulanya aku ingin menjadi seorang pendidik
Halaman
▼
Klik Jer Sane Sinun
▼
Selasa, 15 Februari 2011
Kokurikulum 1_2011
Salam...Pada 12-Februari-2011 Aktiviti pertama Kokurikulum selamat dilaksanakan dengan baik...Semua guru-guru termasuk GB turut memberikan komitmen yang positif dalam perlaksanaan koKum di sekolah...
FUTSAL....
Saya sebagai guru pembimbing untuk Sukan&Permainan bersama cikgu Azizul mengAMANAHkan saya untuk melaksanakan aktiviti Futsal bersama murid-murid dengan pembentukan AJK Tertinggi dan pengenalan...
Segalanya berjalan lancar dan pembentukan kumpulan futsal bagi memudahkan pengurusan latihan dan aktiviti.
SAINS...
Tepat jam 9.30pagi...Persatuan Sains mengadakan aktiviti pembentukan AJK yang dikawal selia oleh Guru Penyelaras Persatuan Sains iaitu Puan Saedah.... Pembentukan AJK tertinggi dapat dilaksanakan tetapi tiada aktiviti yang dibuat atas faktor kesuntukan masa dan akan berlaku sekali lagi rombakan dalam pecahan murid mengikut kelab dan persatuan....
Kelab Pencinta Alam...
Itulah kelab yang saya uruskan dan diAMANAHkan sebagai Guru Penyelaras kelab ini. Walaupun saya tidak berapa pasti sejauh manakah kehendak sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam KOKUM berdasarkan aktiviti KELAB ini, saya akan cuba dengan baik mengikut garis panduan KOKUM...selain itu tenaga gerak kerja dibantu oleh Ustaz Zulkifli, Ustazah Maghpirah (maaf jika silap EJAAN), cikgu zul, cikgu hasran menambahkan lagi kekuatan kelab ini untuk terus mercu dengan jayanya.
Antara aktiviti yang kami laksanakan ialah
1)Pertunjukan bergambar (lawatan lembah danum 2010):Tujuannya untuk menambahkan semangat murid dan meningkatkan minat dalam terus beraktiviti dan perkara ini dicadangkan oleh Cikgu Syahar...Terima kasih kepada Cikgu Syahar yang banyak membantu saya.
2)Pembentukan AJK (ambil kedatangan murid dan diberikan jawatan berdasarkan prestasi AKADEMIK dan KOMITMEN yang baik)...Terima kasih kepada Ustaz Zulkifli kerana membantu saya ketika pembentukan AJK (murid) dan juga kepada cikgu ZUL kerana menyemak senarai kedatangan.
3)Penerangan aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun 2011 (oleh saya sendiri)
Terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu saya dalam menerajui kepimpinan Kelab Pencinta Alam...moga cinta kita makin meningkat kepada Allah Taala Tuhan yang Maha Pengasih Penyayang lagi Maha Adil...Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan