PERKONGSIAN BERSAMA....
Blogku buat tatapan sendiri dan rakan2 mengenang peristiwa2 yg kulalui bermulanya aku ingin menjadi seorang pendidik
Halaman
▼
Klik Jer Sane Sinun
▼
Ahad, 26 Jun 2011
Sabtu, 25 Jun 2011
POLITIK ISLAM
Pada suatu hari, saudara saya seangkatan dengan rakan sekerja saya guru di sekolah telah bertanya satu soalan yang berbunyi : Apa pandangan cikgu tentang politik?
Soalan itu tidak dapatlah saya menjawab dengan baik atas kedaifan saya yang kurang ilmu dan kefahaman tentang politik terutama politik dalam Islam. Sungguhnpun soalan yang begitu ringkas namun memberikan kesedaran kepada saya untuk nilai dan lihat kembali sejarah Islam dan keadaan politik semasa yang berlaku masa kini samada yang berlaku di Negara kita mahupun di luar sana.
Saya ambil inisiatif untuk mencari beberapa bahan bacaan dari perpustakaan Lahad Datu. Lalu menjumpai beberapa buah buku yang lebih kurang ada kaitan dengan politik. Namun kefahaman melalui pembacaan hanyalah berdasarkan teori dan belum aplikasi/amali.
Perkara pokok yang saya ketahui dan faham ialah banyak perkara yang berkaitan dengan kepimpinan dalam kehidupan kita berlandaskan syariat Islam.
Dua buku yang saya baca setakat ini menampakkan isi yang berbeza atas dasar penyampaian politik Islam yang cuba di sampaikan dan dikupas oleh penulis.
klik lagi di bawah untuk sambungan...
Walaubagaimanapun, kedua-dua buku ini banyak memberi manfaat yang besar kepada saya dalam melihat corak pemerintahan politik Islam serta sejarah politik pemerintahan yang berlaku di dunia bermula zaman sahabat hingga kini.
Banyak perkara yang masih saya tidak dapat sampaikan secara terus melalui penulisan di sini, jika kalian berminat boleh mendapatkan buku tersebut di KEDAI BUKU mahupun di perpustakaan. Saya masih lagi membaca kedua-dua buku ini dan dalam minggu hadapan bersamaan dengan 1 atau 2 Julai akan saya pulangkan ke Perpustakaan Lahad Datu. InsyaAllah.
Terima kasih kepada cikgu yang bertanya soalan tentang politik itu.
Banyak perkara yg saya masih tidak ketahui sedangkan perkara tersebut juga berkaitan dengan muamalat dan muasyarat (jika salah ejaan harap maaf).
Sekian dahulu. Sedikit perkongsian untuk kita sama fikir akan keadaan politik masa kini dan semoga dengan perantaraan solat yang sempurna di usahakan di terima Allah serta amal kerja dakwah dapat merubah suasana politik dan kehidupan yang lebih baik dan diredhai Allah Subhanallah Taala. InsyaALLAH. Amin.
RUJUKAN TAMBAHAN
1.BIODATA ABDUL HADI AWANG
2.ALI ABDUL RAZIQ KECAMAN BANTAHAN PENERBITAN

VIVA-kU
Pada suatu pagi yang hening saya pergi memandu kereta seperti biasa menuju ke sekolah.
Tanpa tidak di sangka pagi itu berlaku satu kemalangan yang dahsyat antara kereta saya bersama seekor anjing yang melompat ke tengah jalan raya.
Perkara yang tidak dapat saya lupakan ialah, ketika si anjing elok bermain di tepi jalan raya, dengan sergahan si kawan anjing tersebut, anjing itu terkejut dan terus melompat ke tengah jalan lalu saya melanggar bahagian kepalanya tanpa sengaja. Perkara ini amat mengejutkan hati dan perasaan yang tenang sebelum saat itu tiba. Tiada kedengaran bunyi anjing itu meraung atau pun sebarang tanda kematian melainkan bunyi hentakan kepala anjing yang terkena bahagian depan kereta saya.
Ini mengingatkan kepada saya, bagaimanakah matinya seorang muslim/beriman nanti. Semoga saya dan kalian mati dalam keadaan beriman dan baik hendaknya. Moga kalimah iman (TIADA TUHAN SELAIN ALLAH) akan keluar dari hati mulut kita di akhir hayat. Amin. InsyaAllah.
(KERETA SAYA TELAH DIPERBAIKI DENGAN KOS RM 250.00 KETUK DAN CAT DI BENGKEL KAWAN SAYA DI JALAN KG.SEPAGAYA LAHAD DATU)
ALHAMDULILLAH....hingga kini saya masih lagi bernyawa....namun segalanya pasti akan kembali kepada ALLAH

BUKU BARU 2011
PERISTIWA BESAR TELAH BERLAKU! KE ARAH MANA MAKSUD TUJUAN HIDUP DI DUNIA YANG FANA INI
Pada hari khamis yang lalu bersamaan dengan 23-Jun-2011 saya bersama isteri pergi ke Sabah Book Store (SBS) Tmn Sri Perdana, Lahad Datu Sabah. Pada ketika itu jam menunjukkan tepat jam 8.55malam namun kedai tersebut masih belum tutup. Saya pergi ke bahagian buku di tingkat atas untuk melihat beberapa buah buku untuk dibeli dan dibaca bagi santapan fikiran untuk bulan Julai bersama buku yang baru dibeli hasil dari duit gaji ;)
KLIK DIBAWAH LAGI...
Alhamdulillah, saya perolehi 3 buah buku yang amat menarik dan senang di fahami untuk pembacaan mudah. Buku pertama dan kedua merupakan buku pembacaan umum dan buku ketiga ialah kuiz untuk subjek fizik telah saya hadiahkan kepada isteri saya :)
Sekembali ke rumah, saya lihat secara sepintas lalu buku tersebut sambil isteri saya menjengah kepalanya untuk melihat isi yang menarik jika ada. Kedua-kedua buku pembacaan umum itu keluaran dari PTS. Isteri saya mula membaca terus buku Seni Bahasa Badan kerana tertarik akan isi kandungan dan segala rahsia gerak geri badan. Walaupun selama ini terdapat juga buku yang begitu tetapi sya hanya membuat pinjaman dari sumber lain seperti perpustakaan. Dengan buku yang dibeli sendiri ini, sungguh tidak sangka bahawa isteri saya juga turut minat untuk membacanya. Apa yang cuba saya sampaikan kepada kalian ialah, setiap insan mempunyai masa untuk membaca dan berfikir. Perkara mengutamakan apa yang utama perlu diperuntukkan dengan baik dalam kehidupan kita agar mendapat masa yang berkualiti. Marilah menjadikan membaca itu suatu hobi sekalipun bahan bacaan itu nampak ringkas namun boleh mencernakan buah fikiran yang lebih baik dari sedia ada kepada memikirkan kebesaran ciptaan Allah Taala agar kita bersama-sama menilai kembali amalan dan keimanan kita pada hari ini adakah lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Sekian.
RUJUKAN
1.BUKU SENI BAHASA BADAN
2. POW
3. LAMAN WEB PENULIS SUPER
Jumaat, 24 Jun 2011
Khamis, 9 Jun 2011
Jumaat, 3 Jun 2011
TEKNIK MENJAWAB SAINS
SEDIKIT GAMBAR DAN CATATAN YANG DAPAT SAYA BUAT....
--------
AGAK MEREPEK DAN TIDAK FAHAM JUGA SIKIT.....
BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM…
SYUKUR KERANA DI PILIH UNTUK BERADA DI SINI (KEM UPSR 2011)
DOA ITU SATU SENJATA ORANG MUKMIN (BERIMAN KEPADA ALLAH)
AMIN = PERKENALKAN LAH…
KUASAI SAINS DALAM APA JUA BIDANG UNTUK PEKERJAAN…TANAMKAN DALAM HATI UNTUK MENCINTAI SAINS…SAINS ITU TIDAK SUSAH KERANA JAWAPANNYA ADA DI DEPAN MATA…
BAHAGIAN A & B (1JAM 15MINIT)…JIKA SUDAH SIAP AWAL BOLEH SEMAK…JAWAPAN…
BAHAGIAN A (25/30,
(bermula dari pembelajaran tahun 4, 5 dan 6 mempunyai asas 5 TEMA)
1)ALAM KEHIDUPAN
2)ALAM FIZIKAL
3)ALAM BAHAN
4)BUMI DAN ALAM SEMULAJADI
5)DUNIA TEKNOLOGI
*kaedah menjawab bahagian A
1)conteng, cantas dan carik.
2)kenalpasti kehendak soalan.
3)cari jawapan terbaik.
(soalan digubal oleh beratUs-ratus guru sains dan dipilih serta ditapis)
Soalan akan disiapkan pada awal tahun untuk tahun tersebut (semasa).
Tandakan jawapan dengan betul (semasa bulatkan@hitamkan jawapan).
PERKARA YANG JANGAN (buang masa, perlekeh soalan, gopoh @panik, lupa semak soalan).
Menconteng itu PERLU supaya boleh FOKUS!!!
*kaedah menjawab bahagian B
1)PEMERHATIAN (orang yang cerita Nampak apa yang diceritakan menggunakan deria dan ada pendanda) & (Objek + keadaan ujikaji) = apa yang dikaji….
(pemerhatian TUNGGAL @ BERGERAK BALAS)
2)INFERENS (sila letakkan KERANA……)
ADA SOALAN YANG MINTA NYATAKAN 1 PEMERHATIAN TETAPI 2 INFERENS…
INFERENS: mendapat _____ yang cukup daripada ______
Jam 9.18pagi…..
Nyatakan ciri-ciri
(ukuran/ciri benda)
PEMBOLEHUBAH…(changed / measured / kept the same)
WTC = DIUBAH (CONTOHNYA : jenis….)
WTO = DIPERHATI
Mengawal pembolehubah…(penting untuk difahami)
PM = pembolehubah manipulasi (SEBAB)
PB = pembolehubah bergerakbalas
SEMAKIN ______ (PM) SEMAKIN _____ (PB)
PEMERHATIAN…
Mulakan dengan bergerak balas samada berlakunya sesuatu….
(planet-planet, kestabilan, teknologi kenderaan)
DAN BAHAGIAN B (15/20)
KELEMAHAN CALON
(1)DIRI SENDIRI (2)KELUARGA (3)GURU (4)SEKOLAH
DENGAR LUPA – NAMPAK INGAT – BUAT FAHAM
-------------------------------------------------------------------------

Khamis, 2 Jun 2011
GERHANA MATAHARI
murid TAHUN 6 PROGRESIF (kelas yang saya ajar sains bagi tahun 2011 seramai 34 orang) terdiri daripada murid yang cemerlang, baik, memuaskan dan kureng sikit pun ada. Walaubagaimanapun, saya tetap gembira kerana diberi peluang untuk mengajar dan mendidik serta berkongsi ilmu bersama anak didik ini yang akan menduduki UPSR pada tahun ini (2011)