Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Jumaat, 13 April 2012

Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP)

Garis Panduan Pelaksanaan


TERKINI 2013



BISP

Surat Pekeliling BISP

akan dimasukkan dokumen berkaitan....baru jerk jumpa di internet

Sekian....

Rujukan

1. Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 11/2002

2. Pekeliling Perkhidmatan bil. 15/2002

3. Pekeliling Perkhidmatan (pendidikan) bil. 3/2003


Kemaskini pada 8.46PM SABTU 5-JAN-2013

Ahad, 8 April 2012

LHDN Perkara yang perlu diketahui mengenai CUKAI


KESALAHAN DAN DENDA



PELEPASAN INDIVIDU



BAGAIMANA MENGIRA CUKAI ANDA




Sekian

Lahad Datu Sekitar 2012


Baru dibuka pada bulan MAC 2012 di Lahad Datu



Kedai ini pun baru di buka juga




Restoran Mamak yang penuh dengan manusia saban masa tidak kira hari cuti atau bekerja


Hendak masuk ke Taman Aman Jaya kini sudah ada lampu isyarat jalan raya.



Sabtu, 7 April 2012

Pengawetan Makanan Sains Tahun 6



Pengawetan makanan 

ialah proses yang menjadikan makanan tahan lebih lama (dari segi kualiti, rasa dan nilai zat). 



KLIK SINI UNTUK PETA MINDA ONLINE (PETAMINDA LUCIDCHART)


KEROSAKAN MAKANAN


Makan menjadi rosak apabila tidak di simpan dengan baik atau dibiarkan terlalu lama.

Makanan yang rosak akan mengalami perubahan dari keadaan asal


Kaedah mengesan perubahan makanan dengan
  • MEMERHATI   (menggunakan mata)
  • MENGHIDU     (menggunakan hidung)
  • MERASA DENGAN LIDAH 
  • MENYENTUH (menggunakan jari tangan)

KLIK UNTUK BACA LAGI ....


SPEED JERAYAWARA JPN SABAH 2012

SPEED (Smart Planning Enhances Education Dynamics)

SPEED adalah perancangan strategik JPN Sabah untuk jangka masa 5 tahun (2012 – 2016). Ia merupakan satu inisiatif JPN Sabah dalam memastikan revolusi kecemerlangan akademik negeri Sabah. Ia diharap dapat membantu meningkatkan kualiti pendidikan dan memastikan kecemerlangan pendidikan dalam pelbagai aspek untuk negeri Sabah. Terdapat 7 cabaran yang diberi fokus iaitu;



(i) Keperluan Melonjakkan Prestasi Peperiksaan Awam (UPSR/PMR/SPM/STPM), 

(ii) Keperluan Merealisasikan Pencapaian NKRA KPM, 

(iii) Keperluan MemperkasakanKepimpinan Pendidikan, 

(iv) Keperluan Pemantapan Sistem Pengurusan Kualiti, 

(v) Keperluan Peningkatan Sahsiah Murid,

(vi) Keperluan Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan di Sekolah serta 

(vii) Keperluan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling. 

Guru-guru memainkan peranan utama dalam melaksanakan perancangan strategik ini dan pada masa yang sama menjalankan visi JPN iaitu“Pendidikan Berkualiti Penjana Modal Insan Unggul”.



Klik di bawah untuk baca lagi 

Jumaat, 6 April 2012

Bahan ICTL Tahun 5

Bahan bantu mengajar dan belajar amat diperlukan dalam PNP khasnya ICTL yang baru diperkenalkan secara khususnya bagi guru tahun 5 dalam daerah Kinabatangan.







Semalam (5-April-2012) merupakan hari terakhir bengkel/kursus ICTL Year 5. Alhamdulillah. Sepanjang bengkel banyak ilmu pengetahuan yang baru serta dapat juga berkenal-kenalan dengan guru-guru Bahasa Inggeris sekitar daerah Kinabatangan.




Oleh kerana banyak tugasan dan latihan serta masa yang mencukupi diberikan kepada semua peserta (di kalangan guru BI Tahun 5). Maka, tugasan dapat diselesaikan dengan sempurna dan mendapat kritikan serta kata-kata pujian yang baik daripada Jurulatih Utama.

Beberapa dokumen yang dapat dikongsikan adalah seperti berikut.
(Jika ada kekurangan, harap dapat teguran membina)

KLIK UNTUK BESARKAN PAPARAN

Contoh RPH

Rph Bi Colums

Contoh Worksheet

Rph Bi Column Worksheet 1


Lesson Plan ICTL Year 5 - Internet

Lesson Plan Internet


Worksheet (1) ICTL Year 5 Internet

Worksheet Internet


Worksheet (2) ICTL Year 5 - Internet

Worksheet Internet (2)


Klik sini untuk lihat album gambar sepanjang kursus
http://longkaiboyz.blogspot.com/2012/04/perkongsian-1-kursus-literasi-ictl.html

Akan dikemaskini sekali lagi di masa akan datang

Sekian

Ingin belajar lagi??? Klik sini >>> http://yongfuewvoon.blogspot.com <<<

Urusan pemangkuan bagi PPPLD gred DGA32 ke gred DGA34 (Bidang Umum, Cina dan Tamil) bagi mengisi kekosongan jawatan kenaikan pangkat gred DGA34

Sumber:  http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/2012/03/perhatian-urusan-pemangkuan-ppld-gred.html

Sukacita dimaklumkan, bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mengadakan urusan pemangkuan bagi PPPLD gred DGA32 ke gred DGA34 (Bidang Umum, Cina dan Tamil) bagi mengisi kekosongan jawatan kenaikan pangkat gred DGA34 seperti Guru Besar, Pegawai di JPN / PPD dan jawatan-jawatan lain di Bahagian-Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2012.

Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dilampirkan borang-borang berkaitan urusan berkenaan untuk tindakan pihak tuan/puan selanjutnya.

Adalah diingatkan, pihak tuan/puan dilarang mengubah suai semua borang tersebut.


Haiwan Melindungi Diri - Sains Tahun 4

Pada minggu hadapan, kita akan belajar tajuk baru iaitu HAIWAN MELINDUNGI DIRI.

Beberapa ciri khas haiwan yang perlu diketahui ialah

1. BAU BUSUK


Haiwan ini mengeluarkan bau busuk dan kuat untuk menghalau musuhnya


Kumbang

Lipas

Pijat-pijat

Skunk



KLIK DIBAWAH UNTUK BACA LAGI.....

Rabu, 4 April 2012

Perkongsian (1) Kursus Literasi ICTL Bahasa Inggeris Guru Tahun 5

Beberapa keping gambar yang sudah dimuat turun...

Terima kasih kepada semua guru dan juga Jurulatih Utama.

Jumpa lagi esok (Khamis 5-April-2012)


Sekian.







Selasa, 3 April 2012

Keadaan SAPS pada 3 April 2012


IMPORT??? 

Moga-moga dapat diselesaikan dengan segera isu SAPS ini secepat mungkin. InsyaALLAH.
Tahniah kepada semua guru yang berusaha sehabis baik untuk buka SAPS ini terutama kepada semua SUP disemua sekolah. Syabas sekali lagi. Sekian.

Nota Ulangkaji Sains Tahun 4 Tumbuhan Membiak

PROSES HIDUP TUMBUHAN




Pada hari Jumaat lepas bersamaan dengan 30-Mac-2012, saya masuk ke kelas tahun 4 untuk memulakan topik baru iaitu Tumbuhan Membiak.

Soalan diajukan kepada murid secara rawak
1) Siapa pernah menanam pokok? atau pokok bunga?
2) Bagaimana kamu tanam? Menggunakan apa? Biji? Batang atau apa?

Kebanyakan murid dapat menjawab dengan baik dan memberikan respon yang amat baik. Secara rawak 15 orang murid daripada 34 orang pernah menanam pokok dengan berbagai jenis.

(link tambahan KEMANDIRIAN TUMBUHAN SAINS TAHUN 5)

Berikut, saya mahu kongsikan kepada semua mengenai Tumbuhan Membiak.

Lihat nota di bawah

Tumbuhan membiak kerana
Untuk memastikan kemandirian spesiesnya (untuk teruskan hidup dan tidak kehilangan spesiesnya/jenisnya)

Cara Tumbuhan membiak

Klik untuk baca lagi

Isnin, 2 April 2012

Minggu Bahasa 2012 Peringkat Sekolah Kebangsaan Paris 3

Pada hari ini bermula 2 hingga 5 April 2012, pihak sekolah telah memulakan program panitia untuk aktiviti akademik iaitu minggu bahasa. Antara panatia yang terlibat ialah, Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.




Untuk hari pertama pada hari ini (isnin) menyaksikan beberapa siri pertandingan dan aktiviti telah selamat dilaksanakan dengan kelolaan guru sendiri di luar bilik darjah.






Suasana sambutan untuk setiap pertandingan juga amat menggalakkan.

Semoga segala perancangan dan perlaksanaan sepanjang minggu bahasa ini selamat dilaksanakan dan diberkati Allah Taala untuk semua pihak samada guru, murid dan masyarakat amnya.

Sekian



Ahad, 1 April 2012

Bengkel Kepimpinan Kelab Pengguna Sekolah

KPS merupakan singkatan bagi Kelab Pengguna Sekolah.

Mula diwujudkan bermula 1992. Saya mendapat pendedahan bekenaan dengan kelab ini ketika menghadiri bengkel yang telah diadakan di Kompleks Sukan Tawau pada 31-Mac dan 1-April-2012 (sabtu dan ahad).

Berikut merupakan beberapa gambar yang boleh dikongsikan

Sesi bergambar di akhir sesi bengkel


Sesi Ceramah (1)


Bengkel ini tellah selamat di tangguhkan pada jam 12.00pm oleh wakil PPD Tawau.
Adalah diharap semua pelajar yang hadir dalam bengkel ini, dapat meningkatkan aktiviti dalam kelab.


Sedikit refleksi:

Mulanya, saya datang ke sini hanyat untuk menemani isteri selaku guru penasihat kepada Kelab Pengguna Sekolah beliau dengan kehadiran 2 orang murid (1 lelaki dan 1 perempuan).

Pada hari pertama, seronok juga melihat beberapa aktiviti yang disediakan. Dalam bengkel ini juga banyak memberikan saya pendedahan secara terus mengenai KEPENGGUNAAN dan juga mengorganisasikan sesuatu kelab dan juga aktiviti secara berkesan.

Alhamdulillah, segala keperluan dan bahan untuk KPS di sekolah telah diperolehi dari guru penasihat tahun sebelum ini dan dibawa juga ke dalam bengkel ini sebagai rujukan. Isteri saya juga sempat untuk bersiar-siar sekitar Tawau sekalipun sudah masuk kandungan bayi bulan ke-7.

Segalanya berjalan dengan baik. 

Syukur kehadrat Allah taala yang memberikan kekuatan kepada saya dan isteri untuk teruskan perjalanan pulang ke Lahad Datu pada tengah hari Ahad yang mana kami bertolak pada jam 2.00pm dan tiba di rumah jam 4.00 pm.

Pengalaman berada dalam bengkel ini, akan saya jadikan sandaran untuk lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum dalam apa jua kelab/persatuan yang diberikan. Perkara yang utama ialah lakukan sesuatu kerana Allah untuk mencari keredhaan Allah, seterusnya ialah segala aktiviti dan program lebih mengutamakan kepada murid dan memberi faedah/manfaat yang bagus kepada semua ahli kelab disamping dapat mengeratkan kerjasama dan keserasian antara guru dan murid. Lantaran itu, dengan aktiviti dalam kelab dapat mencegah murid daripada melakukan perkara tidak berfaedah dan dapat berkongsi ilmu kepada orang lain disamping menggunakan ilmu yang diterima sepanjang program/aktiviti untuk manfaat semua pihak.

InsyaALLAH. Semoga Allah memberkati usaha kita semua. Amin.




SEDIKIT PERKONGSIAN