Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Jumaat, 6 Julai 2012

Belajar komputer (ICT) dalam kelas Bahasa Inggeris

3-Julai-2012 (Selasa)

Penggunaan ICT dalam kelas telah lama diperkenalkan sejak zaman PPSMI dan pengenalan kepada Sekolah Bestari.

Dalam kesempatan yang sedikit ini, saya sempat menggunakan ICT dalam kelas ketika subjek bahasa inggeris. Aktiviti membaca teks dalam buku teks dimulakan terlebih dahulu dan sesi dialog menggunakan buku teks sebagai bahan rujukan. Seterusnya, murid menggariskan beberapa ayat mudah dan sederhana untuk difahami bagi menaip kembali di laptop.

Setelah sesi perbincangan teks dan ayat tersebut, berbantukan LCD projektor membantu saya untuk menunjukkan kepada murid bagaimana mahu membuka program dan juga menaip seterusnya mencetak menggunakan mesin pencetak (printer).

Alhamdulillah, sesi ini berjalan lancar dalam kumpulan.

Ini adalah kali kedua saya mengadakan kelas ICT subjek bahasa inggeris dalam kelas.











Penulisan ini, sekadar untuk refleksi kembali di masa akan datang akan PdP yang dilaksanakan agar lebih baik dan menjadi titik tolak untuk terus memajukan proses pendidikan. InsyaALLAH. Moga Allah Taala beri kefahaman kepada kita untuk terus menjadi lebih baik.

Esok lebih baik dari hari ini, hari ini lebih baik semalam. InsyaALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan