Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Jumaat, 6 Julai 2012

Pengukuhan konsep sains dalam kelas (pembelajaran koperatif)

Assalamualaikum.

2 minggu yang lepas saya telah beri edaran (LATIHAN) kepada semua murid tahun 6 Proaktif bagi tujuan aktiviti pengukuhan konsep sains. Soalan yang dibina berdasarkan kepada asas dalam peperiksaan sebenar tetapi di olah kepada bentuk yang mudah agar murid dapat menjawab dengan teknik yang cepat dan mudah faham.

Pada hari ini (Isnin) saya kembali dalam kelas tersebut, dan memulakan sesi bedah siasat. 
1) Kenal pasti murid yang lemah dan tegar (tidak boleh menjawab langsung).

2) Bahagikan murid kepada pecahan kumpulan (2 orang 1 kumpulan yang mana sebelum ini 4 orang satu kumpulan.

3) Soalan 1 dan 2 yang telah dijawab di semak kembali dan buat pembetulan (perbincangan) menggunakan powerpoint, yang mana sebilangan murid akan tampil kehadapan untuk mencari jawapan yang betul.

4) Guru memberi tips mudah dan ringkas dalam mencari maklumat penting
  • Gariskan maklumat penting
  • Kenal pasti 3 pemboleh ubah dalam soalan (pemboleh ubah dimanipulasikan PM, pemboleh ubah bergerak balas PB dan pemboleh ubah dimalarkan TETAP).
  • Kenal pasti pola corak perubahan (pola PM dan pola PB).



5) Guru menunjukkan beberapa siri teknik menjawab soalan sains upsr (bentuk jadual dan graf)
Setelah perbincangan di laksanakan. Murid diberi lembaran kerja untuk menjawab soalan no.3 dalam kumpulan yang telah bentuk. Hasilnya, terdapat beberapa peningkatan dalam kaedah penulisan jawapan murid.

6) Guru menayangkan soalan tersebut di pancarkan melalui LCD projektor dalam kelas. Beberapa murid di soal secara rawak (yang belum pernah kena soal dan juga yang lemah/tegar).

7) Seterusnya, beberapa orang murid akan tampil kehadapan bagi membantu untuk membantu dalam sesi perbincangan. Murid semak jawapan masing-masing dan mendapati beberapa tip yang berikan tidak ditulis dengan baik dalam kertas soalan. Murid dibantu oleh guru.


8) Untuk aktiviti pengukuhan, murid diminta untuk menjawab soalan no. 4 di helaian belakang (lembaran kerja).

Hasilnya, adalah lebih baik dari sebelum ini. Siri pada kali ini, hanya fokus kepada soalan berbentuk jadual dan graf.

Berdasarkan pengamatan saya, murid cenderung untuk terus menjawab soalan tanpa membaca maklumat yang diberikan dalam soalan. Maka, saya telah menggunakan teknik di atas, bagi membantu murid agar berhati-hati dalam menjawab soalan supaya menggariskan dan membulatkan maklumat penting dalam soalan.

Selain itu, penggunaan powerpoint dalam kelas ketika teknik menjawab soalan secara berkesan, banyak menjimatkan masa dan membantu murid untuk lebih cepat dan mudah faham.

Penggunaan warna dalam pembentangan powerpoint juga membantu murid dengan lebih mudah. Selain itu, murid diberikan peneguhan dalam kenal pasti pola corak perubahan untuk pemboleh ubah dimanipulasikan (PM) dan juga pemboleh ubah bergerak balas (PB).

RUMUSAN.

1. Guru harus sediakan ABM yang menarik minat murid dan mudah dilihat dan faham (ringkas).
2. Lembaran kerja yang diberikan harus mengikut aras kefahaman murid.
3. Teknik peneguhan dalam membuat setiap pembetulan untuk jawapan yang salah sangat dititikberatkan.
4. Murid diberi peluang untuk mencuba menjawab.
5. Murid juga dipaksa untuk menjawab dan diberi peluang untuk bertanya dalam sesi perbincangan.
6. Guru hendaklah banyak bergerak dalam kelas ketika sesi perbincangan mengikut kaedah zig-zag atau silang.
7. Hasil kerja murid hendaklah cepat disemak dan segera diserahkan kembali untuk membuat pembetulan dan dibincangkan agar murid tidak lupa soalan atau jemu menunggu.
8. Penggunaan warna yang menarik dalam ABM dapat membantu murid.

Banyak lagi perkara yang perlu diperhatikan dengan halus ketika pdp dilaksanakan. InsyaALLAH, rakaman video akan dibuat bagi kenal pasti kembali kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki.

Sumber konsep pembelajaran koperatif



Tiada ulasan:

Catat Ulasan