Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Jumaat, 27 Julai 2012

Fail PEKA Sains dan Lawatan ke SK Kota

PEKA sains merupakan salah satu Pentaksiran Bersaskan Sekolah (PBS) yang diperkenalkan oleh KPM kepada pihak sekolah. Pada tahun ini, saya memikul tanggung jawab sebagai Ketua Panitia sains merangkap Penyelaras Peka diperingkat sekolah. 
(Panduan Pengurusan Bilik Sains)

Memandangkan ini merupakan tugas dan pengalaman baru bagi saya sebagai penyelaras, maka banyak lompang  dan perkara yang perlu dipelajari dan diperbaiki. 

Alhamdulillah, pada 25-Julai-2012 (Rabu) saya telah bertemu dengan Puan Noraidah dari SK Kota Kinabatangan selaku Penyelaras PEKA Daerah Kinabatangan. Pertemuan ini, secara asasnya ingin menghantar laporan PEKA sekolah pada tahun ini (2012), dan dalam kesempatan ini saya gunakan untuk menimba ilmu dan pengalaman dari beliau.






Dengan izin Allah, kami sempat bertemu dalam tempoh lebih dari 1 jam (bermula 12.00pm hingga 1.35pm). Banyak bahan dan tatacara pengurusan PEKA yang ditunjukkan kepada saya. Malah, saya juga sempat beramah mesra bersama Ketua Panitia Sains sekolah beliau iaitu Puan D.K (nama ringkas yang popular).






Selain dari pengurusan PEKA, saya juga dibawa ke bilik sains yang telah diubahsuai dengan baik dan mendapat sentuhan kreatif dari Cikgu DK. Saya juga diterangkan mengenai pengurusan panitia sains dan peralatan serta contoh evidens (PEKA) murid yang telah dijadikan sebagai pameran.

Beberapa perkara yang dapat saya simpulkan dalam pertemuan ini ialah
  1. Pengurusan PEKA bermula dengan Jawatankuasa PBS diperingkat sekolah.
  2. Fail yang perlu disediakan ialah Pengurusan PEKA, Penskoran Murid dan Evidens Murid.
  3. Pelaporan PEKA dihantar mengikut masa yang telah dirancangkan.
  4. Perlaksanaan PEKA sekurang-kurangnya 2 kali setahun (1 kali 1 semester)

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Syukur juga kerana tuan Guru Besar membenarkan saya untuk keluar awal dari sekolah untuk urusan ini (menghantar laporan dan mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan PEKA sains).

Sekembali saya dari SK Kota, saya adakan perbincangan ringkas bersama guru besar. Antara isu yang saya kemukakan ialah
  • Pengurusan fail PEKA
  • Jawatankuasa Jaminan Kualiti Sekolah
  • Pengurusan PBS
  • Fail, dokumen dan evidens murid
InsyaALLAH, dalam minggu hadapan akan diadakan 1 mesyuarat panitia sains untuk mengembangkan perkara ini dan adakan sedikit perbincangan mengenai PEKA secara khasnya dan pengurusan panitia secara umumnya adalah seperti berikut
  • Pengurusan panitia (penyediaan fail dan dokumen yang diperlukan mengukut format pengurusan panitia yang diberikan dari PPD Kinabatangan bermula Januari 2012).
  • Pencapaian sains sekolah
  • Pelaporan aktiviti dan program sains 2012
  • Pengurusan PEKA (mengikut contoh dari pengurusan dari SK Kota Kinabatangan)
  • Kajian tindakan (sains)
  • Pengurusan inventori sains
Alhamdulillah...segalanya dipermudahkan.


Dikemaskini kembali pada 9-Ogos-2012 (1046pm)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan