Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Sabtu, 28 Julai 2012

Sifat bahan konduktor dan penebat (aktiviti bersama murid tahun 4)

Teknik pnp KONSTRUKTIVISME DAN KOPERATIF digabungjalinkan

Pnp pada Jumaat (30 minit)

Gambar aktiviti

1) Ujikaji antara logam (besi) dan plastik, untuk kenal pasti konduktor haba dan penebat haba yang baik.

2) Ujikaji tentang sifat bahan yang menyerap air (menggunakan tisu dan juga kertas dari kotak tisu).

Antara proses pnp yang telah dilaksanakan ialah seperti berikut :

  • Berikan contoh objek/benda yang menjadi konduktor haba yang baik dan penebat haba yang baik.
  • Murid menjawab secara lisan iaitu logam merupakan konduktor haba yang baik contoh sudu besi (seperti yang telah dirancangkan murid dikehendaki membawa sudu besi dan sudu plastik).
  • Setelah saya memasukkan air (panas) kedalam cawan murid, murid dikehendaki tunggu dalam 2 minit. Kemudian murid diminta untuk memegang sudu besi dan plastik untuk kenal pasti yang mana satu berasa panas? Pembelajaran teknik konstruktivisme dan koperatif digabungkan.
  • Seterusnya, murid diajukan soalan. Berikan contoh objek/benda yang menyerap air?
  • Murid menjawab kertas. Saya menulis jawapan mereka di papan putih. Kemudian, saya minta murid jalankan ujikaji kedua.
  • Murid diberikan tisu dan kertas dari kotak tisu.
  • Murid dapat kenal pasti dengan baik bahawa tisu dan kotak tisu dapat menyerap air. Murid juga menerangkan bahawa tisu dapat menyerap air dengan lebih baik daripada kertas kotak tisu. 




Kumpulan Joshua. 
"Tidak rasa panas pun sudu besi ni. Cikgu letak air yang suam" Itulah luahan dari kanak-kanak kecil ini.



Baru nak ambil tisu yang sudah tenggalam dalam cawan.

Saya pasti tisu ini memang menyerap air. Itulah kata-kata dari Sharikbal.

Kegembiraan dari wajah jelas kelihatan. 



Penulisan ini hanyalah sekadar perkongsian bersama.

Ada beberapa kelemahan yang perlu saya perbaiki
  1. Peralatan perlu disediakan dengan rapi dan terancang.
  2. Menggunakan bahan (air) yang baik dalam laksanakan ujikaji supaya lebih berkesan.
  3. Sediakan lembaran sebelum ujikaji dilaksanakan agar murid dapat menulis catatan dengan mudah dan cepat.
  4. Latihan ringkas perlu diberikan untuk proses penilaian.
  5. Penilaian secara lisan tidak menunjukkan kefahaman murid secara keseluruhan di dalam kelas.
InsyaALLAH...sesuatu perlu dilakukan....

Terima kasih kepada semua murid di kelas 4 Proaktif 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan