Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Rabu, 18 Julai 2012

Perkongsian Sains dalam teknik menjawab soalan upsr 2012

Alhamdulillah, pada 17-Julai-2012 Selasa, satu program yang dirancang telah dapat dilaksanakan dengan izin Allah Taala. Syukur atas nikmat masa dan ruang serta suasana yang baik di hari semalam. Tiada hujan dan tiada juga terlalu panas.






Para penceramah yang dijemput hadir mengikut sesi masa yang telah dirancangkan. Awal pagi semalam, saya menuju ke SK Paris 1 untuk menjemput Cikgu Norsiah (penceramah subjek sains). Saya tiba awal sebelum sesi persekolah SK Paris bermula. Saya melihat-lihat persekitaran sekolah sehingga ke ke kabin sekolah yang baru digunakan mulai Januari 2012.

Kedatangan saya agak menjangkalkan bagi guru-guru sekolah tersebut yang tidak mengenali saya. Setelah beberapa ketika, cikgu Norsiah bersiap untuk turun dari rumahnya (rumah guru dalam kawasan sekolah). Dengan berbaju warna gelap (hitam) dan mempunyai manik-manik yang berkilau, beliau dengan tenang berjalan menuju ke arah saya dan kami bersama-sama menuju ke kereta yang diletakkan di luar sekolah (kena berjalan kaki juga sebab jambatan sekolah seolah-olah hampir roboh dan saya takut ambil risiko).

Pendek kan cerita....

Sampai sekolah, beliau berjumpa dengan guru besar dahulu sebelum menikmati minum pagi yang disediakan. Setelah itu, sesi permulaan bagi program teknik menjawab soalan upsr 2012 telah bermula tepat jam 7.50pagi seperti yang dirancangkan bertempat di Bilik Pemulihan (perancangan dilakukan sepenuhnya oleh Cikgu Flora dan dibantu oleh beberapa rakan guru yang lain).







Program telah dipengerusikan oleh cikgu Maznie (menggantikan cikgu Asran yang pergi ke 1M1S di Ranau-Kundasang bersama cikgu Emran GPK-HEM). Adalah diharap majlis ini diberkati dengan bacaan doa oleh Ustaz Zulkifli. Setelah itu, Guru Besar telah menyampaikan ucap tamanya dengan unsur nasihat dan syabas kerana laksanakan program ini dan sedikit kata-kata perangsang kepada murid-murid untuk lebih berusaha. Terima kasih kepada cikgu Zainudin (GPK-Kurikulum) atas meraikan program ini.

Sesi sains....

Cikgu Norsiah memberi beberapa intro tentang dirinya....
  • Guru sains dari SK Paris 1 Kinabatangan
  • Mengajar sudah 12 tahun
  • Merupakan Ketua Penitia Sains
  • Berasal dari Sandakan Sabah.




Setelah itu, beliau memulakan sesi ceramahnya dengan kata-kata perangsang kepada murid atas tujuan hadir ke sekolah. Tahniah kepada murid yang berjaya menjawab dengan baik. Untuk sesi sains, saya mengikuti dari awal hingga akhir. Ini adalah kerana, banyak perkara yang perlu saya pelajari bagi menampung kekurang ilmu dan pengalaman yang ada (baru nak masuk 3 tahun mengajar sains). Selain itu, cara penyampaian dan kaedah yang digunakan oleh cikgu Norsiah banyak membantu saya dalam membaiki mutu penyampaian dan kaedah dalam PdP. InsyaALLAH, beberapa perkara yang saya perhatikan ialah
  • Intro/ mukaddimah yang berkesan sebagai perangsang positif
  • Menggunakan bahasa mudah
  • Mengulang 2 hingga 3 kali bagi satu-satu perkara dengan jelas untuk membawa makna bahawa perkara tersebut adalah penting.
  • Tidak mengabaikan murid dan sentiasa memberi ruang dan peluang kepada murid untuk bertanya dan mencuba samada pertama kali dan berkali-kali.
  • Memaniskan muka dengan memberi senyuman kepada murid mengikut masa dan keadaan.
  • Bertindak tegas sekiranya terdapat murid yang bermain.
  • Penggunaan powerpoint yang mantap dan mempunyai resos pendidikan secukupnya dalam menampung keperluan pengisian PdP.
Alhamdulillah, setelah selesah berceramah beliau memberi ruang untuk kemukakan soalan di kalangan murid-murid. Terdapat beberapa orang murid yang bertanya dan antara soalan yang dikemukakan yang masih saya ingat ialah
  1. Bagaimana hendak menjawab soalan sebab iaitu inferens?
  2. Apa itu parameter?
  3. Bagaimana hendak membuat pemerhatian dalam soalan?






Sebenarnya, murid telah diberikan pendedahan dan contoh atas setiap soalan yang diajukan di atas. Namun, syukur rasanya kerana murid tersebut ingin mengetahui dengan lebih mendalam. Ini menunjukkan, penghayatan dan tumpuan sepenuhnya diberikan dalam sesi ceramah menimbulkan rasa ingin tahu lebih mendalam di kalangan murid. Syabas!

Sedikit sedutan dari ceramah beliau.

Kemudian, saya bersama cikgu norsiah menikmati hidangan ringan yang disediakan di pejabat (mee goreng hitam bersama telur mata sapi yang dikenali juga sebagai telur mata kerbau dan air teh).

Lebih kurang jam 10.30pagi, saya menghantar beliau (cikgu norsiah) ke SK Paris.

Kami berbincang dan berkongsi tentang fail pengurusan PEKA. Berikut merupakan rumusan dari hasil perbincangan bersama cikgu norsiah
  • Fail Pengurusan PEKA hendaklah di kemaskini dari masa ke semasa
  • Wujudkan Fail Penskoran Murid mengikut kelas supaya mudah untuk disemak.
  • Wujudkan Fail Evidens (bukti) hasil kerja murid untuk disemak yang disimpan dalam Fail.
  • Mesyuarat panatia memainkan peranan penting dalam perlaksanaan PEKA.
  • Semua dokumen dan fail disimpan ditempat yang selamat dan mudah untuk di akses.
  • Murid tahun 3 boleh terus tulis jawapan di ruang yang disediakan tetapi untuk murid tahap 2 (tahun 4,5,6) mesti menulis sendiri laporan PEKA sebagai bukti (evidens) yang hendak disimpan dalam rekod.
  • Setiap fail dan rekod hendaklah disimpan bermula murid tahun 3 dan seterusnya tahun 6. Apabila murid hendak berpindah sekolah, fail tersebut akan dibawa bersama.
  • Sekurang-kurangnya laksanakan PEKA 2 kali setahun dan sebaik-baiknya 4 kali setahun.
Alhamdulillah. Terima kasih juga kepada cikgu norsiah kerana sudi melapangkan masa untuk sesi ceramah dan juga untuk berkongsi pengalaman kepada saya dalam pengurusan panatia dan PEKA. InsyaALLAH, saya akan cuba belajar dan laksanakan dengan lebih baik.




Beberapa fail peka yang boleh dikongsikan bersama












 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan