Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Rabu, 18 Julai 2012

Taklimat Penyediaan Format Anggaran Belanja Mengurus (PERJAWATAN) Tahun 2013

Jumaat lepas (13-Julai-2012) saya bersama tuan Guru Besar Encik Norazam bin Ahmad menghadiri taklimat ABM yang di adakan di PPD Kinabatangan. Sebahagian besar yang haadir ialah semua guru besar/pengetua, GPK Pentadbiran dan semua guru-guru data sekolah. 


Guru data terlibat secara tidak langsung kerana membantu GPK1 dan GB dalam penyediaan data dan maklumat yang diperlukan selain daripada membantu untuk mengemaskini maklumat dalam talian (online). Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.


Pihak PPD Kinabatangan yang beri taklimat ialah Encik Anuar. Dalam taklimat yang ringkas lagi padat, menyatakan kesungguhan untuk mengemaskini maklumat ABM ini adalah penting untuk KPM dan kerajaan dalam mengurus duit (kewangan) negara bagi masa akan datang. Sesi latihan turut diberikan secara tidak langsung membuka mata bagi semua yang hadir.

Orang baru seperti saya yang masih tidak faham apakah itu ABM??? Kini, sudah mula mengerti serba sedikit. Malah tuan guru besar dan GPK1 banyak membantu saya dalam menerokai sistem e-operasi secara bersama. Banyak perkara  baru yang telah dipelajari hari ini.

Selain itu, pihak PPD juga menyatakan bahawa pengemaskinian e-pangkat juga penting. Malah setiap sekolah dikehendaki untuk melantik kakitangan/pegawai di sekolah untuk kemaskini e-pangkat.

Saya selaku guru data maklumat (GDM) bersama juruteknik komputer iaitu encik Rasyid telah diamanahkan oleh tuan guru besar untuk kemaskini maklumat dalam e-pangkat. Atas kepercayaan ini, satu tindakan proaktif telah diambil, iaitu
  1. Surat dikeluarkan untuk guru/ktbm menyemak kembali data dalam lampiran (emis) bagi tujuan kemaskinian e-pangkat.
  2. Taklimat e-pangkat dilaksanakan untuk guru/ktbm bagi tindakan Pendaftaran dan semakan.
  3. Setiap data akan disemak setelah e-pangkat dikemaskini.

Tugas sebagai guru data maklumat bagi tahun ini lebih mencabar dari tahun sebelum ini (2011). Semoga Allah taala memberi kekuatan dan semangat dalam meneruskan tugasan dan amanah yang diberikan. InsyaALLAH. Kepada semua guru yang terlibat dalam sebarang sistem yang dilaksanakan, yakinlah bantuan Allah akan memudahkan semua urusan. Setiap masalah yang berlaku datang dari Allah, dan Allah jualah yang menyelesaikan. Usaha tangga kejayaan, Doa senjata orang beriman. InsyaALLAH.








Jadikan tugasan sebagai ibadat. InsyaALLAH.


(Taklimat ini telah selesai pada jam 11.00pagi Jumaat, saya terus menuju ke Paris 3 untuk solat Jumaat di sana)

Manual PK1 Pemutihan Sistem Eoperasi

Manual Pengguna Eoperasi- Modul Pk1

Dikemaskini kembali pada 27 Oktober 2012 (Sabtu) 1.40 pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan