Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Selasa, 27 Oktober 2009

Cinta dan Air Mata


Gembira+Penat= 1Pasukan 1Perjuangan 1Matlamat

Pengakap Hebat

Jam menunjukkan 12.30tengahari, kakiku yang lemah membawa diriku ke kolej kediaman yang terletak kurang dari 10kilometer dari pejabat HEP. Termenung seketika kerana tiada kalibat pelajar sekitar asrama kerana fikiranku melayang-layang ingin mencari jawapan; Di manakah dapat kutemui sehelai blazer yang dpat kugunakan pada esok hari untuk temuduga SPP?

Kumenghampiri sehelai daun pintu yang terbuka kecil dan memberi salam serta perkenalkan diri selaku Mohd Mustakim dari KPLI dan ingin minta bantuan dari adikku yang tersayang. Alhamdulillah, permintaanku didengari oleh Allah taala dan dengan mudahnya pelajar terbabit yang bernama Nik menghulurkan sehelai blazer kepunyaannya sendiri. Sungguh tidak terduga perkara ini terjadi tetapi inilah kenyataan kerana dalam kesempitan hidupku sebegini tidak mampu untuk membeli sehelai blazer sekalipun sudah bertahun berkerja sebelum ini. Kuucapkan syukur dan terima kasih kepada Nik kerana sudi meminjamkan blazer kepadaku.

Kuteruskan langkah ke surau setelah bunyi azan berkumandang di udara dengan bunyi yang agak keras menunjukkan bahawa betapa pentingnya solat terhadap umat Islam. Kumenemui rakanku Fadzli yang sudah lama berada di surau dan menyapaku dengan selamba; Kata nak tidur kat surau. Kemana kau tadi? “Aku pergi mencari blazer untuk hari esok kan ada temuduga.” Jawabku kepada rakanku yang sentiasa mengambil berat atas tindak tanduk sahabat-sahabatnya terutama rakan sekelas.

Selesai sudah bersolat secara berjemaah, ketenangan dan kelapangan jiwa mulai terasa diikuti dengan hati yang penuh riang atas kerana segala keperluan untuk pergi temuduga esok semakin lengkap terancang. Jam kini menunjukkan 2.00tengahari dan kakiku laju melangkah ke motorsikal Honda wave 125R berwarna merah untuk pergi ke tapak aktiviti unit beruniform kokurikulum.

Kelihatan di sana ramai pelajar yang berkumpul dan bercerita akan jenis dan resipi yang hendak dipersembahkan kepada pihak pengadil. Dengan tidak semena-mena rakanku mempelawa diriku untuk turut serta kerana kekurangan ahli dalam kumpulan mereka. Dengan hati yang terbuka dan rela aku menerima untuk turut serta dalam aktiviti yang akan berlangsung kurang dari 10minit lagi sekalipun hanya memakai pakaian lengkap kemeja yang bukan beruniform.

Alhamdulillah kedatanganku disambut baik oleh rakan-rakan kumpulan yang lain dan kerjasama yang padu dalam menghasilkan resipi masakan berkumpulan mendatang hasil yang lumayan. “Telur tu kau salut pakai tanah liat mus, nanti baru letak kat api.” Kata salfarina selaku Mak Masakan dalam kumpulan aku yang dibantu oleh beberapa orang lelaki. Itulah satu-satunya pengalaman baru yang aku timba secara hands-on yang mana sebelum ini hanya kunikmati melalui rakaman video aktiviti luar dari kawan-kawan aku yang rajin pergi berkhemah.

Selesai sudah memasak semua lauk pauk dan nasi yang berada dalam tabung buluh, akhirnya semuanya terhidang dengan sempurna dengan komen yang membina dari panel pengadil mengatakan bahawa masakan kumpulan kami ada rasa yang enak dan boleh dimakan begitu sahaja. Seronok dan gembira rasanya. Itulah pengalaman yang tidak dapat aku lupakan sekalipun bersifat hanya sehari namun memberi kesan yang mendalam.

Kesimpulan; Aktiviti kokurikulum banyak mendatang kesan yang mendalam kepada murid di sekolah dan juga guru. Murid dapat mempelajari kaedah dan cara serta gaya hidup yang tidak dapat dipelajari dalam bilik darjah. Justeru itu, murid diwajibkan menjalankan aktiviti kokurikulum selaras dengan kehendak FPK yang menginginkan modal insan yang berilmu, berkemahiran dan mempunyai sahsiah yang tinggi dengan nilai moral yang baik. Kemahiran yang diperolehi dalam aktiviti unit beruniform dapat mendisiplinkan murid dalam mematuhi peraturan, taat setia kepada ketua, setia kawan dan saling bekerjasama dalam menuju 1matlamat secara 1pasukan tanpa mengira kaum dan agama. Dalam pada itu dapat mendidik murid untuk lebih berdikari dengan penuh keyakinan terhadap dirinya sendiri dalam menempuh arus cabaran globalisasi putaran hidup yang kian mencabar dari segi mental, fizikal dan rohani. Semoga bakal guru dapat membawa hasrat murni KPM dan mendidik anak bangsa kita menjadi generasi dan pelapis Negara yang membawa perubahan ke arah progresif, kreatif, dan berakhlak di masa hadapan dalam memacu Negara Malaysia tercinta.

Sekian.

HARI YANG HEBAT

Itulah tajuk yang paling sesuai untuk saya katakan berdasarkan kepada beberapa kriteria yang akan saya ceritakan.

Permulaan saya datang awal ke institut ternyata tidak sia-sia sekalipun ramai antara rakan-rakan yang tidak hadir atas sebab persediaan untuk menghadapi temuduga SPP. Perhimpunan berjalan seperti biasa tetapi pada minggu ini merupakan minggu kokurikulum peringkat IPGM K.P.Teknik dan pelbagai aktiviti telah dirancangkan oleh pihak KoKo yang diterajui kemas oleh En.Ghazali Ismail selaku ketua jabatan yang berwibawa.

Rata-rata semua yang hadir berpakaian uniform kemas dengan unit masing-masing. Saya terlupa bahawa pada minggu ini merupakan minggu kokurikulum.
Habis sudah perhimpunan kelas SAINS bersama pensyarah tersayang.

Dalam kelas sains kali ini kami didedahkan akan konsep-konsep ringkas PNP dalam sains serta teori-teori yang perlu diketahui sebagai salah satu cara untuk mengimbas kembali setelah ditinggalkan seberapa lama pada semester lepas. Alhamdulillah teori Piaget dan Ausubel masih lagi tidak lupa dari ingatan saya. Konsep kognitif dan konstruktivis amat penting dalam PNP sains. Selain itu dlam penyediaan RPH, guru sains harus menggunakan konsep 5E sebagai panduan dalam mencapai objektif dan matlamat pengajaran.


5E;
-Engage
-Explore
-Explain
-Elaborate
-Evaluate


Teaching skills @ RPH
1-Set induction
2-Explaining skills
3-Discussion of experimental results
4-Questioning techniques
5-Stimulus variation
6-Reinforcing
7-Use of resources
8-Closure


Strategi Pembelajaran yang perlu diketahui ialah;
Deduktif, Induktif, 5E, Konstruktivis, Koperatif, Kolaborasi, Direktif, Pemerhatian, Mediatif, Generatif, Konteks luar bilik darjah, Metakognitif.


Saya mendapati bahawa konsep dan strategi pembelajaran dalam sains jauh lebih mendalam dan bukan hanya semata-mata membabitkan teori-teori lazim seperti Behaviorisme, Bandura, Humanisme, Konstruktivisme, dan Kognitif. Seterusnya lebih diperincikan agar guru sains dapat membawa konsep dan objektif dalam PNP tercapai dengan berjaya dan berkesan. Semoga berjaya.

PERJUANGAN PENDIDIKAN


Jauh berjalan luas pengalaman

Persediaan untuk menghadapi temuduga SPP telah dilaksanakan seawal bulan oktober yang lalu. Hasil ziarah di rumah Wak Lan iaitu orang lama yang menetap di Johor Bahru banyak memberi pengetahuan dan pengalaman yang berguna. Wak Lan menerangkan secara terperinci akan sejarah dan pembangunan pendidikan di tempatnya.

Perjuangan orang lama dahulu tidak dinafikan dalam menuntut sebuah pusat pendidikan yang sempurna bagi anak watan. Kumpulan ini(geng WakLan) telah pergi ke bahagian pendidikan di Kuala Lumpur(sekitar tahun 70) untuk mendapatkan sebuah bangunan bagi mendirikan sekolah.

Alhamdulillah, pejuangan yang diusahakan tidak sia-sia kerana pihak kerajaan sudi menyerahkan sebuah bangunan lama di tempatnya untuk dijadikan sekolah. Hasilnya ramai anak watan telah mula bersekolah di sebuah bangunan yang diperelokkan keadaannya oleh masyarakat setempat dengan hasil titik peluh sendiri demi melihat anak-anak dan generasi seterusnya mendapat pendidikan yang sempurna. Seterusnya kerajaan telah memperuntukkan membina sekolah khas untuk sekolah rendah kebangsaan bagi menaikkan lagi mutu pendidikan di kawasan terbabit dan projek ini berjalan sekitar tahun 1980, manakala bangunan lama dijadikan sebagai sebuah sekolah jenis kebangsaan tamil.

Masa cepat berlalu, kini sekolah tersebut sedang rancak dalam pembinaan bangunan yang baru bagi menampung keperluan murid yang semakin berkembang. Justeru itu, keselesaan dan kemudahan sekolah semakin maju dari segi pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran dan juga teknologi maklumat dan komunikasi.

Kesimpulannya, tanpa adanya perjuangan kumpulan@individu yang menuntut hak pendidikan kepada masyarakat menjadi contoh dan bukti bahawa sejarah pendidikan tidak harus dilupakan. Ingatlah akan kita bahawa Laporan Razak ada menyebut bahawa 1kurikulum 1bahasa yang digunakan dapat membawa kepada perpaduan antara kaum di Malaysia khususnya.

Pertemuan dengan WakLan merupakan corak pembelajaran yang berlaku secara tidak langsung dalam mendapatkan pengetahuan lebih mendalam situasi yang dialaminya pada waktu dahulu. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar pada 25/10/2009(Ahad).

Sekian.

AIR TERJUN KOTA TINGGI



Air terjun Kota Tinggi merupakan destinasi istirehat bagi para pengunjung sekitar Johor dan juga Singapura. Maka tidak hairanlah bayaran yang dikenakan agak mahal iaitu RM10 bagi dewasa dan jika kita mempunyai MyKad, hanya perlu membayar RM7.00 sahaja.

Pengalaman saya bersama isteri pergi ke sana buat pertama kalinya (kereta Myvi Elly), amat menggembirakan sekadar untuk mengisi masa lapang bersama menikmati keindahan alam flora sekitar air terjun yang terpesona dan jernih airnya sedap mata memandang umpama kilauan baiduri salju di puncak gunung. Airnya yang jernih dan bunyi air berkocak-kocak menambahkan lagi keriangan dalam hati memerhati alam buana yang tidak puas menjadi tatapan.

Saya menaiki puncak tangga sekitar 15meter ke atasnya dan agak memenatkan kerana saya juga sudah tidak lama bersenam. Itulah kelemahan saya yang tidak banyak bersenam mengadakan aktiviti riadah untuk kekal hidup secara sihat dan produktif.
Beberapa keeping gambar sempat saya ambil ketika berada di sana yang merupakan titik permulaan kehidupan baru untuk lebih menyintai alam sekitar dan menghargai masa yang ada bersama insan tersayang. Adalah amat penting untuk kita membahagikan masa seadanya dalam gembira, ketawa, serius dan ketawa menjadi intipati kehidupan sebagai seorang insan yang tidak pernah cukup untuk nikmati hidup yang hanya sementara.

Kesimpulannya saya menyarankan kepada kita semua agar menghargai alam sekitar dan menjaganya demi kepentingan bersama di samping memanfaatkan masa yang ada untuk beristirehat secukupnya mengikut kaedah yang positif demi mencapai tahap keprofesionalisme hidup sebagai modal insan minda kelas pertama.

Sekian.

GambarLain


*Fakta

Bandar Kota Tinggi pada dirinya tidak begitu menarik, tetapi air terjun yang terletak di Lombong, 15 kilometer di barat laut bandar ini, merupakan destinasi pelancongan yang amat popular. Setinggi 36 meter, air terjun ini terletak di kaki Gunung Muntahak yang mempunyai ketinggian 634 meter. Air sungai yang dingin mengalir melintasi beberapa kolam yang cetek dan yang ideal untuk berenang. Keindahan semulajadi di beberapa bahagian tempat ini telah dirosakkan oleh pembangunan tempat peranginan dengan seni taman buatan.
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kota_Tinggi

Jumaat, 23 Oktober 2009

Tip ilmu pendidikan




Ilmu Pendidikan

---Hari ini (khamis) saya dan Norazlina membentangkan tajuk Kemahiran Belajar manakala Tengku Zaimilah dan Azmir tajuk Kemahiran Kolaborasi.
---Kemahiran belajar amat penting bagi setiap guru untuk menjadi lebih baik dan maju.
---Kemahiran belajar berlakunya proses—Terima mklumat--->Proses maklumat--->Mengatur maklumat ---> Amalan/kelakuan/praktik ---> Menyimpan maklumat
---Penyimpanan maklumat dan berlaku perubahan dalam diri individu itu dikira sebagai sudah berlakunya proses pembelajaran.
---Buktinya lakukan penilaian dengan faktor berikut (ilmu, kemahiran, sikap).

Kemahiran Kolaborasi
---Tengku Zaimilah menerangkan definisi bahawa sikap bekerjasama, bantu, tolong dalam pelbagai cara.
---Azmir menjelaskan bahawa ciri-cirinya ialah Kolaborasi, kooperatif dan kesejawatanan
---Kolaborasi lebih kepada kelompok yang besar umpamanya--->peringkat sekolah; Kooperatif---> peringkat/kelompok kecil umpamanya dalam Subjek Panitia itu sendiri. (secara amnya).
---Cara-cara kolaborasi
1)Pengajaran berpasukan
2)Penyelidikan tindakan
3)Projek
4)Perancangan pengajaran

Pada hari (Jumaat 23/10/2009)
---Pensyarah menjelaskan bahawa peningkatan profesionalisme amat penting bagi setiap guru.
---Kerana; Guru adalah Agen Perubahan
Ini adalah penting untuk menyokong dan membantu kerajaan dalam melaksanakan program yang telah dirancangkan dan memenuhi aspirasi Negara dalam bidang pendidikan yang sentiasa berubah-ubah. Maka dikenali bahawa Pendidikan adalah bersifat dinamik. Maka guru harus bersefat dinamik dan pro-aktif
---Berikut guru perlu
1)Lebih profesionalisme; supaya boleh reformasikan dirinya, usahanya dan ilmunya
2)Menjadi penyampai Maklumat
3)Melakukan pelbagai strategi PNP; konsep baru, teknologi, maju dan kehadapan
4)Aktif ----- dalam bilik darjah dan di luar sekolah dengan pelbagai penglibatan yang dapat menaikkan lagi ilmu pengetahuan seiring dengan keprofesionalisme keguruannya itu.
5)Berkongsi idea---bersama rakan sejawat samada dalam formal atau tidak ketika berada di sekolah. Dengan melakukan aktiviti seminar atau latihan dalam sekolah.

Seterusnya; perbincangan tip-tip hendak menjawab soalan peperiksaan akhir bagi subjek ilmu pendidikan. Lebih khusus untuk menjawab soalan kertas 2

---soalan 1 (a)Bimbingan/ Motivasi, (b)Pengajaran&Pembelajaran (peranan guru)

---soalan 2 (a)Teori-teori pembelajaran (Behaviorisme, humanisme, konstruktivisme, Kognitif) ---dari segi konsep@prinsip, aplikasi dan kesan. (b)Strategi-strategi guru (pemusatan guru, murid, bahan dan tugasan)

---soalan 3 (statistik; kaedah-kaedah pencarian nilai min, median, mod, sisihn piawai, ogif, kekerapan himpunan, interprestasi), (b)Aktiviti pengayaan/pengukuhan----khusus untuk murid yang sudah mahir/pandai/boleh tetapi guru hendak beri lebih mahir murid tersebut dengan aktiviti-aktiviti pengayaan seperti;
-latihan dalam kelas
-pembentangan kumpulan
-kuiz dalam kelas dengan kaedah yang terkawal
-Melayari internet dalam mencari maklumat yang berkaitan dan buat pembentangan
-Penyediaan folio dengan berikan tempoh untuk menyiapkan.
-Adakan lawatan dengan mencari maklumat dan lihat secara situasi sebenar
-Lakukan eksperimen/aktivitiyan dpat djalankan di rumah sebagai mengaplikasikan kaedah yang dipelajari sebagai aktiviti pengayaan yang menjadikan murid itu seronok dan ‘explore’ sendiri.

---soalan 4; FPK, KBSR, KBSM :Ciri-ciri, kepentingan, impak/kesan, kesimpulan
---soalan 5; Tanggungjawab guru & Profesionalisme keguruan

Semoga kita semua berjaya dengan cemerlang dan dapat jawab soalan dengan baik dan bahagia dari rohaninya. Amin. Insya-Allah.

Turut dimuatkan disini ialah kata-kata dari MENTOR-ku selaku Mak kepada pelajar kelas Sains-3 (Wajib dengar)

Sekian.


Mentor-ku (wajib dengar)

Sains - Jangan Main Api



Pada hari khamis bersamaan dengan 22 Oktober 2009, buat pertama kalinya dalam hidup saya menggunakan alat pemadam api gara-gara kelas SAINS. Ceritanya bermula pada awal pagi itu tepat jam 8.10 kelas sains dalam makmal fizik telah mula seperti biasa. Pada awalnya hendak dibuat di makmal biologi tetapi ada kelas lain.

SAINS

“OK! Hari ini kita akan tengok alat pemadam api.” Dr. Norizan berkata kepada kami sambil tunjukkan beberapa jenis alat pemadam api.

---Sebelum masuk kelas, saya pergi ke kantin atas urusan tertentu, dan dapati ada kebakaran daun-daun kering di luar makmal. Saya curiga dan terfikir-fikir kenapa ini boleh berlaku. Rupa-rupanya…

“Semua orang boleh keluar sekarang dan kita hendak belajar bagaimana hendak menggunakan alat pemadam api dengan betul.” kata Dr.Norizan.

---semua pelajar sains 3 keluar dan bawa 1jenis alat pemadam api

-pelajar diberi peluang untuk menggunakan alat pemadam api

-pelajar cuba padamkan api mengikut pengetahuan masing-masing (saya menghidupkan api menggunakan pemetik api yang saya bawa atas tujuan untuk pembelajaran.)

-“Cuba lihat ke arah mana asap atau api itu bergerak?”tanya Dr.Norizan kepada pelajar.

-Asap/api bergerak mengikut pergerakan angin; maka untuk padamkannya kita perlu ikut lawan arah angin dan menghalakan muncung alat pemadam api tepat kea rah api dengan kaedah ke BAWAH sedikit.

-saya gunakan peluang ini untuk mencuba BAKAT yang terpendam menggunakan alat pemadam api dan hasilnya berjaya walaupun api tersebut sedianya telah padam tetapi saya berjaya juga mengangkat tong dan menekan alat pemadam api hingga mengeluarkan serbuknya yang keputihan itu.

-“Siapa lagi nak cuba? Aku nak ambil gambar dan video ni.” Kata saya kepada kawan-kawan kelas.

---Masuk sahaja dalam makmal kembali setelah sesi hands-on berjaya. Dr.Norizan kulihat suka menggunakan teknik explorer dan hands-on kepada kami sekelas berbanding tunjuk dan cakap. Teknik penyoalan juga ditujukan kepada kelas supaya kami pro-aktif dan berfikir. Saya amat suka dengan kelasnya tetapi masih terkial-kial hendak praktikkan semasa dlam praktikum dahulu.

---Saya belajar tentang pengurusan makmal dan bilik darjah.

---Setiap sekolah mesti ada pelan kebakaran mengikut pergerakan bermula dari dalam bilik darjah/makmal luar dari bilik darjah/makmal--->pergerakan di bangunan sekolah seterusnya ke tempat yang selamat untuk berkumpul.

-“The power is in your hand!” kata Ifwat dalam kelas. Memang betul sebagai cikgu, kita memang ada kuasa. Kuasa magik pun ada Cuma kita kena tahu bagaimana hendak menggunakannya.

---Maksud yang cuba disampaikan disini ialah; Dr.Norizan mengingatkan bahawa selaku guru---harus ada banyak kemahiran dan ilmu supaya guru tersebut sentiasa bersedia dalam hadapi pelbagai situasi. Contohnya;

(kemahiran menukang kayu, penukang air dan elektrik) sekurang-kurangnya ada kemahiran asas dan bleh didapati dikursus-kursus luar----dapat juga tingkatkan keprofesionalisme sebagai seorang guru yang mahir dalam pelbagai bidang tidak semata-mata SAINS sahaja!

---Pensyarah terus menunjukkan penggunaan Smarttech dan teknologi terkini dalam dunia pendidikan, Contoh pengajaran yang diambil sewaktu kat UM akan penggunaan smarttech(satu aplikasi pendidikan) dalam kelas.

---Amat menarik sekali dan sudah tentunya guru harus pakar dan mahir menggunakan komputer dan teknologi untuk memantapkan kaedah PNP yang berjaya menarik minat dan merangsang murid untuk terus belajar.

---Selesai sudah smarttech, masuk pula sesi perbincangan untuk menghadapi peperiksaan akhir bagi kertas subjek sains. Yang penting kena tahu konsep-konsep dan teori-teori yang pernah dipelajari.

---Sebelum habis kelas, Dr.Norizan berkongsi cerita pengalaman beliau semasa berada di Ranau----Keadaan sekolah dan situasi sebenar sekolah di luar Bandar.

---Perkongsian akan pengalaman beliau lalui sebelum mendapat DOKTOR (PhD) dan amat susah kerana kerajaan banyak habis duit memberi biasiswa tetapi tidak ramai yang berjaya. Galakan dan saranan pensyarah ialah supaya kami selaku guru jangan cepat berpuas hati dengan pencapaian yang ada sekarang

---Guru harus meningkatkan pengetahuan terutama dalam bidangnya sendiri dan meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

---GAJI??? Bukanlah satu perkara yang diUTAMAKAN kerana yang paling penting ialah berkat dari usaha dan ketinggian ilmu yang seseorang guru ada dapat memberikan kesan dan corak pengajaran yang lebih berkesan kepada murid-muridnya malah GANJARAN yang lebih besar akan diberikan di hari kemudian. Itulah kata-kata emas dari seorang pensyarah saya yang mana semua pelajar dalam kelas amat Kagumi dan Mencintai beliau selaku Pencinta Ilmu yang tidak kenal erti penat walaupun tiada projektor dalam makmal Fizik namun beliau bersungguh menunjukkan video, gambar dan bahan-bahan yang ada dari dalam laptop beliau.

---Cabaran harus dihadapi dan hidup perlu diteruskan. (The power is in your hand!)


Sekian

10.45malam

23/10/2009

(JB)

Khamis, 22 Oktober 2009

Sains, ilmu Pendidikan, Pend. Agama Islam





Pada hari ini bersamaan 21/10/2009, pembelajaran dalam kelas amat menyeronokkan.

SAINS
--Aktiviti membuat tanah liat 'playdough' yang dibuat sendiri
--Semua pelajar kelas saya membuat tanah liat sendiri menggunakan bahan-bahan yang dibawa oleh Puan Ellyza selaku Pensyarah Sains kami (pelajar kena bawa periuk).
--Seronok betul masa mula-mula nak gaulkan tepung gandum+air+garam+krim tartar sehingga menjadi sebati dan lembut. (garam=mendebukan/menghaluskan sebatian, krim tartar=melembutkan sebatian).
--Seterusnya kami memanaskan sebatian itu menggunakan penunu Bunsen dan di gaul hingga kering sekata dan diangkat untuk diuli-uli. Masa gaul dalam periuk agak memeritkan kerana saya tiada kepakaran menggaul sebatian sebegitu melainkan gaul nasi goreng atau maggee sahaja.
--Tanah liat yang telah diuli, kami gunakan pewarna dan seterusnya bina model mengikut tema kumpulan yang telah dibahagikan. Kumpulan kami kekurangan tenaga kerja kerana Ina tidak hadir atas sebab sakit. Tetapi kami berjaya juga membuat hidupan dan suasana ekosistem dalam laut. Manakala kumpulan lain yang agak hebat seperti kumpulan Syikin bertemakan ZOO, dapat membina suasana zoo yang paling menarik dengan pelbagai jenis binatang dan tumbuhan yang direka bentuk menggunakan tanah liat buatan sendiri.
--Akibatnya, tangan kami semua berwarna warni. Itulah bukti kesungguhan kami melakukan kerja sepasukan.

TAHNIAH kepada semua rakan-rakan. Walaupun kali pertama membina model, tetapi inilah pengalaman yang paling berharga!


Ilmu Pendidikan

--Pembelajaran ilmu pendidikan pada hari semalam(20/10/2009) berkaitan dengan kajian tindakan.
--Topik ini bagi saya amat menarik kerana melalui kajian tindakan ini kita dapat mengetahui, mengkaji dan menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi dengan menggunakan kaedah dalam kelas dan dalam masa yang sama kita dapat berkongsi maklumat serta berkolaborasi bersama cikgu-cikgu yang lain.
--Kajian Tindakan juga dapat meningkatkan profesionalisme keguruan.
--Berikutan dengan cara yang ditunjukkan ialah
(Mengenal pasti isu/masalah --> Membuat Perancangan --> Implementasi/Tindakan --> Mengumpulkan Data(semasa melaksanakan tindakan)--> Refleksi)

--Pada hari ini 21/10/2009, saya memperolehi satu pembentukan skema pemikiran yang lebih baik dengan pemahaman konsep akan PJJ dan Keterbukaan melalui pembentangan kumpulan.
--Topik pada hari ini membincangkan tentang REFLEKSI dari segi definisi, konsep dan kepentingan dalam pendidikan sebagai guru.
--Menggunakan cara
(Rancang--> Bertindak --> Memerhati --> Refleksi)
--Refleksi akan berlaku secara berterusan dalam hidup kita dan sebagai guru ia akan berlaku samada dalam bilik darjah, bilik guru mahupun di bilik tidur.
--Skema pemikiran yang lebih baik ialah, penerangan rakan kelas iaitu Fadzli menerangkan akan maksud Pendidikan Jarak Jauh(PJJ) dan Pendidikan Terbuka serta memperbaiki pemahaman saya dalam konsep keduanya itu.
--Kini saya faham dan mengerti bahawa

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)
  • Pendidikan yang boleh berlaku di mana-mana sahaja
  • Tidak mengira masa dan tempat
  • Mudah untuk berinteraksi antara pensyarah,guru,tutor(tenaga pengajar) bersama dengan murid/pelajar.
  • Mengambil jurusan/program yang lebih khusus(skop lebih kecil).
Pendidikan Terbuka
  • Pendidikan yang memberi ruang dan peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin meneruskan bidang pengajian atau pembelajaran.
  • Mendukung konsep dan keinginan FPK--Pendidikan berterusan sepanjang hayat.
  • Mengambil kira faktor pengalaman sebagai salah satu kelulusan untuk teruskan pengajian malah tidak mengambil kira FAKTOR tahap, pencapaian dan kelayakan yang khusus untuk teruskan pengajian kerana pengalaman yang ada menjadi FAKTOR UTAMA.
  • Mengambil jurusan/bidang yang mempunyai skop lebih besar.
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
--Pada hari isnin lepas kelas membincangkan akan topik SOLAT.
--Pada hari ini 21/10/2009, Ustazah minta semua pelajar membuat pembentangan mengikut JANTINA.
--Saya dan azmir membentangkan isu Penyembelihan. Manakala Fadzli dan Syafiq lebih membuat sesi soal jawab agama dalam topik Qorban. Ifwat dan Shahrul pula menceritakan tentang aqiqah dalam Islam.
--Banyak soalan dan perbincangan dalam sesi pembentangan lelaki yang mengambil masa 1jam30minit. Namun hasilnya amat memuaskan kerana masing-masing kaum ADAM dalam kelas kami berjaya menyelesaikan satu persatu soalan yang di ajukan.
--1Soalan yang bermain dalam fikiran ialah; Adakah daging aqiqah boleh diberi makan kepada orang bukan Islam? Sila jawab jika anda mengetahuinya berdasarkan hujah dan dalil/bukti.
--Kumpulan perempuan pula hanya sempat membuat pembentangan untuk tajuk PENGURUSAN JENAZAH sahaja manakal tajuk yang seterusnya akan dibawa dalam waktu lain.

SYABAS kepada semua ahli-ahli pembentangan.

Kesimpulan; Konsep pembelajaran berkumpulan dan permuafakatan dalam mencari ilmu amat digalakkan. Perkara ini terbukti dengan contoh---Melakukan solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian dengan kelebihan 27darjat.(jika salah tolong betulkan).
Semoga, usaha sebegini dapat diteruskan ketika mana bakal-bakal guru telah ditempatkan di sekolah-sekolah.

Sekian.