Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Selasa, 29 Mac 2011

Genap Seminggu ke?

Selasa 29-Mac-2011

Genap sudah lebih seminggu di sekolah setelah bercuti pendek (seminggu jer) sebelum ini. Namun banyak sudah perkara dan aktiviti yang dijalankan dan dirancangkan samada dalam peringkat sekolah dan untuk hidup sendiri.

Syukur Alhamdulillah pada minggu lepas, Cikgu Azuar selamat mengadakan satu program MENTOR MENTEE antara guru dan murid. Saya mendapat seorang sahaja anak yang bernama Azura (macam dalam cerita TV pula). Tugas pertama yang saya berikan ialah melengkapkan biodata diri (menggunakan buku panduan STudy Smart dari Pensyarah UPM bahagian psikologi).

Pada minggu lepas juga menyaksikan perubahan hebat kehadiran murid ke kelas tuisyen melalui program kecemerlangan UPSR sekolah yang dirancangkan. Tidak kurang hebat semua guru yang turut menjayakan. Syukur.

Terima kasih kepada cikgu Zul Haimy kerana sudi memberi tunjuk ajar kepada saya dalam membincangkan KAJIAN TINDAKAN. Saya sebelum ini telah memilih satu tajuk yang mana menjadi beban bagi saya untuk mencari penyelesaian. Kaedah yang saya gunakan tidak tepat malah menyerupai pembinaan TESIS. Walaubagaimanapun, Cikgu ZUl Haimy mencadangkan agar saya mencari dahulu permasalahan dan membuna tajuk yang ringkas tetapi mempunyai kajian yg lebih bermakna dengan pengisian dan proses penyelesaian secara berperingkat. Perkara ini merupakan satu sandaran dan kekuatan untuk saya terus usaha membina kajian tindakan dengan lebih baik walaupun hanya diperingkat permulaan. Ternyata banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari dan tidak cukup hanya dengan pembacaan buku Penyelidikan mahupun Kajian Tindakan. TQ Cikgu Zul.

Pada hari-hari yang berikutnya, menyaksikan tugas sebagai guru data semakin mencabar dalam meniti hari yang semakin singkat dengan tugas yang datang secara tiba-tiba mahupun secara tidak sedar ;) tQ to GB kerana beri kepercayaan kepada saya dalam melaksanakan tugas sekalipun disaat akhir. InsyaAllah dimasa akan datang akan cuba yang lebih baik.

Sabtu lepas 26-Mac-2011 (cikgu mustakim) saya sendiri tidak menghadirkan diri ke perjumpaan kokurikulum untuk sukan/permainan dan unit beruniform. Saya selaku unit pengakap sekolah (guru penasihat) agak hampa kerana tidak dapat turut serta bersama anak-anak pengakap kecil di sekolah bersama guru pengakap yang lain. Ini adalah kerana saya menjalankan tugas sebagai Guru Data dalam mengemaskini maklumat setiap guru. Azam kuat untuk terus hadir ke perjumpaan kokum sekiranya keadaan baik dan mengizinkan InsyaAllah amin ;)

Pada hari ini 29-Mac-2011 Selasa juga menyaksikan bahawa isteri saya kurang sihat. Kerana khuatir akan keadaan beliau, saya segera pulang awal ke rumah dan sampai rumah dalam jam 2.15petang untuk menghantarnya ke klinik bagi mendapatkan rawatan setelah saya menghantar seorang wakil pemain takraw sekolah di Sek.Keb.Sandau. Pemain ini bernama Zul hisyam merupakan satu-satunya wakil dari Sek.Keb.Paris 3 Kinabatangan yang terpilih diperingkat daerah untuk teruskan pertandingan takraw di BELURAn untuk peringkat Bahagian Sandakan sekalipun sekolah saya merupakan Johan dalam Takraw Daerah bagi tahun ini dengan mengalahkan pasukan takraw Sek.Keb.Sandau dalam pertandingan akhir pada selasa minggu lepas (22-Mac-2011) bertempat di S.M.K.Bukit Garam 2 Kinabatangan diiringin oleg guru penasihat selaku jurulatih pasukan takraw sekolah iaitu Ustaz Rahmat bin Ahmad. Terima kasih kepada PK1 (En.Zainudin Ahmad) kerana beri sokongan dan doa kepada pasukan takraw hingga beroleh kemenangan sebagai johan. Alhamdulillah.


Banyak pula cerita dan perkongsian.

cerita selanjutnya akan saya bawa dikemudian hari diikuti dengan gambar dan juga video ;)

Cerita tentang kaedah PNP berkesan mantap dan salah silap sahaja belum dimasukkan lagi.
Seronok betul hari ini kerana Cikgu NorArsih memesan kepada saya bahawa murid-muird perlu diberi dendaan sekiranya membuat kesalahan dan kesilapan dengan mengulang pembetulan sebanyak 5kali. Maka dengan itu, mereka (murid) akan lebih berhati-hati dalam melaksanakan kerja yang diberi.InsyaAllah.

Sampai sini dahulu. cerita selanjutnya hanyalah untuk memori sendiri dalam mengenang masa diri ku sebagai seorang pendidik.

31-Mac-2011 ada meeting panitia Sains....nak siapkan dahulu laporan PEKA (pertama) yang baru dibuat pada hari ini bertajuk FORCE...lambatnya saya buat kerja PEKA...masih samar-samar lagi untuk beri markah...guru lama/pakar ada dalam panitia sains sekolah. Alhamdulillah. Tidak sempat rasanya untuk saya study PEKA semasa di maktab dahulu...insyaAllah cuba buat yang terbaik... Apa yang penting..USAHA dan tidak berputus asa serta SYUKUR dalam apa jua keadaan insyaALLAH.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Jumaat, 25 Mac 2011

KOMPANG Hidupku

PERKONGSIAN



(1) Latihan pasukan KOMPANG sekolah (pelapis untuk beberapa program di masa akan datang) dan jurulatih terdiri daripada pelajar SMK.Paris Kinabatangan. Terima kasih kerana beri SOKONGAN!




Khamis, 17 Mac 2011

Kertas Kerja Program UPSR

Berikut merupakan DRAF bagi kertas kerja untuk program kecemerlangan UPSR 2011



Sengaja saya buat begini supaya agak TERLAMPAU untuk dikongsikan secara umum melainkan bagi mereka yang benar-benar memerlukannya. Bertitik tolak usaha tangga kejayaan, sebaiknya kita berusaha sendiri dalam DRAF sebarang apa jua perkara sebelum kita laksanakan (proper planning betul ke ayat BI saya ini???)

Selamat maju jaya dan cuti-cuti sekolah relaks kan diri dan minda anda.

Banyakkan membaca!

Rabu, 16 Mac 2011

Guru Terlampau

ILMU BUKU HATI MINDA KITA
Dalam sebuah kehidupan sebagai pendidik yang baru menjangkau tahun ke-2 bermula Januari 2010, amat sedikit pengalaman dan kemahiran mengajar yang dapat saya praktikkan samada dalam&lur kelas. Banyak perkara dan teknik yang perlu saya pelajari dan aplikasi untuk mendapatkan PNP berkesan. Munajat kepada Allah dalam setiap waktu tidak pernah dilupakan kerana tanpa kudrat dan keizinan daripada Allah Taala yang Maha Pemurah Penyayang lagi Maha Mendengar segala tindak tanduk kita tidak mungkin berjaya hatta untuk sehelai bulu roma bergerak pun atas kehendak Allah dan setiap titis air hujan yang turun ke muka bumi pun dibawah pengawasan dan pengetahuan Allah yang Maha Besar.

Pada 15-Mac-2011(selasa) saya bersama isteri sekali lagi menuju ke Plaza Angsana Johor Bahru. Terpanggil pula untuk diriku pergi ke kedai buku di sana (Badan). tetapi sebelum itu, kami pergi menunaikan solat Asar di surau sementara ( yang terletak di tingkat 4 kerana surau tingkat bawah 'ground floor' masih dalam proses pembaikan 'renovation'.)

Selesai solat kami pergi makan dan kemudiannya menuju ke kedai buku yang saya maksudkan di awal tadi. Ya! ada banyak buku yang baru dan menarik untuk dibeli. Sila rujuk pada setiap gambar rajah yang saya lampirkan.







RUJUKAN KEPADA http://pts.com.my 


SELESAI MASUKKAN GAMBAR PADA 17MAC2011 (Pagi Rabu di Rumah Kak.Wani ShahAlam)

(akan bersambung dan masukkan gambar kejap lagi...nak pergi sarapan)
MMK
8.04am Rabu
Rumah JB
Internet Streamyx yang laju...tQ kak.fazilah(kakak ipar aku) bagi guna streamyx ;)

Sabtu, 12 Mac 2011

SURAT HRMIS BIL. 1/2011

MERUJUK KEPADA TAJUK DI ATAS


SEMUA GURU/KTBM DIHARAP AMBIL TINDAKAN SELANJUTNYA.

Sekian dan terima kasih.

Yang menurut perintah,

MOHD MUSTAKIM BIN KAMARUDIN
Guru Data & Maklumat
Sek.Keb.Paris 3 Kinabatangan Sabah.

*Catatan
kepada emel berikut tidak dapat dihantar kerana tidak aktif atau tidak digunakan lagi


1)syamira2007
2)krakle04
3)eman_077
4)nakadnaspunyabudak
5)joenas77

(mmk berada di Lahad Datu dan pulang ke JB esok (Ahad 13-Mac-2011) dari Tawau. Moga negara kita diselamatkan dari bala bencana dan semua umat Islam termasuk diri saya mendapat hidayat dan petunjuk agar selamat di dunia dan akhirat. Manusia mudah LUPA)


iLoveIslam

Isnin, 7 Mac 2011

KUNAK JAYA DARAT

Kunak Jaya Darat yang terletak lebih kurang 75km dari bandar Lahad Datu






TUISYEN -1

HIDUP YANG GEMBIRA DATANG DARI HATI YANG BAHAGIA ;)

Kelas Tuisyen bersama guru bimbinga sudah pun bermula secara tidak rasmi pada hari ini (07-Mac-2011) dan ini merupakan salah satu langkah dan program kecemerlangan UPSR 2011.

Syukur Alhamdulillah.....





KELAS SINAR GEMILANG :) ()()()()()











Sabtu, 5 Mac 2011

PENCINTA ALAM -ke2

Kelab Pencinta Alam menjalankan aktiviti pada hari ini untuk mengenali 3R

REDUCE

REUSE

RECYCLE

Alhamdulillah bilangan murid yang hadir membolehkan kelab ini menjalankan aktiviti membentuk 2 kumpulan. Setiap kumpulan diberi tugasan yang sama. Kumpulan lelaki dan perempuan (uji kreativiti)


Pada tahun ini saya diberi mandat sebagai Guru Pen





yelaras Kelab Pencinta Alam sekolah dan dibantu dengan guru penasihat yang lain iaitu En.Syahar dan juga Ustaza Maghpirah.

Sedikit penerangan diberikan dalam konsep 3R yang melibatkan persekitaran murid.

Alhamdulillah murid dapat menyatakan dengan tepat melalui aktiviti berkumpulan ini. Lanjutan dari aktiviti ini ialah, murid akan membawa alat/bahan yang boleh digunapakai untuk membina bahan/peralatan yang lain.

Seterusnya, untuk aktiviti akan datang dan dalam perancangan untuk mengadakan lawatan atau pembuangan sisa makanan/sampah secara mesra alam. InsyaALLAH.

Sekian

FUTSAL -ke2

Pada hari ini (05-Mac-2011) sekolah saya mengadakan hari kokum untuk sukan/permainan dan juga kelab/persatuan. Saya selaku guru penasihat bagi permainan futsal mengadakan aktiviti dalam kumpulan untuk pertandingan futsal kecil.


Hari ini tidak ramai murid yang hadir ke sekolah. Futsal terdiri daripada 2 kumpulan mengikut pecahan murid dalam kelas tahun 3, 4, 5, dan 6. Semuanya diberikan kekuatan yang sama.

Hari ini, kumpulan A menang dengan mata agregad jaringan GOL 4-2 kepada kumpulan B yang nampak lemah di awal permainan. Tetapi semakin mantap dalam pusingan yg terakhir (ketiga).

Cikgu Azizul menjalankan tugas di SMK. Bukit Garam (hantar murid wakil daerah untuk sukan) dan cikgu Hilman hadir membantu saya. Terima kasih dan syabas kepada semua murid.

Di akhir perjumpaan ini, kami berkumpul di Anjung RMT dan saya bertanyakan beberapa soalan dan antaranya ialah
1)Apakah perbezaan antara permainan bola sepak dan futsal: Bilangan pemain? Masa permainan?
2)Kenapakah pemakaian kasut penting dalam setiap permainan dan sukan?






Alhamdulillah, murid memahami bahawa futsal mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan bola sepak.
InsyaAllah sekiranya ada pertandingan futsal, anak murid ini sedia utuk menyahut cabarannya. InsyaALlah....

Jumaat, 4 Mac 2011

Peta Minda -Sains Tahun 6

(klik sini untuk peta minda percuma!!! PETA MINDA TAHUN 4, 5 DAN 6)

Pada 25-Feb-2011 Pertama kalinya saya menggunakan portable projectr masuk ke kelas bermulanya saya menjadi seorang guru di sekolah untuk perlaksanaan PNP berasaskan teknologi maklumat (ICT)

Peta minda saya perolehi dari laman web www.petaminda.com dengan cara berbayar kepada tuan punya hak ekslusif Peta Minda berkenaan.

Saya membeli untuk subjek sains bagi tahun 4, 5 dan 6.

Alhamdulillah. Peta Minda ini saya hanya gunakan dalam kelas sebagai (permulaan) bagi memupuk minat dan bentuk minda murid dalam penulisan nota secara berkesan ringkas dan padat berbentuk peta minda.

Awalnya, saya mendedahkan apakah itu peta minda (soalan dikemukakan kepada murid) dan hanya 10orang sahaja yang mengetahui fungsi dan bentuk penta minda. Selanjutnya saya menyangkag slaid peta minda bagi tajuk pertama sains tahun 6. Murid-murid begitu teruja. Selanjutnya saya minta murid secara berkumpula untuk membina peta minda sendiri berdasarkan kreativiti dan memasukkan lukisan yang bersesuaian mengikut nota/maklumat yang diperlukan (gambar/rajah/lukisan sebagai hint kepada murid dalam menambahkan lagi kecerdasan dan kekuatan untuk mengingat sesuatu fakta)

Syukur Alhamdulillah..aktiviti dalam kumpulan menghasilkan pelbagai bentuk peta minda (buat pertama kalinya dibuat oleh murid) yang saya perolehi. Sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata akan peta minda mereka ini. Maka saya meminta membuat sekali lagi peta minda yang lebih ringkas untuk sub-topik supaya lebih berfokus.

Ini adalh kali pertama kelas diadakan secara interaktif (mungkin ya@tidak bergantung kepada anda) bagi saya kerana penggunaan slaid dihadapan sebagai rujukan semata-mata dan jika murid menginginkan peta minda yang sama, mereka juga turut kena membelinya. Ini adalah peta minda yang dibina oleh pengasasnya mempunyai hak ekslusif.







InsyaAllah dalam beberapa jangka masa lagi, projek terbinanya peta minda dikalangan murid dan guru dapat menjana idea dan perkembangan ilmu yang lebih sihat dan keterbukaan maklumat yang lebih luas dan mudah difahami.

(Terima kasih kepada Cikgu Zul Haimy kerana sudi berkongsi idea dalam menjana nota berbentuk peta minda kepada saya bagi subjek sains tahun 4 dengan penggunaan buku keluaran Info Didik)

RUJUK >>>
1) www.petaminda.com http://petamindasains.com/
2) www.thinkbuzan.com
3)
4) KOSMO

Sinopsis Buku - RUJUKAN KPM

GARIS PANDUAN
PELAKSANAAN KAEDAH LATIHAN SECARA
PEMBACAAN BUKU BAGI MENGGANTIKAN KURSUS LDP
SECARA SCHOOL BASED DI SEKOLAH
BAGI
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


----------------------------------------------------------------------------------

Contoh 


1. Sinopsis buku yang disampaikan diperingkat tertinggi (dengan pembentangan)



2. Sinopsis buku yang hanya disampaikan melalui penulisan (tanpa pembentangan)


atau


------------------------------------------------------------------------------------------------------------




GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KAEDAH LATIHAN SECARA
PEMBACAAN BUKU BAGI MENGGANTIKAN KURSUS LDP
SECARA SCHOOL BASED DI SEKOLAH

1.0 PENGENALAN

Pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di sekolah telah dilaksanakan secara School Based oleh Bahagian Pendidikan Guru sejak Tahun 2008.

Pada Tahun 2009, seramai 321,000 guru telah mengikuti kursus secara School Based. Daripada bilangan tersebut, sebanyak 33% guru telah mengikuti kursus kurang daripada 3 hari, 63% guru telah mengikuti kursus antara 3 hingga 7 hari dan 5 % guru telah mengikuti kursus lebih dari 7 hari.

Dapatan pemantauan yang dilaksanakan pada Tahun 2009 juga mendapati 92.8 % guru memberi respons yang positif terhadap pelaksanaan latihan guru secara School Based. 96.6 % guru tersebut menyatakan latihan guru secara School Based dapat meningkatkan profesionalisme mereka.

Bagi Tahun 2010 Unit KDP telah merancang sebanyak 159 kursus dengan bilangan peserta seramai 664632 orang guru yang menggunakan anggaran perbelanjaan secara keseluruhan sebanyak RM 126 juta. Walau bagaimanapun disebabkan peruntukan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) telah dikurangkan, latihan yang akan diberi penekanan adalah kepada dasar-dasar berikut :
Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam
– Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005
– Siaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 23 Julai 2009 bertajuk Pendekatan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam Tahun 2010 dan 2011 secara Blended Approach, Mentor-Mentee, Coaching, Book Review dan Sesi Perkongsian Ilmu Melalui Mesyuarat Panitia.

Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan KPM Bil 19 / 2009 yang dipengerusikan oleh Y.Bhg Tan Seri KSU pada 18 November 2009 meminta kursus 7 hari digantikan dengan pembacaan 7 buah buku ilmiah oleh setiap orang guru mulai tahun 2010. Setiap buku ilmiah yang telah dibaca oleh guru perlu dibentangkan untuk dikongsi bersama, iaitu pembentangan sebuah buku (Book Review) adalah bersamaan 1 hari kursus untuk guru tersebut.

2.0 DEFINISI “BOOK REVIEW”

“Book Review” berasal dari bahasa Latin “ revidere atau recensere” yang bermaksud melihat kembali, menimbang atau menilai. Tiga istilah itu menjurus kepada maksud yang sama iaitu pengulasan buku.

Dalam ertikata lain, ulasan buku atau “book review” ialah memberi huraian ringkas mengenai isi buku serta penilaian tentang kekuatan dan kelemahan isi buku kepada masyarakat umum .

Aktiviti yang terlibat semasa mengulas buku ialah:
mengungkap kembali isi buku
membahas isi kandungan buku
menganalisa buku secara kritis
memberikan penilaian terhadap maklumat yang terdapat di dalam buku
mengulas implikasi dan kegunaan maklumat.
(Online: Los Angeles Valley College Library)




3.0 OBJEKTIF

Objektif pelaksanaan kaedah latihan secara pembacaan buku bagi menggantikan kursus LDP secara school based di sekolah adalah untuk:

3.1 menyemaikan budaya membaca di kalangan guru

3.2 berkongsi ilmu dan pengetahuan untuk diaplikasikan dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P)

3.3 meningkatkan profesionalisme keguruan

3.4 mendedahkan guru-guru kepada inovasi terkini dalam bidang pendidikan

3.5 meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme keguruan secara berterusan

3.6 mewujudkan dan memantapkan nilai dan amalan profesionalisme keguruan dalam kalangan warga pendidik

3.7 memartabatkan profesion keguruan


4.0 KOMPONEN BACAAN

Buku-buku yang dibaca hendaklah berfokus kepada 3 bidang iaitu:

1. Pengetahuan Profesionalisme ( 60% )

· Ilmu Pengetahuan Pendidikan dan Mata Pelajaran

· Kandungan dan Kaedah Pedagogi

· Pengurusan Kurikulum

· Kreativiti dan Inovasi Pedagogi



2. Kemahiran Profesionalisme ( 20% )

· Kejurulatihan

· Penulisan ilmiah

· Kajian Dan Penyelidikan Ilmiah

· Kepimpinan

· Pengurusan Kewangan

· Pengurusan Strategik



3. Amalan dan Nilai Profesionalisme Keguruan ( 20% )

· Nilai Dan Etika

· Komunikasi Berkesan

· Soft Skills



Guru dikehendaki membaca sekurang-kurangnya 4 buah buku dari Bidang Pengetahuan Profesionlisme, 2 buah buku dari Bidang Kemahiran Profesionalisme dan sebuah buku dari Bidang Nilai Dan Amalan Profesionalisme Keguruan. Setiap buku ilmiah tersebut mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 50 halaman.







5.0 PELAKSANAAN LATIHAN
5.1 JANGKAMASA PELAKSANAAN
5.1.1 Pembacaan Buku
· Guru dikehendaki membaca 7 buah buku ilmiah mulai dari bulan Februari hingga bulan November.
· Sebelum pembacaan, setiap buku yang dipilih mestilah mendapat pengesahan daripada pihak pentadbir. (Lampiran A)


5.1.2 Perkongsian Ilmu

· Sesi pembentangan yang pertama mestilah bermula selewat-lewatnya pada minggu pertama bulan Mac.

· Jangka masa minima untuk setiap pembentang adalah 30 minit.

· Ulasan buku mestilah merangkumi 3 aspek iaitu

(i) sinopsis buku

(ii) pengetahuan / pengajaran yang boleh diperolehi

(iii) aplikasi ilmu dalam organisasi / P&P

· Kehadiran guru-guru untuk mendengar pembentangan-pembentangan tersebut selama 12 jam dinilai sebagai 1 hari berkursus.

Contoh Pengiraan:

Bil. Guru Mengikut Panitia
Jumlah buku
Jumlah Pembentangan
Jumlah sesi
(1 sesi ada 4 **pembentangan)
Perjumpaan
(bulan)
Mac - Nov

10 org

7 buah

70


70 ÷ 4 ≈ 18 sesi

2 atau 3 kali sebulan
** 1 pembentangan = 30 minit 1 sesi = 2 jam



Pengiraan Menghadiri Sesi Pembentangan (Pendengar)
(Berdasarkan jadual diatas)

18 sesi X 2 jam = 36 jam (di mana 12 jam = 1 hari kursus)
à 36 jam ÷ 12 jam = 3 hari kursus
5.2 KUMPULAN SASARAN
· Semua guru termasuk pihak pentadbir dan kaunselor sekolah wajib membaca sekurang-kurangnya 7 buah buku ilmiah.
· Pihak pentadbir bermaksud Pengetua / Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Ko-Kurikulum dan Penyelia Petang.

5.3 TEMPAT PEMBENTANGAN
· Pembentangan dijalankan di premis sekolah sendiri .

5.4 PERANAN PELAKSANA
· Peranan Pentadbir / Guru / SU LDP di sekolah adalah seperti berikut:

BIL
JAWATAN
TINDAKAN

1.

Pentadbir sekolah
(Pengetua/Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan dan Penyelia Petang)

Ø Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa LDP dan memberi taklimat pelaksanaan
Ø Menetapkan giliran pembentangan (Lampiran B)
Ø Mengesahkan bahan bacaan guru.
Ø Mengesahkan sinopsis buku (Lampiran C)
Ø Memantau perjalanan pembentangan (setiap kali pembentangan) (Lampiran F)
Ø Menetapkan tarikh pembentangan yang berikutnya bagi guru pembentang yang tidak dapat hadir
Ø Memberi markah Prestasi Tahunan guru dengan mengambil kira jumlah pembacaan 7 buah buku dan kehadiran semasa pembentangan rakan sekerja
2.
SULDP
Ø Menyediakan borang-borang (Lampiran A – F)
Ø Menyediakan jadual pembentangan (Lampiran B)
Ø Menguruskan surat-menyurat
Ø Menyediakan minit mesyuarat
Ø Menyediakan jadual pembentangan gantian bagi
guru pembentang yang tidak dapat hadir
Ø Memastikan pengurusan fail dikemaskinikan
Ø Mengumpul Borang Sinopsis (Lampiran C)
Ø Menyelaraskan kutipan Kad Pelaporan LDP dan salinan sijil LDP
Ø Menyediakan laporan dan laporan KMLDP
mengikut ketetapan BPG
Ø Menghantar laporan dan laporan KMLDP (3 kali setahun – April, Julai, Oktober)
3.
Semua Guru
Ø Memilih bahan bacaan dan mendapatkan pengesahan pentadbir sekolah (Lampiran A).
Ø Membaca dan melengkapkan Borang Sinopsis (Lampiran C)
Ø Membentangkan ulasan bahan bacaan.
Ø Mendapatkan pengesahan untuk pembentangan (Lampiran C)
Ø Menyerahkan Lampiran C kepada SU LDP



5.5 MEKANISME PERLAKSANAAN

5.5.1 Semua guru di sekolah dikehendaki membaca 7 buah buku ilmiah setahun
(Februari hingga November). Buku yang dibaca mesti berdasarkan kepada
3 bidang:

A. Pengetahuan Profesionalisme (4 buah buku)
· Ilmu Pengetahuan Pendidikan dan Mata Pelajaran
· Kandungan dan Kaedah Pedagogi (Pedagogical Content Knowledge)
· Pengurusan Kurikulum
· Kreativiti dan Inovasi Pedagogi

B. Kemahiran Profesionalisme (2 buah buku)
· Kejurulatihan
· Penulisan Ilmiah
· Kajian dan Penyelidikan Akademik
· Kepimpinan
· Pengurusan Kewangan
· Pengurusan Strategik

C. Amalan Dan Nilai Profesionalisme (1 buah buku)
· Nilai dan Etika
· Komunikasi Berkesan
· Soft Skills
5.5.2 Pembentangan pertama mesti bermula selewat-lewatnya minggu pertama
bulan Mac 2010.
5.5.3 Pembentangan harus mengikut jadual yang disediakan oleh SULDP.
5.5.4 Pembentangan boleh dibuat semasa:
· Mesyuarat Guru
· Mesyuarat Panitia
· Taklimat profesional
· Perhimpunan sekolah
· In- house training
5.5.5. Cadangan cara pembentangan adalah seperti berikut:
a) Sekolah Biasa.
Pembentangan akan dijalankan mengikut panitia / bidang.
(Contoh : Panitia Bahasa Melayu – Guru-guru Bahasa Melayu).
Bil. Guru Mengikut Panitia
Jumlah buku
Jumlah Pembentangan
Jumlah sesi
(1 sesi ada 4 **pembentangan)
Perjumpaan
(bulan)
Mac - Nov

10 org

7 buah

70


70 ÷ 4 ≈ 18 sesi

2 atau 3 kali sebulan
* * 1 pembentangan = 30 minit, 1 sesi = 2 jam

b) Sekolah Jenis Sekolah Kurang Murid (SKM)
Pembentangan boleh dijalankan secara bergilir-gilir semasa:
· Mesyuarat Guru
· Mesyuarat Panitia
· Perhimpunan
· Taklimat Profesional

Bil. Guru Mengikut Sekolah
Jumlah buku
Jumlah Pembentangan
Jumlah sesi
(1 sesi ada 4 **pembentangan)
Perjumpaan
(bulan)
Mac - Nov

8 org

7 buah

56


56 ÷ 4 ≈ 14 sesi

1 atau 2 kali sebulan
* * 1 pembentangan = 30 minit, 1 sesi = 2 jam

5.5.6 Langkah-langkah perlaksanaan.

Bil.
Perkara
Tindakan
1.










2.












3.






4.
Sebelum Pembentangan (Pembacaan Buku)
Ø Guru megenalpasti buku yang hendak dibaca berdasarkan bidang profesionalime yang telah ditetapkan.
Ø Guru melengkapkan Borang Rekod Pengesahan Dan Pembacaan serta mendapatkan pengesahan daripada pentadbir sekolah (Lampiran A).
Ø Guru menyemak giliran dalam jadual pembentangan
( Lampiran B).
Ø Guru membaca dan melengkapkan Borang Sinopsis (Lampiran C).

Semasa Pembentangan
Ø Guru diberi masa 30 minit untuk membentangkan ulasan buku kepada guru-guru lain.
Ø Ulasan buku mestilah merangkumi 3 aspek iaitu
i) sinopsis buku

ii) pengetahuan / pengajaran yang boleh diperolehi

iii) aplikasi ilmu dalam organisasi / P&P

Ø Semua guru diminta untuk mengisi borang kehadiran (Lampiran D)
Ø Pendengar menilai pembentangan yang telah dibuat (Lampiran E ).
Ø Pentadbir memantau pembentangan (Lampiran F).

Selepas Pembentangan
Ø SU LDP dikehendaki mengumpul borang-borang berikut:-
1. Borang Sinopsis (Lampiran C)
2. Borang Penilaian Pembentangan (Lampiran E)
3. Borang Pemantauan (Lampiran F)
4. Rekod Kehadiran Pembentangan (Lampiran D)

Laporan LDP
Ø Menyediakan Pelaporan selepas pembentangan
Ø Menghantar Laporan Kursus & laporan KMLDP ke
JPN/PPD (3 kali setahun - April, Julai dan Oktober)

Guru

Guru dan pentadbir

Guru / SULDP

Guru



Pembentang

Pembentang



Semua guru

Semua guru

Pentadbir


SU LDP






SU LDP

SU LDP


8.0 PENSIJILAN DAN PENGHARGAAN

· Jumlah pembacaan 7 buah buku dan kehadiran semasa pembentangan rakan sekerja diambil kira bagi pemberian markah Prestasi Tahunan.

Sijil LDP disediakan oleh BPG pada akhir tahun (setahun sekali) dengan menyatakan tarikh pembentangan dan judul-judul buku.

9.0 PENUTUP

Program ini hanya akan mencapai objektif sekiranya semua pihak yang terlibat mengikuti Garis Panduan yang ditetapkan.
10.0 KHIDMAT NASIHAT
Sebarang kemusykilan berkaitan dengan Garis Panduan ini bolehlah dirujuk kepada :
1. Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 2, Blok E 13, Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
( U.P. : Unit Kursus Dalam Perkhidmatan )
Tel: 03-88841307 / 03-88841291 , Faks : 03-88893570 ATAU

2. Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Gabungan / Pejabat
Pelajaran Daerah yang berhampiran.

SUMBER>>> http://smkpantai.freevar.com/garis.htm

Sekian






Dikemaskini kembali pada
1.11p.m.
18-Dec-2011
Ahad


Khamis, 3 Mac 2011

Program UPSR -Meeting 1

Pada 03-03-2011 bermula jam 12.21pm satu mesyuarat telah pun diadakan dalam Bilik Gerakan.

Agenda penting yang hendak dibincangkan ialah strategi untuk semua panitia memikirkan akan program/aktiviti bagi peningkatan Kecemerlangan UPSR untuk tahun ini (2011).



Maka, PK1 (En.Zainudin) meminta supaya Pelan Perancangan Strategik kesemua panatia (matapelajaran teras BM,BI, Mate, Sains) disepadukan supaya selaras dengan metlamat sekolah dan seiring dengan kehendak PPDKinabatangan.

Sila rujuk dalam gambar/rajah yang tertera dan besarkan rajah tersebut untuk keputusan dari mesyuarat yang telah selamat dijalankan (keputusan diperingkat awal dan mungkin akan berubah mengikut keperluan semasa dari pentadbir)

----------------------------------------------------------------------------

Antara keputusan lain yang diambil kira ialah
1)strategi perlaksanaan program/aktiviti
2)penyelaras bagi setiap strategi
3)modul/bahan yang akan digunakan dalam strategi tersebut
4)inisiatif lain yang perlu difikirkan terhadap murid yang LEMAH


Alhamdulillah, berkat dari mesyuarat ini...InsyaALLAH segala kerja dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan atas keperihatinan semua pihak termasuk para ibu bapa penjaga murid juga.







InsyaALLAH, perlaksanaan kesemua strategi akan bermula mulai minggu hadapan.

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak pentadbir dan semua panitia yang terlibat serta semua guru-guru dan rakan seperjuangan yang turut sama berganding bahu dalam mencapai matlamat yang telah dirancangkan sebelum ini.

Berkat dari fikir semua pihak, maka tindakan pembaharuan dalam PNP dan strategi peningkatan UPSR diambil untuk kebaikan semua pihak. Terima kasih kepada Guru Besar kerana sudi melapangkan masa kepada saya sebelum ini dalam merancang dan mengatur langkah untuk pelan perancangan panitia SAINS sekolah kita.

Sebarang teguran dan komen amat dialu-alukan dari semua pihak samada dalam dan luar sekolah.\

Sekian.

wassalam

(baru balik dari kenduri di rumah ustazah Maghpirah dan lihat tiket MASwing, FireFlyz dan Airasia kerana mahu pulang ke semenanjung...rindunya dengan orang kampung ;) hehehe )







Rabu, 2 Mac 2011

Bahan Bantu Mengajar -Tuisyen SAINS 2011

Salam kepada semua para pendidik dan sahabat saya yang berada di hadapan skri komputer/laptop/ntebook/apple dan sebagainya saya ucapkan Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah Subhanallah Taala yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kerana masih diberi peluang untuk terus kita bersama online di saat ini dikala dunia sibuk dilanda musibah dan ujian bagi orang-orang yang beriman. Semoga masa yang digunakan ini menjadi manfaat untuk diri kita serta orang lain. InsyaALLAH. Amin.

(akan bersambung lagi dengan PAPARAN gambar conth buku yang akan digunakan untuk Kelas Tuisyen Berfokus (sains) yang akan bermula minggu hadapan)




" style="clear: both; text-align: center;">






Sudah azan Asar....

Sekian
(3.38pm Depan Masjid Muhibbah....setelah selesai saya hantar EMEL untuk kandungan dan fail KSSR kepada rakan saya KPLI(sr)2009 iaitu Puan Haslina Hamzah ;) Terima kasih kerana masih ingat kepada saya..maaaf jika ada salah silap....solat dulu bahhhhh....)