SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Memaparkan catatan dengan label Guru DataMaklumat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Guru DataMaklumat. Papar semua catatan

Rabu, 30 April 2014

Bengkel Kutipan Perdana Bulan April 2014 Kinabatangan

Alhamdulillah

Bengkel ini berjalan lancar dengan baik.

Banyak perkara yang dikongsikan.

Semua Guru Data diminta bersiap siaga untuk lawatan dari JPN dan PPD Kinabatangan ke sekolah bagi tujuan pemantauan sekitar bulan Jun.

Sedikit perkongsian








Waktu minum pagi sebelum masuk sesi kedua. Rehat dan tenang dulu geng.

Alhamdulillah

Rabu, 12 Mac 2014

Taklimat Penyelarasan Pelabelan Guru Kepada Guru Data Peringkat Daerah Kinabatangan Mac 2014

12 Mac 2014
Rabu
9.00 pagi
Bilik Mesyuarat Datuk Bung Moktar Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan

Perkongsian bersama











Jika anda memerlukan softcopy bagi bahan dalam bengkel ini, sila tinggalkan emel kepada saya...
hubungi saya di emel mustakim260984@gmail.com

Rujukan tambahan
http://www.ppdkotatinggi.edu.my/index.php/84-ict/523-bahan-taklimat-pelabelan-guru



Sekian.

Terakhir kemaskini pada
1255
12Mac2014

Sabtu, 8 Mac 2014

Isnin, 10 Februari 2014

Bengkel Validasi Data Emis Kutipan Perdana Januari 2014

Alhamdulillah. 
Bengkel ini telah selamat dilaksanakan dengan baik. Tahniah dan terima kasih kepada En.Alhassim kerana banyak membantu guru data seluruh sekolah dalam daerah Kinabatangan. 

Saya selaku guru data banyak belajar dari rakan2 guru data yang lain.

Antara isu utama yang ditekankan ialah
1. Ralat kritikal subjek mengajar
2. Data perkhidmatan guru yang baru @ naik pangkat @ perubahan
3. Instrumen pemantauan jpms
4. Minit mesyuarat jpms
5. Laporan bulanan bagi pengesahan data emis sekolah.
6. Folder berkaitan dengan pengurusan data peringkat sekolah disediakan kerana ada pemantauan pada bulan Mei @ Jun ....get ready jer laaah....
7. Ralat Januari dibaiki sebelum 12 Januari
8. Borang maklum balas dihantar sebelum akhir Februari.


Jazakallah








Jumaat, 18 Oktober 2013

Bengkel Kutipan dan Verifikasi Data Emisonline Bagi Bulan Oktober 2013 (Kutipan Perdana) Daerah Kinabatangan

Alhamdulillah, bengkel ini telah selamat dilaksanakan pada 17 Oktober 2013 Khamis bermula jam 9.00pagi hingga 5.00 petang di Bilik Mesyuarat Bung Moktar Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan.

Saya selaku guru data telah menunaikan kewajipan untuk menghadiri bengkel ini.

Banyak perkara baru yang dibincangkan dengan beberapa table yang di buat dalam emis.

Beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian ialah
1. Maklumat sekolah secara keseluruhan.
2. Data Enrolmen murid terkini terutama bagi kes kecil seperti bilangan murid yatim piatu, murid Islam dan daftar pra sekolah serta ke tingkatan @ peralihan.
   (untuk bilangan murid yang mengambil matapelajaran elektif seperti Bahasa Arab juga hendaklah dikemaskinikan)
3. Data peribadi guru yang perlu di ambil perhatian juga ialah status TETAP DAN BERPENCEN, no.gaji, no.kwsp serta banyak lagi agar tiada ralat kecil.
4. Maklumat KTBM yang mendapat kenaikan pangkat melalui TIME BASE.

Banyak lagi perkara yang dikongsikan...

Terima kasih kepada wakil dari JPN Sabah iaitu Encik Jafnar bin Aludin.

Setiap sekolah hendaklah juga mewujudkan JPMS serta bersiap sedia untuk pemantauan oleh pihak tertentu bagi proses KUALITI dalam pengurusan data di sekolah.

Banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari dan perbaiki.

Terima kasih kepada Encik Alhassim kerana banyak membantu saya dalam menyemak ralat sekolah saya.
Jutaan terima kasih juga kepada Cikgu Rosli dari SK Sandau yang sudi tumpangkan saya ke PPD kerana kereta ku yang bermasalah BEARING....

Perkongsian gambar :)






Rabu, 19 Jun 2013

DAFTAR KEHADIRAN GURU KEMASKINI DALAM SISTEM EMISONLINE JUN 2013

ALHAMDULILLAH.

KINI DAFTAR KEHADIRAN GURU DALAM SISTEM EMISONLINE LEBIH MESRA DAN MUDAH UNTUK DIGUNAKAN BERBANDING SEBELUM INI.

TAHNIAH KEPADA PIHAK EPRD YANG MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN INI DAN MENAMBAHBAIK SISTEM INI UNTUK KEMUDAHAN BERSAMA.

INSYAALLAH...

SEDIKIT PERKONGSIAN



SEKIAN..


JIKA ADA SEBARANG MASALAH DAN SILAP, MOHON TEGURAN :)

Selasa, 18 Jun 2013

Kemaskini Maklumat Data Eoperasi Jun 2013 Peringkat Daerah Kinabatangan

Alhamdulillah, pada hari ini data eoperasi sekolah telah selamat di murnikan bersama dengan Encik Ahmed dari PPD Kinabatangan.

Berikut merupakan paparan skrin bagi tujuan perkongsian untuk memperbaiki ralat 

kod pengkhususan 1






Jumaat, 7 Jun 2013

Sistem Maklumat Asas Pendidikan EMISonline dibekukan pada 6 dan 7 Jun 2013

Berikut merupakan sedikit perkongsian mengenai status sistem EMISOnline

Moga urusan kita dipermudahkan....



InsyaALLAH

Isnin, 3 Jun 2013

Laporan Emisonline dari PPD Kinabatangan 2 Jun 2013

Pada hari ini saya perolehi maklumat terbaru mengenai emisonline untuk dikongsikan bersama rakan guru data dalam daerah Kinabatangan.

Sila klik gambar untuk besarkan...




Semua guru data boleh ambil perhatian...jika mengenai ralat berkenaan dengan gaji boleh di abaikan memandangkan perkara ini pernah dibincangkan sebelum ini.

Kita ambil tindakan bagi ralat kritikal.

Untuk keterangan lanjut, sila berhubung terus bersama tuan Dawis selaku Pegawai Data di PPD Kinabatangan.

Sekian.

Saya membantu untuk menghebohkan :)

Selamat berkhidmat dan bercuti dalam beramal...moga usaha kita menjadi satu ibadah yang diterima Allah Taala...insyaALLAH


Isnin, 13 Mei 2013

Bengkel DOSR Berperingkat Daerah Kinabatangan MEI 2013

TARIKH: 10 MEI 2013
MASA : 9.00 PAGI - 4.00 PETANG
TEMPAT: PPD KINABATANGAN (UNIT PENGURUSAN SEKOLAH)
TUJUAN: PE

Alhamdulillah, pada hari Jumaat lepas bersamaan dengan 10 Mei 2013, saya selamat laksanakan satu tugas yang telahh diberikan oleh GPK Pentadbiran (Encik Zainudin Ahmad) dalam menyiapkan proses pengemaskinian data maklumat guru dalam satu sistem yang dikenali sebagai Data Operasi Sekolah Rendah dengan singkatan DOSR bertempat di Bilik Mesyuarat Unit Pengurusan Sekolah bersama Tuan Ahmed dengan menggunakan 2 buah KOMPUTER RIBA.




Berikut merupakan perkongsian bergambar.





KRONOLOGI PERLAKSANAAN TUGAS (DOSR)

TARIKH 10-MEI-2013
6.00pm- Selamat sampai di rumah Lahad Datu(krn ada kemalangan di simpang selepas Sek.Men.Sains)
4.00pm- bertolak pulang ke rumah di Lahad Datu
3.30pm- Selamat mengemaskini semua data guru (32org) dan memasukkan 3 orang guru (data baru)
2.00pm- kembali ke PPD Kinabatangan laksanakan tugas pengemaskinian maklumat guru (offline)
12.00pm- tiba di masjid al-ghafar untuk solat Jumaat
11.50am- Selamat mengemaskini data guru seramai 17 orang (berhenti seketika persiapan solat Jumaat)
10.00am- Mula laksanakan tugas dalam mengemaskini data (DOSR)
9.30am- berjumpa dengan Tuan Dawis (Unit Pengurusan Maklumat) mendapatkan maklumat data
9.00am- sampai di PPD Kinabatangan dan mendaftar masuk untuk bengkel DOSR (di tingkat 1)
8.00am- bertolak ke PPD Kinabatangan menaiki kereta ViVa 1.0 (1000cc)
7.30am- membuat persiapan ke PPD Kinabatangan (bersarapan dan mengumpul maklumat guru)
7.00am- berjumpa dengan GPK 1 dalam bilik dan mendapat maklumat dan surat berkenaan BENGKEL
6.50am- masuk ke sekolah



KESIMPULAN
1. Sebagai guru data, kita perlu bersiap sedia dengan data yang terkini dan tepat.

2. Melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan penuh dengan tanggung jawab agar tiada pihak yang teraniaya agar data yang diberikan itu tepat, benar dan cepat.

3. Bertindak mengikut arahan dalam memenuhi keperluan mengikut masa yang ditetapkan.

4. Setiap tugas adalah ibadah, dan laksanakan dengan sepenuh jiwa yang terbuka agar ibadah kita diterima oleh Tuhan (ALLAH) yang maha pemurah dan penyayang.

5. Berkongsi maklumat dan laporan kepada pihak yang berkenaan agar setiap maklumat dan perkembangan di kongsi dengan adil dan tidak tersembunyi.


Sekian.

SEMOGA USAHA KITA DIBERKATI UNTUK BEKALAN AMALAN DI HARI KEMUDIAN.

INSYAALLAH






WASSALAM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails