SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Sabtu, 28 Februari 2015

Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran 2015 dari Pegawai SISC+ Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu

Pengalaman pertama sepanjang perkhidmatan saya ialah semalam (Jumaat) 27 Feb 2015 pegawai dari PPD Lahad Datu datang ke sekolah mencerap pdp.

Pada hari Rabu yang lepas (25 Feb 2015) seorang pegawai PPD iaitu Cikgu Cruz telah datang untuk memaklumkan kepada sekolah bahawa pencerapan akan di adakan. Maka perbincangan telah diadakan di Bilik Gerakan bersama GPK 1 dan Ketua Panitia Matematik, wakil KP Sains dan BI.

Hasilnya, 3 orang guru dari SK Lahad Datu 3 akan dicerap pada Jumaat bersama beberapa wakil PPD.

nanti sambung lagi....

gementar pula nak tulis...takut banyak silap

(kongsi gambar sikit)

Pegawai dari PPD Lahad Datu



PETA BULATAN
(tak berapa menjadi kerana kurang gambar haiwan yang besar ditunjukkan kepada murid)
Keep the challenge






Enjoy lah sikit walau kena observe


Solat lebih utama bro

Startegi Pedagogi di Luar Bilik Darjah (Sains tahun 5) Kemahiran Manipulatif


Khamis
5 Feb 2015
Kelas 5 Amanah
Masa 1 jam (12.10p,m hingga 1.10pm)


Kemahiran manipulatif

1. Guru maklumkan kepada murid untuk berkumpul di luar kelas dan bergerak ke tempat penyiasatan (di bawah perumahan guru).
2. Setiap ketua kumpulan (seramai 5 orang) ditugaskan untuk bantu guru membawa alatan yang diperlukan untuk laksanakan tugasan. Alatan yang diperlukan di ambil dari makmal sains dan dibawa dalam kotak khas.
3. Murid duduk dalam kumpulan masing-masing dan mendengar penerangan dari guru.
4. Setiap kumpulan diberikan alatan yang diperlukan dan lembaran kerja untuk memudahkan setiap kumpulan menyiapkan tugasan yang diberikan.
5. Cecair air biasa digunakan dibawa dari makmal sains diisikan dalam botol air minuman.
6. Murid mula laksanakan tugasan dengan cermat dan dibimbing oleh guru.
7. Ketika murid mula mengisi air dalam bekas, murid yang lain memerhatikan kuantiti isipadu air yang dimasukkan adalah tepat bacaannya.
8. Murid mula bina jadual dan merekodkan bacaan awal bagi setiap ketinggian isipadu air.
9. Murid diminta untuk meramal/menjangkakan ketinggian isipadu air pada jam 6 petang.
10. Guru adakan perbincangan bersama murid.

Refleksi.
1. Terdapat 3 alat pecah semasa tugasan ini dilaksanakan kerana terdapat sekumpulan murid lain bermain di sekitar tempat penyiasatan. Langkah untuk mengatasi masalah ini di masa akan datang ialah, guru perlu membuat petak atau menandakan tempat penyiasatan untuk laksanakan eksperimen supaya tidak diganggu oleh pihak lain.
2. Murid dapat laksanakan di tempat yang betul mengikut strategi pdp yang dirancang.
3. Murid berkeyakinan untuk mengendalikan alatan dan bahan.








Strategi 10 minit Cemerlang UPSR 2015 SK LAHAD DATU 3

Penyelaras UPSR sekolah telah merangka strategi untuk menggunakan 10minit pertama sebelum pdp bermula (6.40am - 6.50am) sebagai latihan dan peningkatan kepada prestasi subjek UPSR 2015.

Saya bersama cikgu Lini selaku guru sains tahun 6 telah menyediakan set soalan ringkas khas bahagian B untuk dijawab oleh murid kelas 6 A, B, C dan D.

Untuk subjek sains bermula setiap hari Jumaat (6 Feb 2015) iaitu penghulu segala hari. Moga mendapat keberkatan dan kefahaman yang baik untuk murid-murid dalam mendalami sains dan cemerlang di dunia dan akhirat. InsyaALLAH. Aamiin.

Kongsi sikit gambar.


Penyelaras UPSR 2015 iaitu Cikgu La Abdul sedang meninjau program yang dijalankan.
Pada ketika ini, murid telah terima lembaran kerja untuk dijawab secara individu.


Terima kasih kepada Cikgu Lini yang banyak beri sokongan dan dorongan.
Banyak nak ditulis tapi nanti saya sambung lagi.



Strategi Pedagogi Bina model haiwan imaginasi Sains Tahun 5

Alhamdulillah.


Aktiviti pdp berjalan lancar untuk kelas 5 Bersih pada 11 Februari 2015.
Saya bawa sedikit bahan dan alatan untuk bantu murid membina model haiwan imaginasi secara berkumpulan dalam kelas.

Strategi pedagogi ialah koperatif dan perbincangan.

1. Guru terangkan dahulu tajuk yang akan dipelajari.
2. Murid di soal secara rawak bagi 5 jenis haiwan yang disenaraikan di papan putih tentang cara haiwan itu dapat selamatkan diri (ayam, kucing, kura-kura, kala jengking dan ular).
3. Murid dalam berkumpulan berbincang mengenai haiwan yang hendak di bina.
4. Guru agihkan bahan dan alatan.
5. Murid dibantu dan dibimbing tunjuk cara bina model.
6. Murid mempersembahkan hasil reka cipta haiwan imaginasi dan memberi sedikit penerangan.
7. Murid buat catatan mengenai haiwan yang cipta dalam buku nota sains masing-masing.
8. Murid membuat kesimpulan mengenai pentingnya ciri-ciri dan tingkahlaku sesuatu haiwan itu bagi tujuan menyelamatkan diri dari bahaya.

Kongsi gambar.

Gambar di bawah khas untuk kelas 5 Bersih (kelas kedua dihadapan)










Strategi pedagogi inkuiri penemuan, koperatif dan perbincangan

10 Februari 2015
Selasa

Kelas 5 Dedikasi (kelas belakang/lemah)

1. Murid telah dimaklumkan untuk bawa alat dan bahan masing-masing sehari sebelum pdp.
2. Murid duduk dalam kumpulan kecil (kelas diadakan di makmal sains)
3. Guru bantu murid beri penerangan mengenai ciri-ciri haiwan imaginasi hendaklah di reka tidak sama dengan haiwan yang sedia ada.
4. Murid diberikan kotak-kotak terpakai dan mulakan tugasan.
5. Setiap kumpulan berikan penerangan dan bawa catatan untuk diserahkan kepada guru.
6. Guru adakan sesi soal jawab mengenai ciri istimewa mengenai haiwan yang di bina.
7. Buku teks dijadikan sebagai panduan untuk mencari ciri dan tingkahlaku haiwan yang dibina dengan lebih menarik.

Hasilnya, murid dalam kelas ini sangat aktif dan bekerjasama ketika tugasan diberikan.
Rekaan hasil haiwan imaginasi sangat mengkagumkan kerana kebolehan dalam bidang kemahiran hasil tangan sememangnya cepat dan memuaskan.
Murid perempuan perlu bimbingan kerana melebihi tempoh masa untuk menyiapkan tugasan.


Hasil kerja murid walaupun tidak seberapa namun kesungguhan menyiapkan tugasan dan kerjasama dalam kumpulan sangat baik.












Hari Sukan Sekolah 2015 SK Lahad Datu 3

Sikit kongsi gambar

14 dan 15 Februari 2015 (Sabtu & Ahad) 
Isnin cuti peristiwa (16/2/2015)










Kemandirian Spesies Sains Tahun 5

Lembaran kerja untuk murid ini telah diberikan dalam pdp pada 27 Feb 2015 Jumaat 
Kelas 5 Amanah semasa program pencerapan bersama pihak SISC+ dari Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu.



Jumaat, 20 Februari 2015

1 Safar

Cuti seminggu.....duduk di rumah....

Banyak aktiviti seni dan amal yang boleh dibuat bersama keluarga isteri dan anak tercinta.

Alhamdulillah...

20/2/2015

Proses Hidup Haiwan (Pedagogi Ekspositori, Inkuiri Penemuan dan Perbincangan)

Sains Tahun 4
Kelas tahap sederhana dan lemah
Tempoh 2 hari (1hari 2 masa @ 1jam)
Minggu lepas 10 dan 11 Februari 2015

Alhamdulillah.
Topik ini telah dibincangkan dan murid-murid dapat mereka bentuk haiwan imaginasi berdasarkan hasil kerja berkumpulan dalam tempoh yang ditetapkan.

Pada hari pertama pembelajaran
1. Murid dapat senaraikan 10 jenis haiwan dengan pelbagai jenis cara untuk menyelamatkan diri daripada musuh.
2. Saya juga menggunakan teknik penggunaan buku teks bagi murid yang lemah agar fakta dan konsep sains lebih mudah dipelajari berdasarkan gambar dan penerangan yang ada dalam buku teks.

Jom kongsi sikit.







Jumaat, 13 Februari 2015

Bahan Pembentangan Teknik Menjawab Sains UPSR 2015 SK Singgah Manis Kinabatangan


Khamis
12 Februari 2015
10.30am - 12.30pm



Banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.

InsyaALLAH

Folio Sains 2015 Haiwan Terancam dan Aktiviti Pemusnahan Alam Sekitar

Alhamdulillah.

Topik ini telah selesai di bincangkan dan murid diminta untuk bina folio sendiri.

Di sini, saya kongsikan beberapa gambar untuk folio yang boleh digunakan.

Khas murid tahun 6 sahaja.







Sekian.




Ahad, 1 Februari 2015

Fail Profil Pembangunan Profesional Berterusan (PBB) 2015

Sedikit rujukan untuk disimpan

BAHAGIAN KULIT DEPAN FAIL PROFIL PPB INDIVIDU

Nama:
Jawatan:
Tempat Bertugas:

BAHAGIAN ISI FAIL

A. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
1. Vitae Kurikulum
2. Falsafah Pendidikan Negara
3. Skop Kerja
4. Sasaran Kerja Tahunan


B. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL

1. Matlamat Pengajaran/Kepimpinan Masa Hadapan
2. Cadangan Aktiviti untuk Penambahbaikan
3. Penyertaan dalam Aktiviti PPB

C. SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI
1. Senarai Tugas dan Tanggungjawab
2. Sumbangan kepada KPM/JPN/PPD
3. Penulisan/Penerbitan

D. BAHAN BUKTI DALAM PdP/KEPIMPINAN
1. Sukatan Mata Pelajaran/Rancangan Mengajar dan Penilaian/Perancangan Strategik
2. Contoh Hasil Kerja

E. ANUGERAH /PENCAPAIAN
1. Anugerah Perkhidmatan
2. Anugerah dalam PdP/Kepimpinan/Lain-lain
3. Jemputan untuk Konsultasi, Bengkel, Penulisan dan Lain-lain

F. PENILAIAN PdP/KEPIMPINAN
1. Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/Kepimpinan
2. Rakaman Video Pengajaran/Kepimpinan
3. Maklum Balas dan Penilaian daripada Murid/Ketua Jabatan

Vitae Kurikulum terdiri daripada maklumat peribadi (seperti nama, alamat), rekod perkhidmatan, pencapaian, senarai kursus yang dihadiri dan perkara-perkara lain yang berkaitan.

Moga perkongsian bahan Profil PPB Individu ini dapat membantu guru-guru menyediakan fail yang terbaik.

Sumber: GURU MALAYSIA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails