SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Memaparkan catatan dengan label Kurikulum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kurikulum. Papar semua catatan

Jumaat, 9 Mac 2018

Bahan perkongsian untuk panitia sains dokumen, kertas kerja dan laporan program


1. Laporan program peningkatan sains UPSR 2017



2. Takwim Panitia Sains 2018 (terkini)


3. Lampiran biodata guru dalam fail panitia


4. Carta Organisasi Panitia Sains 2018 (terkini)


5. Lampiran senarai buku / bahan rujukan yang digunakan oleh guru



6. Perancangan program perkembangan staf (guru sains) 2018 



7. Jadual semakan buku kerja / latihan murid


8. Jadual penggunaan makmal sains di sekolah (terkini 2018)


9. Kertas kerja permohonan peralatan ICT dalam makmal sains (tahun 2017)


#Alhamdulillah dalam panitia mendapat sebuah LCD Projektor jenama EPSON pada Januari 2018.
Peralatan yang lain belum lagi. Satu kertas kerja baru tahun semasa 2018 perlu di buat dan dihantar sekali lagi untuk permohonan bagi tahun semasa. Ini ialah suatu proses kerja bagi memohon sesuatu peruntukan mengikut tahun semasa. Selamat berusaha!

10. Laporan program seminar sains ( kbat/ mentor mentee/ sahabat sains) tahun 2017


Sekian, terima kasih.
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel saya

mustakim260984@gmail.com

Assalamualaikum





 


Rabu, 29 April 2015

Dialog Prestasi Sekolah Bil. 3/2015 Khas Kelas 6 Bersih

Alhamdulillah

Berjalan lancar

Kehadiran para ibu bapa penjaga  murid kelas 6 Bersih memberangsangkan.

Saya hadir sebagai Guru Kelas 6 Bersih.

Wakil pihak PPD Lahad Datu Dr. Haji Suharpi hadir dalam program ini bersama 2 fasilinus.
















Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

6 Bersih menuju ke arah perubahan yang lebih baik.

InsyaALLAH

Jumaat, 13 Mac 2015

Aktiviti SEMAI 10 Minit sebelum PdP bermula

Minggu ni saya bertugas selaku ketua guru yang bertugas mingguan.

Saya kongsi gambar sedikit mengenai program SEMAI yang dilaksanakan 10 minit sebelum pdp bermula dari 6.40 pagi hingga 6.50 pagi.

Saya kumpulkan murid awal 5 minit iaitu 6.35 pagi.





Selasa, 3 Mac 2015

Sains Tahun 6 Ujian 1 Bulan Mac 2015

Khas untuk murid tahun ni
Tajuk yang terlibat hanya Unit 1 dan 2 sahaja.

KOngsi soalan bahagian B sahaja.

Untuk bahagian A, saya menggunakan soalan jenis UPSR.





Jika berminat nak dapatkan soalan bahagian A????

Sila mesej saya di Facebook atau emel di mustakim260984@gmail.com


Sabtu, 28 Februari 2015

Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran 2015 dari Pegawai SISC+ Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu

Pengalaman pertama sepanjang perkhidmatan saya ialah semalam (Jumaat) 27 Feb 2015 pegawai dari PPD Lahad Datu datang ke sekolah mencerap pdp.

Pada hari Rabu yang lepas (25 Feb 2015) seorang pegawai PPD iaitu Cikgu Cruz telah datang untuk memaklumkan kepada sekolah bahawa pencerapan akan di adakan. Maka perbincangan telah diadakan di Bilik Gerakan bersama GPK 1 dan Ketua Panitia Matematik, wakil KP Sains dan BI.

Hasilnya, 3 orang guru dari SK Lahad Datu 3 akan dicerap pada Jumaat bersama beberapa wakil PPD.

nanti sambung lagi....

gementar pula nak tulis...takut banyak silap

(kongsi gambar sikit)

Pegawai dari PPD Lahad Datu



PETA BULATAN
(tak berapa menjadi kerana kurang gambar haiwan yang besar ditunjukkan kepada murid)
Keep the challenge






Enjoy lah sikit walau kena observe


Solat lebih utama bro

Sabtu, 22 November 2014

Hari Pendaftaran Sekolah 2015 dan Penyampaian Keputusan Peperiksaan 2014

Hari terbuka sekolah untuk penyerahan pelaporan kemajuan murid 2014 dan pendaftaran murid 2015 telah dijayakan pada 19 Nov 2014 Rabu bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 t/hari di Kantin Sekolah.


Suasana semasa di kantin sekolah

Semua guru kelas berkumpul di Bilik Gerakan selepas sesi pendaftaran 2015 selesai 
untuk serahan yuran PIBG.





Mesyuarat Staf Bil. 3/2014 (meeting akhir)

Meeting ini diadakan pada hari Khamis 20 Nov 2014.

Saya insyaALLAH di amanahkan untuk bertanggung jawab sebagai Guru Kelas 6 Bersih pada tahun 2015. Ini merupakan pengalaman yang paling berharga untuk diri saya selaku pendidik di sekolah dalam tempoh 5 tahun pertama ini belum pernah dilantik sebagai guru kelas secara rasmi dan sepenuh masa. InsyaALLAH saya akan cuba belajar dan laksanakan amanah yang diberikan dengan kerjasama dari semua rakan warga sekolah.




Meeting berakhir pada 11.50 pagi.

Tahniah kepada Cikgu Zain selaku SU Sekolah yang menyiapkan Minit Mesyuarat
 yang dibantu oleh cikgu Syafiqul

Rabu, 19 November 2014

Sinopsis Buku 2014 Bidang Pengetahuan Profesional

Buku ini saya perolehi sendiri dengan membeli di kedai buku.
Walaupun sudah lama membeli, namun kini baru sempat untuk membuat sinopsis.





Saya yang berbaju melayu coklat

Semoga sinopsis ini dapat membantu anda semua....

Jom kongsikan komen sikit di bawah....



Sinopsis Buku 2014 Bidang Kemahiran Profesional

Sinopsis buku yang seterusnya lebih kepada kemahiran bagi seorang pendidik yang perlu dikuasai samada dalam dan luar sekolah.

Jom baca....











Sinopsis Buku 2014 Bidang Amalan dan Nilai (Sedekah)

Sinopsis kali ini disediakan khas untuk tahun ini 2014 kerana keperluan LDP yang kurang mencukupi.

Berikut merupakan hasil daripada saya yang tidak seberapa ini...


Buku ini saaya perolehi dari Perpustakaan Awam Daerah Lahad Datu.



Semoga dapat dimanfaatkan bersama...

Sekian....


Jumaat, 2 Mei 2014

Program Platinum Zon Paris 2014 di SK Sandau Kinabatangan 2 dan 3 Mei 2014

Alhamdulillah.

Program Platinum Zon Paris 2014 telah membuka tirai secara rasminya pada hari ini bersamaan 2 Mei 2014 hari Jumaat (2 Rejab) bermula jam 7.00pagi hingga jam 12 tengah hari esok (Sabtu).

Sebanyak 5 buah sekolah yang menyertai program ini iaitu SK Sandau (tuan rumah), SK Paris 3, SK Paris, SK Batu Puteh dan SK Sentosa Jaya.

Seramai 100 orang murid telah dipilih dari 5 buah sekolah sebagai peserta dalam program ini.

Matlamat program ini adalah jelas untuk meningkatkan prestasi akademik terutama dalam pencapaian UPSR 2014 yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Sehubungan dengan itu, para penceramah yang berkaliber dan berpengalaman luas telah dijemput khas yang majoritinya terdiri dari guru-guru di Daerah Lahad Datu.

Tahniah atas usaha keras yang diberikan bagi setiap guru-guru terutama Guru-guru Besar yang bergabung tenaga serta tidak dilupakan jasa Cikgu Alimin yang banyak berusaha untuk berganding bahu bersama Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu dalam menjayakan matlamat program ini.

Syukur Alhamdulillah.

Esok merupakan hari penangguhan yang akan dirasmikan oleh Pegawai PPD Kinabatangan, InsyaALLAH.

Perkongsian untuk hari ini ialah

Subjek Sains (8.00 pagi hingga 10 pagi)
Subjek Matematik (10.15 pagi hingga 12 t/hari)
Subjek Bahasa Inggeris (2ptg hingga 4petang)

Gambar sepanjang hari pertama (Jumaat 2 Mei 2014)



Jurugambar Cikgu Herman bersama temannya 
SK Sandau


Penceramah Pertama Subjek Bahasa Inggeris Kertas 1


Penceramah Kedua Subjek Bahasa Inggeris Kertas 2

Penceramah Subjek Matematik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails