SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Memaparkan catatan dengan label PPD KINABATANGAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PPD KINABATANGAN. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Mei 2014

Program Platinum Zon Paris 2014 di SK Sandau Kinabatangan 2 dan 3 Mei 2014

Alhamdulillah.

Program Platinum Zon Paris 2014 telah membuka tirai secara rasminya pada hari ini bersamaan 2 Mei 2014 hari Jumaat (2 Rejab) bermula jam 7.00pagi hingga jam 12 tengah hari esok (Sabtu).

Sebanyak 5 buah sekolah yang menyertai program ini iaitu SK Sandau (tuan rumah), SK Paris 3, SK Paris, SK Batu Puteh dan SK Sentosa Jaya.

Seramai 100 orang murid telah dipilih dari 5 buah sekolah sebagai peserta dalam program ini.

Matlamat program ini adalah jelas untuk meningkatkan prestasi akademik terutama dalam pencapaian UPSR 2014 yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Sehubungan dengan itu, para penceramah yang berkaliber dan berpengalaman luas telah dijemput khas yang majoritinya terdiri dari guru-guru di Daerah Lahad Datu.

Tahniah atas usaha keras yang diberikan bagi setiap guru-guru terutama Guru-guru Besar yang bergabung tenaga serta tidak dilupakan jasa Cikgu Alimin yang banyak berusaha untuk berganding bahu bersama Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu dalam menjayakan matlamat program ini.

Syukur Alhamdulillah.

Esok merupakan hari penangguhan yang akan dirasmikan oleh Pegawai PPD Kinabatangan, InsyaALLAH.

Perkongsian untuk hari ini ialah

Subjek Sains (8.00 pagi hingga 10 pagi)
Subjek Matematik (10.15 pagi hingga 12 t/hari)
Subjek Bahasa Inggeris (2ptg hingga 4petang)

Gambar sepanjang hari pertama (Jumaat 2 Mei 2014)



Jurugambar Cikgu Herman bersama temannya 
SK Sandau


Penceramah Pertama Subjek Bahasa Inggeris Kertas 1


Penceramah Kedua Subjek Bahasa Inggeris Kertas 2

Penceramah Subjek Matematik

Ahad, 9 Februari 2014

Anugerah Tokoh Nilam Peringkat Daerah Kinabatangan tahun 2014

Link berkaitan

1. http://longkaiboyz.blogspot.com/2014/02/koleksi-video-program-nilam-peringkat.html
 (koleksi video simpanan dalam youtube)

2. http://longkaiboyz.blogspot.com/2014/02/program-nilam-daerah-kinabatangan-2014.html
 (koleksi gambar-gambar)

Surat yg berkaitan....

Maklumat akan dikemaskini pada minggu depan video dan gambar.





Terakhir kemaskini
Rabu
12 Mac 2014


Selasa, 22 Oktober 2013

Bahan Modul Bengkel Program Latihan Untuk Guru ( PLuG ) TMK Tahun 4 Daerah Kinabatangan



Hari kedua 22 Oktober 2013 dalam kursus di PKG Kinabatangan...

Kali ini terdapat beberapa perkongsian yang boleh dimuat turun...

klik link di bawah



Terima kasih kepada JU dari PPD Kinabatangan Encik Rosmin yang memberi tunjuk ajar dalam slot 6 hingga 10 untuk hari ini....









Isnin, 21 Oktober 2013

Tapak Cadangan SMK Paris Kinabatangan

Ini lah gambaran sebuah tapak sekolah yang dicadangkan untuk pembinaan SMK Paris Daerah Kinabatangan...

SMK Paris kini menumpang tapak tanah di bahagian Sekolah Kebangsaan Paris 3.


Gambar ini diambil pada 21 Oktober 2013 (setelah kembali dari kursus PLuG TMK)





Semoga projek ini akan menjadi kenyataan di suatu masa nanti.

InsyaALLAH

Rabu, 19 Jun 2013

Program Lonjakan UPSR 2013 Anjuran PPD Kinabatangan

Semalam 18 Jun 2013 (Selasa), SK Paris 3 dijemput untuk menghadiri program anjuran PPD Kinabatangan. 

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Penyampaian disampaikan oleh Encik Zainudin bin Ahmad selaku GPK Kurikulum mewakilkan guru besar Encik Norazam bin Ahmad dalam pembentangan bagi pihak sekolah.

Syukur.

Saya hanya sempat berada hingga jam 11.30pagi kerana ada urusan di Lahad Datu.

Terima kasih kepada pihak PPD Kinabatangan yang masih memberi kepercayaan dan ruang kepada pihak SK Paris 3 dalam membantu untuk mencapai KPI (sasaran) yang di rancangkan.

InsyaALLAH, saya selaku guru subjek UPSR (sains) akan cuba sedaya upaya juga untuk berusaha dalam mencapai sasaran yang diberikan iaitu 17 orang murid mendapat A dalam subjek sains.

Ini adalah sesuatu di luar dugaan. Namun, banyak berusaha, berdoa dan bertawakkal menjadi kunci kejayaan dalam sesuatu niat untuk mencapai sesuatu yang dihajati...insyaALLAH



Sekian....

Ahad, 12 Mei 2013

Laporan Program Teknik Menjawab Soalan UPSR 2013 Kumpulan Elit Fasa 1

Alhamdulillah, telah selesai program yang dirancangkan.

Sedikit perkongsian laporan belum bertulis ;) 


Laporan bergambar....














Laporan Video....

Majlis Penutup Ucapan Tuan Abd Rait Wakil PPD Kinabatangan



Sabtu, 20 April 2013

Mesyuarat Pasukan Petugas Sains Daerah Kinabatangan (Bil.2/2013)

Alhamdulillah, mesyuarat telah selamat dilaksanakan pada 19 April 2013 di Bilik Mesyuarat PPD Kinabatangan bermula jam 2.00pm-5.00pm yang dipengerusikan oleh Tuan Abd Rait (wakil PPDK).



Refleksi mesyuarat, akan dimasukkan kemudian.

Perkogsian gambar.


TUAN ABD RAIT







PASUKAN PETUGAS SAINS DAERAH
(CERIA & BAHAGIA)

KAMI ADALAH SATU KELUARGA
TAK KENAL...MAKA TAK TAU

EHEHEH

SEKIAN

(DIKEMASKINI KEMBALI 20042013 5.40AM)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails