SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Memaparkan catatan dengan label SAINS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SAINS. Papar semua catatan

Jumaat, 9 Mac 2018

Bahan perkongsian untuk panitia sains dokumen, kertas kerja dan laporan program


1. Laporan program peningkatan sains UPSR 2017



2. Takwim Panitia Sains 2018 (terkini)


3. Lampiran biodata guru dalam fail panitia


4. Carta Organisasi Panitia Sains 2018 (terkini)


5. Lampiran senarai buku / bahan rujukan yang digunakan oleh guru



6. Perancangan program perkembangan staf (guru sains) 2018 



7. Jadual semakan buku kerja / latihan murid


8. Jadual penggunaan makmal sains di sekolah (terkini 2018)


9. Kertas kerja permohonan peralatan ICT dalam makmal sains (tahun 2017)


#Alhamdulillah dalam panitia mendapat sebuah LCD Projektor jenama EPSON pada Januari 2018.
Peralatan yang lain belum lagi. Satu kertas kerja baru tahun semasa 2018 perlu di buat dan dihantar sekali lagi untuk permohonan bagi tahun semasa. Ini ialah suatu proses kerja bagi memohon sesuatu peruntukan mengikut tahun semasa. Selamat berusaha!

10. Laporan program seminar sains ( kbat/ mentor mentee/ sahabat sains) tahun 2017


Sekian, terima kasih.
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel saya

mustakim260984@gmail.com

Assalamualaikum





 


Kertas Kerja dan laporan Bengkel Sains UPSR 2018 Tahun 4 dan 5

Alhamdulillah, bengkel dapat dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama semua guru sains dan rakan guru yang lain.





Sabtu, 8 April 2017

Laporan PLC Lesson Study 2017 -Kitaran 1

Alhamdulillah.
Tahun ni 2017, laporan PLC untuk panitia sains berjaya disiapkan walaupun terdapat beberapa kekurangan dari segi laporan bergambar.
Perkara utama yang di tekankan dalam PLC kali ini ialah PDPc Abad 21 dan KBAT.

Bermula dengan mesyuarat pertama panitia, keputusan di bentuk untuk adakan PLC khusus untuk Sains Tahun 5 secara berfokus iaitu KBAT dan i-think.

Kemudian beberapa siri perbincangan diadakan
1. Sebelum pelaksanaan PLC (minggu ke-2 Januari)
2. Semasa pelaksanaan (minggu ke-4 Januari)
3. Selepas pelaksanaan (Februari)

(klik gambar untuk saiz besar)








Rumusannya ialah, semua guru sains kini dapat pendedahan awal untuk PDPc Abad 21 dan KBAT melalui perkongsian bersama guru pakar dan guru mentor.

Terima kasih diucapkan kepada Panel AJK PLC SK Lahad Datu III terutama kepada Cikgu Gumiloh dan Cikgu Azilah.


Isnin, 11 April 2016

Program Gotong Royong Kebersihan dan Keceriaan Makmal Sains

Alhamdulillah



Program ini berjalan lancar pada Sabtu 9 April 2016.

Terima kasih kepada semua guru-guru sains yang banyak membantu dan murid-murid dari kelas 6 Bersih dan 6 Cekap yang turut sama.

Program bermula jam 9.30 pagi hingga jam 11.30 pagi (2 jam) selepas sesi kelas tambahan sains (7.30am-9.00am).

Pembahagian tugas-tugas guru:
1. Cikgu Mustakim : Peralatan dan bahan sains
2. Cikgu Lini : Keceriaan mengecat
3. Cikgu Nom : Disiplin murid
4. Cikgu Maini : Bahagian langsir tingkap dan peralatan
5. Cikgu Mindy : Kebajikan murid
6. Cikgu Ain : Keceriaan (Bahan bergambar)

Sediakan jamuan ringan disediakan iaitu air laici dan juga kuih muih yang dibawa oleh guru-guru sains.

Antara perkara yang diusahakan ialah:

1. Mengemaskini carta dan lembaran abm/bbm di lap dan disusun kemas.
2. Menyusun atur kedudukan meja dan kerusi dalam makmal.
3. Menyusun peralatan dan bahan sains dalam rak di dalam almari.
4. Memasang kain langsir tingkap.
5. Menceriakan bilik persediaan sains (untuk kegunaan guru)
6. Mengemop lantai makmal.
7. Mengemas buku-buku rujukan di rak yang disediakan.

Tahniah kepada semua yang terlibat terutama cikgu Maini selaku mantan ketua panitia sains yang banyak membimbing saya.

Kesimpulan
1. Usahasama yang digarap dalam setiap aktiviti telah mendatangkan impak yang lebih baik dan memendekkan masa pengurusan untuk sesuatu perkara dilaksanakn.
2. Kecenderungan murid untuk membantu dalam program ini mewujudkan suasana cintai kepada makmal sains.
3. Membentuk suasana ukhwah dan kerjasama yang baik antara murid-murid dalam melaksanakan tugas mengikut pembahagian yang diberikan.
4. Mewujudkan keceriaan dalam makmal dengan lebih harmoni dan selesa.

InsyaALLAH projek mural makmal akan dilaksanakan sepanjang bulan April.

Sekian.






Jumaat, 8 April 2016

Lawatan Team SISC+ PPD Lahad Datu ke Sekolah

Alhamdulillah


Pada 5 April 2016 (Selasa), kumpulan SISC+ dari PPD Lahad Datu telah mengadakan program bimbingan secara profesional bersama panitia sains dan matematik.

Saya selaku ketua panitia sains yang dilantik bagi tahun ini amat menghargai atas keprihatinan dan bantuan yang diberikan oleh kumpulan ini.

Dr. Hj. Suharpi (Ketua Unit Sains dan Matematik) yang mengetuai gerombolan ini banyak memberi idea dan input yang baik kepada peningkatan akademik.

Antara isu yang dibincangkan ialah

1. Pelan strategik panitia sains
2. Headcount setipa murid bermula tahun 1 hingga 6.
3. Analisis item (jawapan murid bagi setiap ujian)
4. Laporan pencerapan Pdp dari pentadbir
5. Bank soalan

InsyaALLAH moga usaha jalinan murni ini dapat mempertingkat mutu akademik dan keunggulan keguruan di persada dunia serta memperolehi berkat dalam rahmat Allah.



Aamiin.


Jumaat, 22 Mei 2015

Mereka Bentuk Periskop dan Pembiasan Cahaya KSSR Sains Tahun 5

Alhamdulillah

Sekumpulan murid telah berjaya mereka bentuk periskop yang unik dan dikongsikan bersama rakan yang lain.

Aktiviti lain untuk menyiasat cahaya boleh dibiaskan turut dilaksanakan.

Segalanya berjalan lancar dalam tempoh 30 minit.

Kelas 5 Bersih
20 Mei 2015
7.50-8.50 pagi
Ruang RMT Sekolah










Jumaat, 8 Mei 2015

Kursus KSSR Sains Tahun 6 Peringkat Sekolah SK Lahad Datu 3

30 April 2015
10.00 - 11.30 pagi

Khamis
Bilik Gerakan SK Lahad Datu 3

Penceramah : Puan Nom

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.







Rabu, 15 April 2015

karnival Pendidikan 2015 SMK Sepagaya Lahad Datu (Launcher)

Jumaat
10 April 2015
SMK Sepagaya
(pergi masa hari akhir)

Alhamdulillah, hasil dari kerjasama rakan di SMK Sepagaya, saya berpeluang untuk melihat sendiri dan mendengar perkongsian dari Cikgu Tan mengenai alat pelancar roket yang dibuatnya sendiri.

Turut bersama Ketua Bidang Sains iaitu Cikgu Ahmad.


Anak ku nak selfie...tapi tak jadi..candid jer la


Cari bende ni kat kedai tayar


Nasihat cikgu Tan, pam ini tidak sesuai kerana mudah rosak.





Cikgu Tan, Cikgu Ahmad, Aku yang pakai songkok....






Terima kasih tidak terhingga kepada semua terutama isteriku yang disayangi banyak menyokong usaha suami mu dalam berusaha sesuatu bidang.

Semua rakan-rakan saya ucapkan juga terima kasih daun keladi, ada masa kita jumpa lagi.

InsyaALLAH


Pengawetan Makanan (Projek Penjerukan) Ganjaran kepada murid dalam pembelajaran

Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar sekalipun terdapat beberapa orang murid yang tidak bawa alat dan bahan yang sepatutnya.

Kumpulan perempuan amat berkomitmen tinggi dalam menyiapkan tugasan menyediakan jeruk yang dibuat sendiri.

Syukur.

Sedikit hadiah diberikan kepada kumpulan ini.

Kongsi sikit gambar untuk pdp hari ini 15 April 2015 (Masa 11.10am-12.10pm)


Kumpulan yang cemerlang


Kumpulan lelaki juga tak kurang hebatnya....membawa jeruk buatan sendiri.


Tulisan perlu dibaiki
(sudah maklumkan kepada murid untuk buat peta minda)


Sedikit hadiah kecil
(jeruk dari kedai Taqwa Trading)

Si kecil ini buat jeruk menggunakan teknik yang ditunjukkan dalam buku rujukan.
Tahniah




Kebersihan amalan kita.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails