SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Memaparkan catatan dengan label Sains Tahun 5. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sains Tahun 5. Papar semua catatan

Rabu, 15 April 2015

KSSR Sains Tahun 5 tajuk Tenaga (perubahan bentuk tenaga)

Selasa
14 April 2015
Makmal Komputer
6.50am - 7.50 am

Alhamdulillah, atas kerjasama yang diberikan oleh En. Hanif, saya berjaya laksanakan pdp di makmal komputer dengan lancar.

Murid dimaklumkan sehari sebelum untuk menyiapkan kerja rumah bagi memudahkan pdp di makmal komputer.

Murid diminta untuk mencari sumber tenaga yang telah dipelajari dengan menggunakan internet.


Wajah gembira kelihatan dengan hati yang tenang










Buku penggunaan komputer diberikan oleh en. Hanif selaku Juruteknik Komputer untuk rekod.




Jumaat, 13 Mac 2015

Mencari maklumat di internet cara tumbuhan melindungi diri (TMK dalam Sains KSSR Tahun 5)

Rabu
11 Mac 2015
12.40pm-1.10pm
Makmal komputer
Kelas 6 Dedikasi (paling lemah)
5 Kumpulan murid


Sehari sebelum itu, saya sudah maklumkan kepada murid-murid untuk siapkan dahulu kerja rumah sebelum pergi ke makmal komputer untuk mencari maklumat sebagai kerja kursus berkumpulan.

Hasilnya, Alhamdulillah semua murid berjaya siapkan kerja rumah dengan baik walaupun terdapat 3 orang yang terkial-kial siapkan dahulu kerja tersebut sebelum bermain komputer.

Keadaan internet baik dan komputer sangat sihat tiada masalah.

Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan
4 Kumpulan lelaki
1 Kumpulan perempuan (kerana bilangan perempuan yang sedikit)

Sedikit taklimat diberikan dalam 2 minit sebelum memulakan aktiviti di komputer.

Guru siap sediakan komputer dalam keadaan terpasang dan murid hanya perlu buka laman web sahaja tanpa perlu hidupkan komputer bagi mempercepatkan masa pdp.

2 Kumpulan berjaya siapkan tugasan mencari maklumat dengan baik.

5 Jenis pokok yang berkaitan berjaya ditemui dan dimuat turun gambar tersebut.

Selepas cuti, akan sambung dalam menyiapkan tugasan dalam bentuk powerpoint.

Ini adalah kali pertama pengalaman saya bersama murid yang lemah dalam menggunakan internet dan menyediakan tugasan tahap KBAT.

Alhamdulillah

Murid berbaju pengakap itu membantu rakannya untuk mencari maklumat dan muat turun gambar.


Gambar di atas kumpulan murid yang berjaya menyiapkan tugasan pertama ini dengan cemerlang.


TAHNIAH





Bahan yang ringkas dan beberapa arahan langkah demi langkah untuk bantu murid memahami penggunaan internet dalam pencarian maklumat.


Setelah selesai pdp (1.10pm) murid pulang, saya minta murid biarkan komputer di paparan terakhir untuk semakan guru.


Alhamdulillah

Berjaya muat turun dengan baik.

Talian internet pada waktu ini memang cemerlang.

Terima kasih kepada Cikgu Zain selaku Guru Penyelaras Bestari yang beri kerjasama untuk saya menggunakan Makmal Komputer pada waktu ini di samping itu Encik Hanif selaku Juruteknik Komputer banyak bantu saya membuat semakan kerosakan teknikal jika saya hadapi masalah.









Ada fail yang sesat termuat turun secara tidak sengaja.

Saya tidak berapa faham kenapa jadi begitu.

Akan rujuk kepada Encik Hanif.






Alhamdulillah.

Pembelajaran alaf baru (abad 21)

*banyak yang perlu di baiki....saya tulis dalam refleksi....hehe.... kalo ade komen... di alu-alukan :)




Isnin, 9 Mac 2015

Pedagogi Sains Eksplorasi dan Inkuiri Penemuan dalam Proses Hidup Tumbuhan 2015

Cara tumbuhan melindungi diri

Kelas Tahun 5 Bersih
Tahap murid : Baik dan Sederhana


Teknik pertama...

Strategi pedagogi
-eksplorasi
-perbincangan
-kontruktivis

Tempoh masa : 1 jam (60 minit)

1. Murid di beri arahan dalam kelas sebelum laksanakan aktiviti di luar kelas.
2. Guru bina jadual untuk murid isi maklumat yang diperlukan berdasarkan pemerhatian dan hasil penemuan bagi setiap tumbuhan yang di kaji.
3. Murid bergerak dalam kumpulan mengikut jantina.
4. Murid secara berpasangan berbincang tumbuhan yang ditemui di suatu kawasan.
5. Guru minta murid cari 2 jenis pokok yang melindungi diri dengan cara duri.
6. Murid perhatikan sekitar kawasan dan mula buat pemerhatian dan lukis gambar serta tulis maklumat.








Seorang murid menunjukkan hasil penemuan yang diperolehi mengenai batang buluh.
Terdapat bulu halus di batang buluh itu. 


Gambar di atas, murid menyentuh pokok pisang itu untuk kenal pasti samada batang pisang itu bergetah atau tidak. Inkuiri penemuan lah kot.




Murid berehat sebentar dahulu selama 2 minit sebelum meneruskan ekspedisi ke sekitar sekolah.



Ini ialah lokasi terakhir yang mana murid menjumpai pokok daun keladi.
Alhamdulillah, tiada daun keladi yang di cabut untuk kajian ini.

Kesimpulannya, murid lebih gemar dan gembira untuk perhatikan keadaan sekeliling yang dekat dalam kehidupan mereka dalam mempelajari sains. Malah tanggapan sains itu susah telah bertukar menjadi sesuatu yang menyeronokkan.

Hasil aktiviti ini ialah tunjuk ajar dari Doktor Norizan yang dahulunya mengajar saya subjek sains di IPGM Teknik Kuala Lumpur (2009).

Moga perkongsian ini dapat membawa manfaat yang besar untuk warga sekolah.



Seterusnya...

Isnin
9 Mac 2015
Kelas 5 Cekap dan 5 Dedikasi

Teknik penggunaan ICT dalam pedagogi sains


Video di atas saya rakam sebagai penghargaan kepada murid-murid yang memberi tumpuan sepenuhnya ketika proses pembelajaran di laksanakan.

Murid-murid duduk dalam keadaan bersahaja dan sangat asyik menonton video yang dipaparkan.

*Saya download video ini dari youtube di https://www.youtube.com/watch?v=ALynkHJb7uQ
kemudian guna laman web keepvid.com untuk muat turun video tersebut.


Kelas kedua




Alhamdulillah, hasil perkongsian dari sumber Facebook rakan guru sains SR, saya menggunakan beberapa bahan lain seperti powerpoint untuk penerangan yang lebih lanjut.




Perkongsian aktiviti dalam bilik tayang






Murid mencari maklumat tambahan dalam buku teks sains.









Hasil perbincangan bersama murid. 





Murid menjawab soalan aras mudah (TP 1) bagi menguji kefahaman mereka.

*Terima kasih kepada Cikgu Madris selaku GPM yang membantu saya untuk menyediakan bilik ini dalam keadaan yang kemas dan teratur. Murid gembira kerana dapat duduk dalam keadaan yang selesa dan TV yang besar


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails