Kelas Tahun 5 Bersih
Tahap murid : Baik dan Sederhana
Teknik pertama...
Strategi pedagogi
-eksplorasi
-perbincangan
-kontruktivis
Tempoh masa : 1 jam (60 minit)
1. Murid di beri arahan dalam kelas sebelum laksanakan aktiviti di luar kelas.
2. Guru bina jadual untuk murid isi maklumat yang diperlukan berdasarkan pemerhatian dan hasil penemuan bagi setiap tumbuhan yang di kaji.
3. Murid bergerak dalam kumpulan mengikut jantina.
4. Murid secara berpasangan berbincang tumbuhan yang ditemui di suatu kawasan.
5. Guru minta murid cari 2 jenis pokok yang melindungi diri dengan cara duri.
6. Murid perhatikan sekitar kawasan dan mula buat pemerhatian dan lukis gambar serta tulis maklumat.
Seorang murid menunjukkan hasil penemuan yang diperolehi mengenai batang buluh.
Terdapat bulu halus di batang buluh itu.
Gambar di atas, murid menyentuh pokok pisang itu untuk kenal pasti samada batang pisang itu bergetah atau tidak. Inkuiri penemuan lah kot.
Murid berehat sebentar dahulu selama 2 minit sebelum meneruskan ekspedisi ke sekitar sekolah.
Ini ialah lokasi terakhir yang mana murid menjumpai pokok daun keladi.
Alhamdulillah, tiada daun keladi yang di cabut untuk kajian ini.
Kesimpulannya, murid lebih gemar dan gembira untuk perhatikan keadaan sekeliling yang dekat dalam kehidupan mereka dalam mempelajari sains. Malah tanggapan sains itu susah telah bertukar menjadi sesuatu yang menyeronokkan.
Hasil aktiviti ini ialah tunjuk ajar dari Doktor Norizan yang dahulunya mengajar saya subjek sains di IPGM Teknik Kuala Lumpur (2009).
Moga perkongsian ini dapat membawa manfaat yang besar untuk warga sekolah.
Seterusnya...
Isnin
9 Mac 2015
Kelas 5 Cekap dan 5 Dedikasi
Teknik penggunaan ICT dalam pedagogi sains
Video di atas saya rakam sebagai penghargaan kepada murid-murid yang memberi tumpuan sepenuhnya ketika proses pembelajaran di laksanakan.
Murid-murid duduk dalam keadaan bersahaja dan sangat asyik menonton video yang dipaparkan.
*Saya download video ini dari youtube di https://www.youtube.com/watch?v=ALynkHJb7uQ
kemudian guna laman web keepvid.com untuk muat turun video tersebut.
Kelas kedua
Alhamdulillah, hasil perkongsian dari sumber Facebook rakan guru sains SR, saya menggunakan beberapa bahan lain seperti powerpoint untuk penerangan yang lebih lanjut.
Perkongsian aktiviti dalam bilik tayang
Murid mencari maklumat tambahan dalam buku teks sains.
Hasil perbincangan bersama murid.
Murid menjawab soalan aras mudah (TP 1) bagi menguji kefahaman mereka.
*Terima kasih kepada Cikgu Madris selaku GPM yang membantu saya untuk menyediakan bilik ini dalam keadaan yang kemas dan teratur. Murid gembira kerana dapat duduk dalam keadaan yang selesa dan TV yang besar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan